Cerita ni dah berbulan lamanya, sekarang baru
ada mood nak menaip. Palace Of The Golden Horses adalah salah sebuah hotel
mewah. Kalau nak tau lebih lanjut bolehlah search
dekat website Palace Of The Golden Horses Kuala Lumpur. Lokasi bukan dekat
Kuala Lumpur pun, tapi dekat Sri Kembangan Selangor. Boleh search guna Google Map.
Disebabkan pada hari ahad tu saya ada
aktiviti dekat hotel tersebut, jadi tu yang merancang nak menginap semalam.
Takut driver malas nak bangun pagi hantar saya pergi event, hihihihihihihi.
Saya check in dekat Palace Of The Golden Horses
pada jam 3 petang hari Sabtu, sebab kena tunggu orang tu balik kerja
kannnnnnnn. Selepas makan tengah hari terus gerak ke hotel. Padahal jarak hotel
tu dari rumah cuma 10 minit je pun. Ye lah dah Permaisuri nak ke istana
nya kenalah tunggu pengiring datang kan. Hihihihihi.
Bilik yang saya pilih ialah Deluxe King Room with Lake View &
Breakfast for 2. Malas nak menaip panjang-panjang, sila mencuci mata tengok
gambar yang saya ambil dekat bawah ni okey. Tapi gambar semua nya kabur sebab
kamera rosak, ni pun ada gambar yang tak tersave.
Huhuhuhuhu.
Lobi dia luas tau, ni cuma 1 sisi je. Gambar sisi lain dah hilang. |
Alamak gambar kuda emas saya hilang, jadi tak dapatlah nak tunjuk Golden Horses tu sangat. Mmmmmm. Hotel ni memang luas, dari kaunter check in tadi nak menuju ke lif rasa macam 2 minit juga lah (yelah, biasa lif tu sebelah kaunter check in je, 3 saat dah sampai). Apa lagi kalau berjalan macam lemah lembut macam saya ni, lagi la lambat sampai.
Akhirnya sampai juga dekat lif |
Design lif pun dah cantik |
Dah masuk keluar lif kan sekarang nak menuju ke bilik pula, jauh lif tu dari bilik yang saya pilih 3 kali ganda dari jarak tadi. Huhuhuhu padan muka nak lake view sangat.
Inilah pemandangan depan bilik saya |
Buka je pintu, inilah bilik saya |
Ini kerusi rehat tepi balkoni |
Semua perabot dalam bilik ni sangat cantik |
Mini bar |
Toilet, memang banyak cermin |
Tempat mandi |
Kawasan hair dryer |
Toiletries |
Ingatkan nak mandi kolam petang tu, tapi mmmmmmmm hujan la pula. Saya
suka mandi kat kolam ni sebab tak payah bawa tuala, nanti boleh ambik tuala
dekat kaunter bersebelahan dengan kolam tu, cuma tinggalkan kad bilik dekat
kaunter tu je. Tapi dah pakai tuala tu nanti kena pulangkan semula dekat
kaunter dan penjaga kat kaunter tu akan bagi semula kad bilik anda.
Pemandangan dari balkoni bilik saya |
Hujan, tak boleh mandi kolam |
Ni lah lake view tu, duduk dekat balkoni tengok tasik ni. Sebab dah lewat, jadi tak boleh naik cruise. |
Dah selesai bergambar dekat bilik, saya pun keluar bersiar-siar dekat luar pula sebelum hari malam. Kalau dah malam nanti tak nampak apa-apa pun. Misi pertama ialah menuju ke Taman Orkid. Tetapi nak menuju ke Taman Orkid tu pun banyak persinggahannya juga. Jom layan setiap persinggahan sepanjang perjalanan ke Taman Orkid.
Ni perhiasan majlis perkahwinan yang berlangsung pada malam tersebut |
Inilah kereta kuda Unicorn Cafe |
Meja dan kerusi di Unicorn Cafe |
Ni pula bersebelahan dengan Unicorn Cafe |
Ni macam mini market lah |
Tadaaaaa akhirnya sampai juga dekat pintu Taman Orkid |
Orkid semua tergantung macam ni |
Boleh lepak dekat dalam taman orkid |
Semua orkid dekat sini adalah jenis warna purple. |
Semasa dekat dalam Taman Orkid ni, saya tiba-tiba ternampak ada sebuah dewan yang langsung tak ada orang tapi adalah juga terdengar orang yang sedang menyusun pingan semua tu. Vacation spouse saya cakap tu dewan makan Sultan, orang biasa macam kita ni tak boleh masuk.
Saya snap gambar ni dari pintu kaca taman orkid |
Setakat tangga je la tempat berselfie |
Hujan pun dah berhenti, jadi masa untuk bersiar-siar di luar Istana pula.
Ni perhiasan dekat tengah-tengah libi |
Banyak lagi gambar nak letak kat sini, tapi semuanya dah hilang. mmmmm
Saya suka serapan buffet dekat Palace Of The Golden Horses ni
sebab desert dia sedap sangat tapi saya tak dapat makan sarapan dekat situ
sebab saya ada aktiviti pagi tu. Huhuhuhu.
Selesai sahaja aktiviti saya tepat jam 1 tengah hari, spouse saya pun dah siap chek out. Walaupun
kami lambat sejam keluar dari parking hotel, dorang tak cas pun. Hihihihihi,
Penat dan saya rasa tak sabar nak balik istana sebenar saya.
Kalau nak tau apa event yang saya ikut dekat Palace Of The Golden
Horses ni, boleh baca DISINI
********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
Add your comment