REVIEW – BYME MASK

in , , , by Chris_Sella, Ogos 05, 2019


Dah lama dapat sample mask ni, baru ada masa cuba 2 hari lepas. Yela saya kan ada banyak mask, jadi kena take turn untuk mencuba. Nama panjang untuk mask BYME ni Radiant Glow Hydrating Essence Face Mask. Kalau beli sekotak ada 5 keping mask. Menurut apa yang saya baca dekat peket mask tu, ia membantu untuk merawat sel kulit dengan khasiat rumpai laut (Gulfstream Seawater and gold seaweed extract). Yang paling saya suka baca mengenai mask ni, ia akan memastikan kulit anda dalam keadaan lembab selama berjam-jam.

Inilah rupa packaging mask tu

Okey masa untuk saya mencuba. Mula-mula terpesona juga tengok mask warna biru. Wow cantiknya, sebab warna kegemaran la katakan. Tapi bukan mask tu warna biru, rupanya kain untuk lapis mask tu yang warna biru, mask tu putih je. Huhuhuhuhuhuhu terasa tertipu la pula. Mask ni ada 3 lapisan tau. Kena buka / tanggalkan dulu plastik yang pertama, kemudian tekapkan dekat muka, lepastu buka lapisan warna biru tu pula. Dah siap pakai mask. Kena tunggu 15-20 minit baru tau keputusannya.

Buka je Mask ni, terus nampak warna biru. Cantiknya





Yang warna biru tu rupanya bukan mask tetapi kain untuk tekap mask.

Masa pakai mask dah tamat, jadi kena la bilas menggunakan air bersih. Dah bersih, terasa kulit wajah semakin halus, licin dan lembab. Best, sejuk-sejuk je muka ni.

Komen saya mengenai mask BYME ni, ia cepat meresap. Tak sampai 15 minit kain mask tu dah rasa nak kering. Tak tau la mungkin sebab saya guna aircond time mask tu menjadikan mask tu cepat kering, atau memang ia jenis yang cepat serap. Tekstur dia tak melekit sangat. Betul ke mask ni boleh melembabkan kulit wajah berjam-jam lamanya? Jawapan saya betul la berjam-jam tapi tak ada lah sampai 24 jam. Disebabkan saya pakai mask tu malam, bangun pagi, kulit masih terasa lembab sikit mungkin sebab aircond dah keringkan kulit saya kot. Lepas tu pergi kerja tak sampai pun petang, terasa kelembaban yang disebabkan mask tu dah tak ada. Bagi mereka yang nak melembabkan kulit wajah sebelum pakai makeup, bolehlah try mask kot. 

Untuk mask ni saya bagi 4 bintang daripada 5 bintang.


********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Nmbagus gak mask yg melembapkan tanpa lembap sgt Masa pakai tu

    BalasPadam

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS