Photostat 1 kepada 1


Bagi yang sudah pandai dan mahir, sila skip konten ini okey.😁

ASAS PHOTOSTAT


  1. Letakan kertas yang hendak diphotostat dekat atas tray
  2. Pilih saiz kertas yang hendak digunakan
  3. Pilih nak ada warna / taknak warna
  4. Tekan start


    Gambar1
    Letakkan dokumen atau kertas yang hendak diphotostat di atas tray macam dalam Gambar 1 tu. saya suka letak kat atas tu sebab senang. Kecuali kalau ada stapler baru saya letak dekat dalam.




    Gambar 2
    Boleh pilih sama ada nak tekan butang "copy" pada screen tu atau pada butang tepi tu.  fungsinya sama ja.


    Gambar 3
    Rujuk gambar 3 pada bahagian (a), pilih lah saiz kertas atau tray yang dikehendaki. Kemudian pergi pada bahagian (b) tu, pilih sama ada nak ada warna atau tanak ada warna. Kalau taknak ada wrna, pilih "black & White". Kalau nak berwarna, saya biasa akan pilih "Auto Color Select"


    Gambar 4
    Akhir sekali tekan butang "Start" seperti dalam Gambar 4.

    Lepas ni kalau pergi kedai photostat tu ada tauke cakap "Kalau you nak cepat, you photostat la sendiri". Anda bolehlah pergi guna mesin photostat dia, sebab dia dah bagi green light tu, lepas tu minta diskaun la, sebab upah photostat sendiri.

    *********************************************************************************
    Sekian sahaja untuk Tutorial Asas Pengurusan Pejabat dalam konten kali ini, natikan tutorial yang seterusnya. Okey
    Sekian Terima Kasih
    SHARE 0 comments

    Add your comment

    © Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS