Sumber: Shoppee |
Body Holic untuk Hair & Body Mist ni terdapat dalam beberapa
variasi (saya tau sebab terjumpa dekat
Shopee). Dalam diari kali ini, saya cuma akan buat review untuk variasi Sky
Potion sahaja. Memang tak pernah tahu pun mengenai produk ni, yang Sky Potion
ni saya dapat dalam goodies bag semasa menyertai workshop Underwater. Kalau nak tau apa yang saya buat dekat workshop Underwater tu bolehlah klik dekat SINI.
Kotak dia macam ni |
saiz dia cuma 50ml, tapi sekali spray je dah cukup wangi |
Dekat belakang botol ni dia ada tulisan Korea (Produk Korea la tu) |
Body Holic Sky Potion ini mempunyai wangian Rose & Musk. Ia
digunakan sebagai Mist untuk rambut dan badan. Haaaa jangan pula sembur kat
baju. Bau dia memang sangat wangi.
Cara saya menggunakannya untuk Mist rambut. Mula-mula saya spray
sekali sahaja pada rambut sebelah kanan dan spray sekali pada bahagian kiri
pula. Kemudian gosok-gosok manja pada rambut supaya wangian nya menjadi sebati. Psssss,
bagi yang DIY sendiri dry shampoo tu
bolehlah guna Body Holic ni sebagai pewangi rambut.
Harumannya memang sangat kuat, jadi jangan lah spray banyak sangat
ye. Bagi yang nak bersukan dan risau rambut berbau, bolehlah guna Body Holic
ni sebab wangian nya menyelamatkan rambut anda daripada berbau masam peluh.
Lagipun saiz spray ni kecil sahaja (50ml) muat-muat dalam handbag.
Ooo saya tak cakap untuk spray dekat badan kan? Sebab saya suka
guna minyak wangi nanti bercampur pula bau Body Holic dengan minyak wangi yang
saya pakai tu.
********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima
kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
good review :)
BalasPadam