EVENT BERSAMA HER BEAUTY AWARDS 2018

in , , , by Chris_Sella, November 19, 2018

Her Beauty Award 2018 adalah acara pertama yang dianjurkan oleh Her Inspirasi.com. Untuk pengetahuan anda, Her Inspirasi.com adalah hasil gabungan daripada majalah Her World, Jelita, Women’s Weekly, dan SHAPE. Dalam acara ini, para peserta akan didedahkan dengan produk kecantikan yang pernah memenangi anugerah terbaik. Acara ini diadakan di Fullhouse Cafe, Sunway Pyramid.

Tempat pendaftaran


Saya adalah salah seorang peserta yang bertuah kerana dijemput hadir ke acara ini. Semua peserta akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan menggunakan reben yang berlainan warna. Sementara menunggu acara bermula ramai peserta mengambil kesempatan untuk berselfie, termasuklah saya. Konsep yang digunakan oleh Fullhouse cafe memang sangat cantik seperti dalam cerita animasi puteri-puteri. Patutlah ramai ibu bapa suka bawa anak makan disini.

Menunggu peserta yang lain

Pink


Majoriti patung yang ada di Fullhouse Cafe besar macam ni 


Aktiviti pertama kumpulan saya adalah makeup time di Sasa Malaysia. Peserta akan di beri penerangan oleh seorang MUA sasa yang dikenali sebagai Miss Eja. Terdapat dua produk terbaik di sasa yang digunakan dalam tutorial make up iaitu The Balm Nude Beach Palette dan Eleaner The Miracle Key Gel Definer.

Inilah MUA sasa Miss Eja, Cantikan. Sedang fokus menyolek model

Aktiviti kedua pula bersama dengan produk kecantikan Nafura. Produk kecantikan Nafura berasaskan madu lebah yang turut dikenali sebagai Honey Bee Venom. Penerangan juga diberikan mengenai kebaikan madu dalam kosmetik dan boleh melembabkan kulit dengan serta merta. Setelah menggunakan krim Honey Bee Venom dari produk Nafura, kelembaban kulit boleh diuji menggunakan peralatan yang disediakan. Anda akan mendapati bahawa keputusan alat tersebut menyatakan kulit akan menjadi lebih lembab.

Penerangan mengenai produk kecantikan Nafura


Honey Bee Venom daripada Nafura

Aktiviti terakhir iaitu penerangan tentang produk Evian’s Facial Mist di Beautifood. Bukan sekadar untuk mengekalkan kelembabpan kulit, malah Evian mist ini turut boleh membantu untuk mengekalkan solekkan dengan lebih lama. Ia juga boleh digunakan mask.

Evian's Facial Mist dari Beautifood

Setelah selesai kesemua aktiviti, para peserta dihidangkan dengan makanan yang sangat sedap terutamanya hidangan pencuci mulut. Sambil menikmati pencuci mulut, penaja mulai membuat cabutan bertuah. Taniah kepada yang bertuah.

Antara hadiah cabutan bertuah 

Kesemua Peserta





*******************************
Sekian sahaja acara saya bersama Her Beauty Award 2018. Terima kasih kerana membaca.



SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS