Makanan pertama Baby


Baru-baru ini saya ada pergi ke Giant untuk beli barang dapur. Ada seorang promoter makanan baby datang ke arah saya untuk memperkenalkan produk makanan baby. Tetapi produk tu untuk baby yang berusia 6 bulan dan keatas. Mula-mula saya tak nak, sebab nak bagi siapa makan. Dah habis beli barang dapur, baru teringat, cute baby ada di rumah, tapi dia baru ja 5 bulan. Mmmmmmmmmmm. Cuba beli satu ja dulu, sebab baby yang kat rumah tu suka gigit- gigit dah, menyusu pun kuat. Saya beli perisa Original.

Saya beli perisa Original

Kandungan yang terdapat dalam biskut baby ni


Makanan baby Heinz Farley’s Rusks ni mengandungi DHA, Calcium, Vitamin B1, B2 & B12, dan Iron. Sangat bagus untuk perkembangan bayi. Terdapat 3 perisa terbaru daripada Heinz Farley’s Rusks iaitu Banana, Orange , dan Original. Cara penggunaan atau penyediaan ada diberikan pada kotak Heinz Farley’s Rusks. 

Ada 3 perisa

Dalam 1 kotak tu Ada 3 bungkus. tapi saya lupa ada berapa keping biskut dalam 1 bungkus tu

Disebabkan baby saya tu suka menggigit, jadi saya bagi dia gigit ja dulu. Tetapi kena pantau, jangan bagi baby tu makan sendiri sebab baby tu kecik lagi, gigi pun belum ada. Lagipun makanan baby ni berbentuk biskut pejal, senang baby nak pegang. Jangan risau sebab biskut ni jenis senang larut. Terkena air liur pun dah larut



Dah puas dia gigit, baru lah saya bahagi separuh biskut tu. Separuh simpan, separuh lagi campur dengan susu dia. Lepastu mulakanlah sesi suap baby. Tapi bukan saya lah yang suap baby. Saya tak pandai. Wahhh happy betul dia dapat gigit makanan yang sebenar, selama ni orang bagi dia gigit baby gummy ja. Boleh beli lagi ni ^_^ Nanti nak cuba perisa lain pula. 

Setakat ni saya suka dengan Biskut Heinz Farley’s Rusks. Walaupun baby saya baru 5 bulan, dia senang nak hadam. Walaubagaimanapun, seelok-eloknya bagilah baby makan bubur nasi. Baby gembira, mummy senang hati

**********************
Sekian Sahaja review saya untuk makanan baby kali ini
Terima kasih kerana membaca

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS