REVIEW: BETUL KE SUPERMAMA AIR BREAST PUMP SANGAT SENANG DIGUNAKAN???

Wahhh bestkan, kotak je pun dah rasa eksklusif 

Setelah sekian lama menyepi disebabkan cuti bersalin tambah berpantang lagi, memang tak terfikir pasal blog-blog, biznes-biznes semua. Posting pertama untuk blog selepas lama bercuti adalah nak buat review tentang AIR BREAST PUMP.


Beli sebab memang nak baby minum susu ibu je, walaupun susu tu tersangatlah kurang. Kedua sebab tertarik dengan iklan kat FB tu. Mana taknya Motor dicantum sekali dekat pump dan bentuknya pun macam best je. Nak beli 2 set (RM500) tapi takut tak sesuai pula, rugi nanti. Jadi saya beli 1 set (RM299) dulu lah untuk try test cuba.


Disebabkan ramai yang Pm Pm kat posting facebook supermama tu, tapi baca juga yang admin facebook tu lambat reply. Jadi saya pun buat keputusan untuk terus masuk kat website SuperMama LabApa yang bestnya kalau beli terus dari website SuperMama Lab tu??? Kita boleh tahu sama ada produk tu ada stok atau pre-order. Lepas tu boleh bayar secara ansuran selama 3 bulan tau. Tapi saya tak bayar ansuran la sebab kena bagi 3 number yang kat belakang kad atm kita tu. Dah selesai semua bayaran, nanti semua maklumat akan diterima melalui email kita sahaja.


Barang yang saya pesan tu mengambil masa selama 2 hari bekerja sahaja, kalau pengeposan ke Sabah atau Sarawak mungkin mengambil masa selama 4 hari ke atas kot. Cuma yang saya tak suka, barang tu di pos tak guna bubble wrap yang tebal jadi kotak dia ada kemek sikit.



Beli je memang dapat saiz 27. saya beli asing saiz 24




Dapat free alat ganti ni sekali

Nampak je dalam gambar ni kecil, tapi boleh muat 2 set AIR BREAST PUMP tau.  


__________________________Masa untuk mencuba _____________________

Mula-mula guna tu rasa sakit dekat puting, mungkin sebab terkena bahagian plastik yang keras tu. Lepas tu saya buat keputusan untuk beli silicone shield yang bersaiz 24 pula. Baru rasa selesa sebab plastik yang mencantumkan silicone shield dengan linker moto tu berada di bahagian luar silicone. Kalau saiz 27 tu pula, plastik keras (linker) tu berada di dalam dalam silicon jadi bila moto bergerak untuk pam, puting akan bergeser dekat linker tu dan rasa sakit. (faham ke tak tu???). Cuba tengok gambar yang kat bawah ni. tu lah rupa linker. Bahagian yang saya bulat merah tu lah yang saya maksudkan. Jadi sebab itulah saya tukar kepada silicone shield saiz 24.

Kuat ke moto pum tu??? Okey memang kuat, saya cuma guna sampai level 2 daripada 5. Memanglah tak terasa bila pam guna level 2 tu, tetapi ingat, sekiranya terasa sedutan pam tu kuat, susu akan kurang terhasil sebab puting tak selesa. Dan elakkan daripada mengepam lebih dari 30 minit. Saya akan guna push up bra yang tak ada dawai semasa menggunakan pam tersebut, memang terasa selesa dan melekat terus. Sambil mengepam saya bolehlah buat kerja lain. 


Betul ke AIR BREAST PUMP SuperMama Lab ni tak kuat berbunyi??? Sebelum beli, saya pun ingatkan tak ada bunyi langsung. Rupanya kalau di tempat kerja, kawan yang duduk jarak 4 meter pun boleh dengar bunyi moto pum tu (betapa senyapnya tempat kerja saya kan, hihihihihi). Setiap kali saya guna breast pum memang kawan semua tau. TETAPI kalau pasal getaran moto tu, memang betul tak ada getaran langsung.


Lupa nak bagitau, setiap bahagian AIR BREAST PUMP SuperMama Lab ada dijual secara berasingan tau. Jadi setiap 3 hingga 4 bulan bolehlah tukar ye. Terus beli dekat website SuperMama Lab je. 


********************

Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella


No comments