Dekat kampung saya ada sebuah kawasan air terjun. Air terjun Wong Klangsau adalah sebuah air terjun yang terletak di Jalan Ulu Awik Saratok. Dari Jalan utama Saratok, anda perlu menuju ke Simpang Ulu Awik. Sepanjang perjalanan menuju ke simpang air terjun Wong Klangsau, anda akan nampak banyak rumah panjang dan simpang rumah panjang. Setelah sampai di simpang Air Terjun Wong Klangsau pula, anda perlu parkingkan kenderaan anda dan berjalan kaki mendaki bukit menuju ke kawasan air terjun tersebut.

Waktu saya pergi sana, memang bagus sebab jalan bukit tersebut telah disemen, tetapi sayang kerana tidak ada yang menjaganya. Ini menyebabkan keadaan jalan agak licin sedikit, dan terdapat dahan-dahan pokok yang tunbang di atas jalan semen tersebut. Dah namanya hiking memang la perlu meredah semua tu kan. Hihihihihi. 

Setelah penat turun naik bukit serta lalu dekat kebun sawit orang, akhirnya kami sekumpulan sampai di destinasi yang dituju iaitu Air Terjun Wong Klangsau. Memang betul kata orang pondok untuk berehat ada disediakan tetapi jangan expect pondok tu ada kerusi dan tempat memangang yang cantik tau. Lagipun kawasan ini memang tidak ada yang menjaganya (rasanya lah).

Ketinggian air terjun Wong Klangsau ni tak ada lah tinggi mana pun jadi jangan expect air terjun tu setinggi air terjun Lata Kinjang di Perak. Tapi kawasanya memang mendamaikan, air terjun mini size macam tu.

Bagi mereka yang tidak pernah datang ke sini dan ingin mencuba suasana air terjun ini, sila buat persiapan yang lengkap.

1) Untuk yang ingin memanggang, sila bawa kelengkapan seperti arang (kalau nak cari   kayu tu rasanya kita tak tahu sangat tempat orang kan) dawai, serta alat memasak anda.
2) Bawa alas untuk duduk, kalau ada anak kecil tu.
3) Air minuman yang secukupnya (bukan dekat ye nak hiking dari simpang tempat parking   tu nak pergi ke kawasan air terjun ni)
4)  Bagi yang tak tahan dengan nyamuk, sila bawa ubat nyamuk anda.
5) Cukup la kot, kalau bawa banyak sangat barang nanti berat pula, bawa sahaja barang   yang memang perlu sangat sebab tidak ada gerai untuk membeli belah disediakan.

Setelah habis waktu mandi semua dan bersiap untuk balik,  jangan lupa bawa balik sampah sarap yang dihasilkan oleh anda tu ye. Jangan pula buang ke sungai. Jagalah kebersihan alam. Kalau malas nak bawa pakaian ke kawasan air ter (takut berat kan), bawa ja tuala untuk tutup badan yang tengah pakai pakaian basah. Sesampainya di kawasan parking nanti, rasanya 70% pakaian anda tu dah kering.

Saya juga berharap akan ada orang yang boleh menjaga (maintenance) air terjun Wong Klangsau ini di masa akan datang dan menyediakan kemudahan untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke sana.

Weiiiiii belum abis cerita lagi, saja nak bagi tau rumah saya pun ada air sungai tau. Dulu masyarakat di rumah panjang saya memang mandi di sungai setiap hari sebab belum ada "air paip". Cantik dan bersih, siap ada "jambatan tamparuli" lagi.  Tunggu saya balik kampung nanti saya tunjuk air sungai dekat rumah saya.

Gambar sebagai kenangan, baru lepas hujan jadi air keruh sedikit


********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Seronoknya hiking lepas tu dapat mandi air terjun..lama dah tak mandi air terjun

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye, lepas mandi tu yang malas nak hiking balik. hahahahahaha

      Padam

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS