Google Image |
Muntah - muntah atau mabuk mengandung itu
adalah perkara biasa bagi bakal ibu. Saya ada seorang rakan yang mengalami
masalah muntah sampai ke hari dia bersalin. Dan ada juga bakal ibu yang tidak
mempunyai masalah muntah atau loya ini. Jadi jangan samakan semua ibu mengandung
akan mengalami masalah yang sama ye.
Saya??? Saya ada pengalaman saya sendiri
untuk dijadikan rujukan kepada diri saya dan kepada yang berminat nak tahu cara
saya mengharungi penyakit “mabuk”. Memang susah dan tak mudah, tapi kenalah
mencuba mengatasinya.
Nak tahu cara saya??? Teruskan membaca.
1.
Makan bubur
Pada trimester pertama ini, pengambilan
makanan berat mungkin menyebabkan Ibu akan kerap muntah. Jadi tukar menu anda
kepada bubur. Ia juga tidak berbau. Sekiranya, anda boleh makan bubur, cuba
tambahkan sedikit sayur atau daging ayam kedalam bubur tersebut. Jangan biarkan
perut kosong dan lapar.
2.
Makan dalam kuantiti yang sedikit
tetapi kerap
Jangan makan terlalu banyak, kurangkan
kuantiti makanan daripada biasa. Kerana ia akan meransang anda untuk muntah
sekiranya anda berasa kenyang. Ibu mengandung tidak semestinya makan dalam
kuantiti yang banyak hanya dengan alasan perlu makan lebih untuk bayi (secara realitinya bayi tak makan banyak pun,
tetapi kerap). Banyak macam manapun anda makan, selepas 1 jam, anda akan
berasa lapar semula dan ingin mengunyah.
Anda mungkin suka melihat baby bump yang besar tetapi anda juga
perlu ingat bayi yang besar akan menyukarkan anda untuk bersalin secara normal.
Biar baby bump kecil, dah lahir nanti
anda bagi lah dia makan sampai tembam. (ini
pengalaman orang kurus kering macam saya la.hihihihihi).
3.
Minum air secukupnya
Muntah yang teruk akan menyebabkan air dalam
badan berkurangan. Malah kekurangan air dalam badan boleh menjadi punca ibu
cepat penat dan lesu. Muntah kosong lebih perit berbanding muntah air.
4.
Elakan makan makanan yang tinggi
lemak
Makanan yang berlemak seperti masakan
bersantan dan berkrim akan menyebabkan anda mudah berasa mual. Kalau hilang
selera makan yang teruk, cubalah untuk minum nestum atau oat.
5.
Makan makanan ringan
Makanan ringan memang sedap, tetapi bukan
makanan ringan seperti keropok dan mee segera. Makanan ringan yang dimaksudkan
ialah Kismis, kurma, kekacang, dan buah yang telah dikeringkan. Boleh bawa kemana sahaja,
6.
Rehat yang secukupnya
Ibu mengandung memerlukan rehat yang cukup. Tetapi
jangan la sampai terlebih tidur pula.
7.
Cuba focus terhadap benda lain
Cuba alihkan perhatian anda kepada benda lain
seperti melukis, menyulam, membuat kraf tangan, bersiar-siar dan sebagainya. Kalau
selalu fikir nak muntah sahaja memang akan muntahlah selalu mak buyung.
Ini cara saya mengatasi mabuk semasa mengandung, bagaimana pula cara anda???
********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
take care dear..
BalasPadam