The Perfect Me, newtide Girl Search 2018 |
Kawan saya mendapat 1 tiket percuma untuk pergi tengok pertandingan ni. Jadi dia ajaklah saya untuk temankan dia. Pertandingan ni diadakan di Sunway Pyramid. Balik kerja, kami terus pergi event ni, sebab dalam jadual, pertandingan tu bermula pada jam 7.30 petang. Bahasa yang digunakan untuk event tu adalah Bahasa Mandarin. Sampai sahaja di Sunway Pyramid, kami terus pergi mendaftar kehadiran dan terus dapat goodies bag.
Gambar 1: Inilah Goodies Bag saya |
Semua jemputan dihidangkan dengan sedikit makanan ringan yang ditaja oleh Starbucks. Sedap makanan yang disediakan. Kemudian untuk upacara pembukaan pula, sekumpulan penari lelaki membuat persembahan. Rasa macam artis K-pop pula yang buat persembahan. Peserta untuk pertandingan pun cantik-cantik semuanya.
Gambar 2: Tarian untuk menyambut kedatangan para tetamu
Dah habis persembahan tarian, barulah gadis-gadis cantik keluar buat Catwalk. Saya dengan kawan saya pula pergi jalan-jalan tengok pameran yang disediakan oleh penaja.
Gambar 3: Makanan ditaja oleh Starbuck |
Gambar 4: Penaja |
Gambar 5: Penaja |
Gambar 6: Penaja |
Gambar 7: Penaja |
Gambar 8: Penaja |
Gambar 9: Selfie |
Sebelum pertandingan habis, saya dengan kawan terus cepat-cepat balik. Takut jem. kalau nak tahu siapakah pemenang dalam pertandingan ini, sila tengok video dibawah ni. Bertuah betul juara pertandingan ni, banyak hadiah yang dia dapat.
Newtide The Perfect Me Girl Search 2018 Grand Final ❤️
Posted by Newtide Magazine Official on Rabu, 7 November 2018
*********************************************************************************
Sekian sahaja konten kali ini, terima kasih kerana membaca. |
Gambar 10 |
Add your comment