TELEFILEM “TIADA LAGI” MEMANG BEST

in , , , by Chris_Sella, Februari 28, 2020
Sumber: https://www.myinfotaip.com/2020/02/tiada-lagi.html

Saya memang jarang sangat tengok cerita Melayu. Tapi hari Sabtu tu (22 February 2020) sambil lipat pakaian tergerak hati pula nak on TV. Wahhh ada pelakon kegemaran saya yang cantik tu la, iaitu Rita Rudaini. Dari saya zaman sekolah dulu tengok Rita ni berlakon memang muka dia macam tu je cantiknya. Lepas tu ternampak pula Jay Iswazir pun berlakon sekali, sebab pernah tengok Jay ni berlakon dalam filem “Insan Terpilih (2019)”, memang best.

Dah cari cerita ni kat YouTube semua tapi tak jumpa pula.

PELAKON
Sebelum teruskan menaip. Kita kenali barisan pelakon dan watak-watak mereka.
1)  Datuk Nizar (Eizlan Yusof)
2)  Datin Nureen Azalea (Rita Rudaini)
3)  Iskandar (Jay Iswazir)
4)  Fatin (Dayang Areeda)

SINOPSIS MENURUT SAYA
Saya menonton filem ni mula dari rumah Datuk Nizar diserang oleh dua orang perompak. Perompak tu siap bawa seorang perempuan yang bernama Fatin dan tangannya turut diikat. Salah seorang perompak yang bernama Iskandar, memaksa Datuk Nizar menerangkan apakah hubungan Fatin dengan Datuk Nizar di hadapan Datin Nureen Azalea. Pada mulanya Datuk Nizar tidak memberi jawapan kepada Iskandar, sehinggalah Iskandar cuba melemaskan Fatin di dalam besen yang berisi air. Akhirnya, Datuk Nizar mengaku dihadapan Iskandar dan Datin Nureen bahawa Fatin adalah isteri kedua Datuk Nizar.

Perkara yang kedua pula, Fatin sebenarnya adalah bekas isteri kepada Iskandar. Mereka bercerai kerana Fatin curang dan dah taknak dekat Iskandar. Yelah Iskandar kan tak kaya cuma bekerja sebagai mekanik sahaja. Fatin pula bekerja dengan Datuk Nizar dan mereka selalu bersama.

Semua dah mengaku, perompak pun balik lah. Fatin pula bermalam dekat rumah Datuk Nizar dan Datin Nureen. Semasa di dapur, Datin Nureen berbual dengan Fatin, dan mengatakan Datin Nureen akan bercerai dengan Datuk Nizar kerana kecurangan datuk Nizar dan Datin Nureen tidak mahu bermadu dengan Fatin. Ayat yang bagus dilemparkan oleh Datin Nureen kepada Fatin “…Aku taknak bermadu dengan perempuan murahan macam kau… aku setia dekat suami aku tetapi dia curang. Kau ada suami tetapi kau curang”. Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Tapi Datin Nureen tak menjerit-jerit pun, dia tetap bercakap dengan tenang dan cool.

Datuk Nizar tidak melaporkan kes rompakan tersebut kepada pihak polis kerana bimbang akan menjatuhkan air mukanya.

Keesokan harinya Datin Nureen awal-awal dah membawa dua orang anaknya pergi bercuti. Semasa percutian dengan anaknya, Datin Nureen ada terserempak dengan rakan lamanya. Rakan lamanya itu menerangkan sebab dia selalu mengelak daripada berjumpa dengan Datin Nureen. Rupanya ada cerita dibaliknya antara rakan lamanya dengan Datuk Nizar. Perkara tersebut membuat Datin Nureen lebih yakin dengan keputusan untuk bercerai dengan Datuk Nizar

Sekarang sesi proses nak cerai pula, Datuk Nizar sentiasa memberi alasan untuk Datin Nureen kesian dengan anak-anak sekiranya mereka bercerai. Namun Datin Nureen tetap dengan pendiriannya dan memecat Datuk Nizar daripada Syarikat sebab semua yang dimiliki oleh Datuk NIzar tu sebenar adalah milik Datin Nureen. Selepas perceraian, semasa Datin Nureen sedang menunggu kendaraannya, Datuk Nizar masih lagi memujuk Datin Nureen untuk kembali kepadanya kerana kesian dekat anak-anaknya. Namun, semasa kenderaan Datin Nureen sampai, Datuk Nizar sangat terkejut melihat Iskandar yang memandu kenderaan tersebut.

PLOT TWIST
Sebenarnya, Iskandar dengan Datin Nureen berkenalan semasa Iskandar menculik Datin Nureen dengan niat nak membunuh Datin Nureen kerana Fatin berkahwin dengan Datuk Nizar. Namun Niat Iskandar terbatal setelah menerima panggilan daripada ibunya dan mendengar nasihat ibunya. Setelah Iskandar melepaskan Datin Nureen, namun Datin Nureen kembali masuk ke tempat penculikan tersebut untuk menanyakan kenapa Iskandar menculiknya.
Jadi rompakan yang terjadi tu sebenarnya adalah rancangan Datin Nureen untuk mendengar sendiri pengakuan Datuk Nizar mengenai Fatin.

APA YANG SAYA SUKA TENTANG FILEM “TIADA LAGI”
Pertama: Datin Nureen mempunyai pendirian yang teguh dan tidak mudah terpengaruh dengan pujukkan manis Datuk Nazir. Datin Nureen juga seorang yang tenang menghadapi semua masalah dan tak adalah menjerit-jerit, terlolong-lolong.

Kedua: Rasa best bila part Datin Nureen mengambil semua harta miliknya daripada Datuk Nizar. Kerana Datuk Nizar sebenarnya seorang tidak ada apa-apa dan hanya menumpang harta kekayaan Datin Nureen dan telah menyalahgunakan kepercayaan dan kesetiaan Datin Nureen.

Ketiga: Watak Iskandar yang sentiasa menerima nasihat daripada orang lain dengan baik sehingga dia tidak menjadi penjenayah.

Keempat: “…Perempuan ni kalau dia cantik macam mana pun sekalipun, berhabis duit, jada badan, jaga itu, jaga ini, lelaki kalau dia nak cari lain dia tetap akan cari juga. Walaupun hidup dia banyak bergantung dengan kita…” Ayat Datin Nureen dalam filem Tiada Lagi.



********************
Sekian sahaja 
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS