27 July 2019 – Memang dah rancang awal nak pergi dekat Laman Jentayu Resort ni, sebab orang belanja kan jadi pergi je la. Laman Jentayu Resort ni terletak di Hulu Langat Selangor. Sekelilingnya memang “green view”. Sesuai untuk mereka yang nak menang fikiran sambil menikmati udara segar.
Disebabkan 27
July tu hari sabtu, jadi bos saya ni kerja half day, dah habis kerja baru gerak
lebih kurang dalam jam 3 petang macam tu, sampai sana dalam jam 4 petang. Sampai-sampai
je orang dah siap panggang ayam, saya tinggal makan je la, hahahahahahaha.
Terdapat beberapa
pilihan bilik dekat Resort ni. Saya pula disediakan sebuah bilik yang ada katil
Queen size dan bilik air. Ada bilik yang tidak mempunyai bilik air dan kena
guna bilik air yang disediakan dekat luar. Kiranya bilik air kongsi.
Kawasan Laman
Jentayu Resort ni memang menenangkan, teringat pula dekat kampung halaman saya. Tapi perlu berjaga-jaga juga sebab
kawasan hutan, kita tak tahu apa yang ada dekat situ.
Ni gambaran dari luar bilik |
Kami panggang ayam dekat bawah pondok ni la |
Bilik saya yang ada bilik air kat dalam |
Bilik air, setiap kali masuk, saya akan tengok sekeliling dulu, takut ada anak ular. |
Saya cuma
sempat mandi sungai pada keesokan paginya (28 July 2019). Air sungainya sangat
jernih, sampai boleh nampak ikan yang berenang dalam sungai tu. Tengah syok
mandi sungai tiba-tiba ada seekor ular berenang dekat sungai tu, Waktu tu
memang semua yang ada dekat sungai berlari naik ke daratan. Hahahahahaha. Mungkin
ular tu keluar sebab dengar kami ni ramai sangat terjun kat sungai tu kot. Kami
biarkan jela ular tu berenang dulu dan balik semula ke sarang dia, baru kami
sambung main air. Yela takkan la nak bunuh ular tu, kami yang datang sana buat “bising” dekat “halaman rumah” dia.
Dah habis
mandi, terasa lapar la pula. 3 orang jejaka ni pun pergilah mencari sarapan. Menunggu
mereka balik bawa sarapan tu punya lah lama. Nasib baik nasi lemak yang mereka
beli tu sedap.
Sebelum balik,
kami bersihkan semua sampah-sarap yang kami bawa tu. Kena lah jaga kebersihan
alam sekitar. Lagipun tong sampah dan plastic sampah memang sudah tersedia kan.
Tepat jam 12
tengah hari, kami pun Check out, pulang ke rumah masing-masing.
Bagi yang berminat nak tau lebih lanjut tentang Laman Jentayu Resort ni, bolehlah tengok dekat facebook dia ye
Facebook: Laman Jentayu Resort
Alamat: Jentayu Resort, Hulu Langat, 43100 Kuala Lumpur
********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
macam best aje tempatnye
BalasPadambest untuk orang yang nak merasa suasa green view. hihihihihi
Padam