PENGALAMAN INTERVIEW N29

in , , by Chris_Sella, Januari 19, 2022

Ramai yang whatsapp saya untuk tanya tentang pengalaman interview saya. Lepas ini saya rasa mungkin saya tidak akan menerima banyak persoalan mengenai interview setelah saya up tentang pengalaman saya di dalam blog ini.

Selepas peperiksaan online, mara ke peringkat penilaian, akhirnya sampai ke peringkat temuduga. Saya dipanggil untuk menghadiri temuduga pada 23 April 2019 di RH Hotel Sibu jam 1.30PM bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29. Saya sebenarnya lupa berapa lama masa nak tunggu keputusan penilaian dan kemudian dipanggil untuk temuduga. (Maaf ye). Tapi bagi yang berminat nak tahu pengalaman saya semasa menghadiri sesi penilaian tu boleh baca DISINI. 

Saya sememangnya sudah bekerja dalam sektor swasta. Dan hadir untuk ditemuduga hanya ingin mencuba nasib sahaja. Manatau rezeki kan. Soooo saya pergi ke sibu tu sorang je dengan membawa dokumen yang saya rasa mungkin akan dapat membantu saya sedikit nanti.

Tak perlu tanya persiapan yang saya baca, sebab saya memang tak baca apa-apa pun, hanya sedikit tugasan yang dilaksanakaan oleh Penolong Pegawai Tadbir. Lagipun saya memang sangat sibuk mengejar tender submission masa tu.

Saya menginap di Paramount Hotel Sibu, tapi saya ajak parents saya stay sekali lah, dorang datang dari kampung. Saya ni selalu outsation tapi saya tak pernah stay hotel sorang-sorang sebab saya takut  hahahahaha, biasa husband saya yang temankan kalau out station. Waktu dekat hotel tu saya memang susah nak tidur sampai pagi. 

Jam 12 tengah hari saya dah sampai dekat RH hotel iaitu lokasi temuduga. dalam jam 12.45pm saya naik ke dewan untuk buat pendaftaran. Saya memang sentiasa jadi orang pertama sebab itu prinsip saya. Semasa pendaftaran, saya perlu keluarkan semua sijil original untuk discan oleh Admin yang bertugas. Selepas selesai mengisi borang, semua calon dibahagikan kepada beberapa kumpulan. dan kami diminta bergambar sorang-sorang mengikut senarai kehadiran (Orang tu snap kami menggunakan handphone jakk)

Next

Dalam kumpulan saya, saya adalah orang pertama yang masuk bilik temuduga. Bilik temuduga tu sebesar sebuah kelas, jarak kerusi saya dengan meja pegawai yang menemuduga saya adalah lebih kurang 2-3 meter macam tu kot. Terdapat 2 orang pegawai yang berada dibilik tersebut untuk menemuduga saya. Saya tak tau pula bilik lain tu ada berapa orang lah.

Masuk je dalam bilik temuduga tu saya memang dah senyum sebab gelabah (sorry lah sebab saya memang suka senyum atau tersengeh bila nervous) Saya pergi dekat meja penemuduga dan "Selamat tengah hari Tuan, selamat tengah hari Puan, ini resume dan sijil saya" lantas Pegawai lelaki tu cakap "Selamat tengah hari, silakan duduk, kamu boleh pilih sama ada kamu nak guna bahasa Melayu atau English atau kedua-duanya sekali""


Soalan pertama: Perkenalkan Diri

Macam biasa kita ddisuruh untuk memperkenalkan diri walaupun mereka dah ada semua maklumat yang kita ada. Jadi sambil saya memperkenalkan ddiri sambil tu pegawai dua orang tu belek-belek resume saya. Memang resume yang saya buat tu berbeza dengan borang yang saya isi. Resume tu saya buat lebih terperinci mengenai diri saya (dalam bahasa Melayu pula tu, sebab saya memang berharap mereka tanya saya dalam bahasa Melayu. Kalau saya buat resume bhasa English, sudah tentu mereka akan tanya saya dalam bahasa English). Dan memang saya jelaskan semua yang ada dalam resume tu, sebab saya anggap kalau saya tak cakap apa yang ada dalam resume tu, pegawai takkan ada minat nak belek resume saya. 

Pegawai:"Memang disuruh buat macam ni ka? Filling sijil pun diarah untuk buat macam ni ?"

Saya:"Tidak Tuan, itu adalah cara saya dan persiapan saya untuk datang temuduga, and actually that was my way to do the hard copy filling in my office sir."

Pegawai:"

Dan tercetusnya persoalan tentang resume saya yang misteri ceeehwahhhh. Yang best nya sebenarnya saya pernah jumpa pegawai tu semasa saya training dulu tapi dia tak kenal saya pun, saya ni hanya pelajar jerrrr time tu (seemut kecil jak).

Saya ringkaskan perbualan kami 

Pegawai:"You get married before your graduation"

Saya:"Yes Madam."

Pegawai:"Your Husband orang Asli?"

Pegawai: "You dah berkahwin dan bekerja di Kuala Lumpur, kalau you dapat jawatan ini. How about your family and you say your husband not Sarawakian?"

Saya:"Sekiranyanya saya berjaya menjawat jawatan ni saya sudah bersiap sedia untuk melapor diri, dan suami saya pasti menyokong saya kerana beliau yang mendorong saya untuk menghadiri sesi temuduga ini"

Pegawai:"Bagaiman kalau anda ditempatkan di kawasan Kenawit atau kapit, ini akan memutuskan perhubungan I mean you susah untuk berhubung dengan husband you nanti, tiket penerbangan juga sangat mahal"

Saya:"Saya yakin dengan kemajuan serta perkembangan infrastruktur yang sekarang, majoriti kawasan Sarawak telah pun mempunyai kemudahan jalur lebar dan semuanya hanya dihujung jari, ini bermakna saya dapat video call bukan sahaja dengan suami saya, malah seluruh ahli keluarga saya. Mengenai tiket penerbangan pula, saya dan suami sememanagnya telah mempunyai jadual penerbangan setiap bulan untuk melawat orang tua saya yang berada di Sarawak, jadi penerbangan untuk suami saya menziarahi saya bukan suatu masalah yang besar."

Dannnnn ada lagi soalan lain yang saya rasa tak penting untuk ditaip kat sini, sebab saya tak rasa soalan macam tu yang pembaca nak tau kannn.


Soalan Kedua: Apa yang anda tahu tentang 1Azam? (Soalan ini pegawai tu petik dari resume saya, sebab projek tahun akhir saya dekat U dulu tentang 1Azam)

Pegawai: "Can you explain what you know about 1 Azam"

Saya pun cakaplah semua teori dan fakta 1Azam tu.

Pegawai: "Ya sebenarnya saya yang handle 1 Azam di bahagian XXXX., Untuk pendapat kamu adakah 1Azam ni patut diteruskan atau dihentikan?"

Saya:"1Azam ini sangat membantu........ Walaupun segelintir peserta menjual........ Namun 1Azam ini sangat bermakna sekiranya...........Kesimpulan pendapat saya, 1Azam memang patut diteruskan dengan sedikit pembaharuab."


Soalan Ketiga: Kenapa nak bekerja di sektor kerajaan

Pegawai:"Kenapa kamu berminat hendak masuk ke sektor kerajaan"

Saya:"Saya berminat ingin menceburi sektor kerajaan kerana tiada risiko dibuang kerja sekiranya berlaku krisis ekonomi ..........."

Pegawai:"kamu silap, pekerja sektor kerjaan pun boleh dibuang kerja, contohnya kalau mengambil dadah........." (Muka saya ni nampak macam bodoh sangat ka sampai nak ambil dadah, kalau dadah ni lah kan, pekerja swasta pun akan kena buang juga. Tapi lain lah kalau berlaku krisis ekonomi, syarikat swasta pastiu akan buat pengurangan pekerja, so risiko dibuang kerja itu lebih tinggi.)

Saya:"..... penghargaan wanita untuk cuti bersalin 2 hingga 3 bulan............."

Pegawai:"Saya rasa cuti bersalin cuma sebulan sahaja, tiada yang istimewa..... (Sambil dia pandang pegawai wanita disebelah dia, nampak muka dia tak boleh terima jawapa "cuti" saya tu)

Saya:"..... saya cuti bersalin tanpa gaji Tuan, tapi saya masih bekerja di kompeni tersebut kerana komitmen....... dan sekarang saya mencuba nasib untuk menceburi sektor krajaan dimana saya rasa wanita itu lebih dihargai...." (Puas hati aku, dia tak ada bini kot, ke bini dia full time suri rumah. oppssss teremosi pula)

Jawapan saya yang seterusnya adalah "fasiliti kesihatan", yang ini pegawai tu tak bidas lah. 

Tapi pegawai tu siap tanya gaji saya berapa, dan dia cakap gaji saya dah terlebih tinggi, dan sayang sekiranya saya bermula lagi dengan gaji yang rendah. Saya tersenyum tanda faham tapi merungut di dalam hati (saya lahir dalam keluarga dan persekitaran kazen mazen yang bekerja dalam sektor krajaan. Saya tau selok belok gaji mereka. Cuma mungkin saya tak dilahirkan bijak dalam akademik seperti family saya yang lain sehingga susah saya nak masuk sektor krajaan, dan saya positif, mungkin suratan hidup saya special.) 


Soalan Keempat: Pekerjaan saya.(Soalan ini pun diambil dari resume saya juga)

Pegawai:"How you promote your compony to Sarawak or macam mana you nak join project di Sarawak??"

Saya:"Seperti prosedur petender yang biasa kami lakukan, saya akan meenyertai sebut harga projek dan menghantar melalui tender box.  Atau saya akan masuk ke laman sesawang rasmi sesebuah organisasi dan menyertai sesi sebut harga yang ditawarkan. Seperti XXXXXXX"

Sebelum masuk ke soalan seterunya, pegawai ada membuat penerangan mengenai situasi saya yang "akan" bekerja di Sarawak dan suami saya akan ditinggalkan di SM. "Agak mustahil untuk kami memisahkan sesebuah keluarga, seperti yang kita tahu. banyak kes perceraian berlaku kerana PJJ, dan kami tidak mahu itu berlaku". Saya hanya jawab, saya faham dan senyum je. (Padahal hati saya berkata, ramai je yang bekerja govmt bercerai, kenapa perlu menilai orang luar govmt ni macamtu, kalau tak boleh terima saya, terus terang cakap sebab saya tak kisah pun lulus temuduga atau tak, cuma family saya jak sedih kalau saya gagal. Saya memang sebelum masuk temuduga dah tau saya gagal)

Ada beberapa soalan lagi berkaitan dengan kompeni tempat saya kerja. Last soalan dia saya tak jawab.

Pegawai:"Kompeni tu kelas berapa, I mean Gred berapa?"

Saya:"Maaf Tuan saya tak pasti." (Gila apa saya jawab macam tu, padahal saya tau kompeni saya tu G7, kategori B04, CE21 dan sebagainya, sebab saya yang uruskan tender, memang saya perlu tau lah, tapi saya tak rasa bersalah tak jawab soalan tu betul-betul)

_______________________________

Tamat rasanya persoalan temuduga saya, sebab saya lebih banyak bercerita tentang diri saya. Yes memang betul seandainya mereka tanya saya tentang misi, visi JKM. Apa tugas, apa jabatan dibawah JKM memang saya tak tahu, sebab saya tak belajar atau buat persediaan secara rapi pun. Dan saya memang dah bersedia untuk gagal dalam temuduga ini. Secara realiti nya saya memang lembab dan lemah bab menghafal ni, sejak di bangku sekolah lagi. Tapi kerja saya setakat ini belum pernah lagi yang merugikan kompeni saya.

Sebelum, pegawai berdua tadi menamatkan sesi temuduga saya, mereka memang sangat baik dan memberitahu saya, agak susah untuk saya mendapat jawatan tersebut oleh kerana status saya begini dan begitu dan seterusnya, tapi keputusan dibuat oleh suruhanjaya bukan mereka. Ya sekali lagi saya tersenyum dan faham mereka reject saya sebenarnya. (Saya ni dah tua, dan saya memang faham body language macam tu, dan saya tak terasa, sekurang-kurangnya saya dah confirm tau saya direject dan tak perlu saya menunggu keputusan dah.)

Saya bangun dan mengambil fail saya dan saya ucakpkan terima kasih sambil menuju ke pintu. Tamatlah interview saya, mak dan papa saya dah siap menunggu di lobi hotel dan mereka tanya saya macam-macam. Saya cakap saya gagal. Dorang diam dan muka dorang ada kekecewaan besar. Sampailah kat airport pun mereka masih diam, dan saya cakap, "Saya ada kerja lagi, ada RM14m projek di dalam tangan saya sekarang, bukannya tak kerja langsung kannnn. Mak nak ada kereta sendirikan nanti saya belikan guna gaji swasta saya" Sambil saya gelak, tapi muka mak dan papa saya tu mmmmm buat saya ni rasa macam anak derhaka, dorang tak senyum langsung, siap tinggalkan saya macam tu je kat airport, Sorry mak dan papa, saya memang dah buat sehabis boleh, bukannya mak dan papa tak tau kelembapan anak dia ni sejak lahir lagi.


Bagi korang yang ingin menghadiri temuduga, sila buat persiapan rapi ye, kalau boleh please practice for your English. Soalan dari penemuduga ni adalah random sebenarnya, mereka pun tak tau nak tanya apa. Tapi yang pasti mereka tahu segalanya kerana laptop hahahaha. Jadi korang janganlah memandai jawab soalan kerana jawapan hanya dihujung jari mereka, sekali mereka taip kat google dah keluar semua jawapan termasuk blog saya pun terkeluar tau.. Bak kata orang zaman now, tak tahu jangan kongsi. Korang kongsi je apa yang korang faham. Isu semasa tu jangan lupa tau.Contoh cara mengelak berlakunya banjir besar, dan korang jangan sebut pasal empangan kalau korang tak tahu fungsi atau sistem empangan, kerana soalan selalunya datang dari jawapan kita sendiri.

Semoga berjaya di dalam sesi temuduga anda. 


****************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella



SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Hi Sis, Thank You So Much for your sharing. May God bless you 🙏.

    BalasPadam

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS