FUN RUN: SHAPE YOUR TOTAL UP FITNESS

in , , , by Chris_Sella, Jun 14, 2019
Sumber: Feminine Webpage

Event larian Shape Your Total Up Fitness ini dianjurkan oleh Majalah Feminine bersama Clinelle BodyFitness. Antara sponsor yang terlibat dengan aktiviti ini adalah Watsons, QBdeodorant, scseven, Jasmine Food Corporation, ClinelleShapeUp, BRANDS Mind And Body, Clearblue confirmed, Karihome, dan Betadine. Lokasi untuk aktiviti ini ialah Hotel Palace of the Golden Horses.

Kesemua peserta adalah wanita iaitu seramai 200 orang. Pendaftaran seawal 6.30 pagi pada 23 March 2019. Setelah selesai pendaftaran peserta diminta untuk bersarapan terlebih dahulu sambil menukar baju yang telah diberikan oleh pihak penganjur.

Kaunter pendaftaran dibuka seawal 6.30 pagi

Baju yang disediakan untuk semua peserta

Dewan makan

Dekat Hotel ni memang banyak Arca Kuda

Sebelum berlari, sudah tentulah aktiviti memanaskan badan iaitu zumba. Kemudian barulah semua peserta diminta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Untuk menambah tenaga lagi, pihak penganjur memberi sebotol pati ayam Brands kepada semua peserta. DAN semua peserta diminta untuk menjaga sebiji telur ayam. Telur ayam tersebut perlu diserahkan semula kepada pihak penganjur  selepas tamat aktiviti larian.

Panaskan badan dengan berzumba

Adakah peserta memang perlu berlari untuk menang??? Jawapannya, “Yes”  tapi tak ada la lari pecut sampai garisan penamat. Terdapat 9 stesen yang memerlukan setiap kumpulan melakukan aktiviti yang telah ditetapkan oleh stesen tersebut. Dan peserta juga perlu mengejar masa yang ditetapkan untuk setiap stesen. Tak sempat ambil gambar untuk semua aktiviti.

Tepat jam 11 pagi, aktiviti larian pun tamat. Peserta diminta untuk kembali ke ruang dewan makan dan menjamu selera. Waktu yang dinantikan pun tiba, iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang yang berupa wang tunai dan hamper, dan ada cabutan bertuah juga.  Aktiviti terakhir sebelum bersurai, peserta diminta beratur untuk mengambil “goodies bag” masing-masing.

Sumber: Sumber: Feminine Webpage
Juara untuk acara pada hari tersebut.

That me, dapat hadiah cabutan bertuah. hihihihihi 

Sebahagian hadiah cabutan bertuah saya

Saya gembira sangat menyertai aktiviti ini, kerana saya menang cabutan bertuah. Hihihihihihi. 
 
Sebelum balik, of course "selfie" dulu

********************
Sekian sahaja diari saya pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS