Dry shampoo adalah shampoo rambut tanpa menggunakan air. Maksudnya
tak perlu bilas dengan air. Memang betul dry shampoo ada dijual di Watson, Guardian, farmasi,
dan sebagainya. Harganya pun boleh tahan juga tau.
Dalam keadaan yang terdesak dan anda tak jumpa pun kedai-kedai
yang jual dry shampoo, tambahan lagi kulit kepala pun 3 hari tak cuci dan
berminyak. Bagi yang ada internet yang laju tu, mestilah google atau tengok kat
YouTube macam mana DIY dry shampoo kan. Kebanyakan di YouTube anda akan jumpa
cara DIY dry shampoo menggunakan tepung + serbuk koko + essence bagai. Nak cari
bahan-bahan tu pun kadang-kadang bukan senang.
Cara saya senang je, bahan-bahan yang saya gunakan cumalah bedak.
Tak kisah lah bedak jenama apa sekali pun. Lagipun, saya rasa bedak senang nak cari dekat kedai runcit atau 7E pun ada jual bedak kan. Semua bahan dah ada??? Mula-mula selak rambut bermula dari
bahagian tepi dahulu. Pastikan belahan rambut tu lurus la ye. Kemudian guna
brush makeup yang tebal tu yang biasa orang guna untuk bedak makeup. Kalau tak
ada berus makeup, sila guna tangan sahaja.
Terjumpa bedak ni kat rumah, guna ni je lah buat DIY |
Selak rambut tu macam ni & letak bedak dekat kulit kepala tu sikit. lepas tu selak rambut yang seterusnya. |
Taburkan bedak dekat setiap garisan belahan rambut. Buat lah
seberapa banyak belahan yang anda suka. Kalau saya cuma 5 atau 6 kali selak
dari kanan ke kiri. Kemudian, gosok lembut seluruh bahagian kulit kepala macam
kita guna shampoo basah tu, tapi jangan garu ye. Tak perlu gosok lama-lama pun.
Kemudian sikat rambut macam biasa.
Agak-agak la nak letak banyak mana di setiap garisan rambut tu, jangan banyak sangat. |
Hasilnya, anda akan dapati kulit kepala yang sangat berminyak disebabkan tak cuci tu akan berkurangan. Kalau ada bawa minyak rambut, anda boleh la guna dekat bahagian hujung rambut tu macam biasa. Dannnn kalau ada mist seperti mist yang saya review haritu pun silakan guna, supaya lebih wangi. Nak tau mist apa yang saya review haritu??? Body Holic untuk Hair & Body Mist, kalau nak tau lebih lanjut bolehlah klik DISINI.
Pendapat saya, sekarang ni memang sangat memudahkan kalau
melancong, masuk hospital atau pergi mana-mana bawa dry shampoo, tetapi lebih
best kalau cuci rambut guna shampoo basah macam biasa tu, rasa lebih bersih dan
puas hati sebab boleh garu-garu kulit kepala tu serta lebih yakin dengan tahap
kebersihan kulit kepala.
********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
Add your comment