Sumber: Gambar Google


Tahniah saya ucapkan kepada bakal ibu terutamanya yang bergelar “First Mom”. Mungkin ada diantara bakal ibu yang belum tahu mengenai stretch mark dan cara mencegahnya.  Stretch mark adalah “rekahan” yang terjadi akibat perut ibu yang semakin membesar. Kalau nak tau cara saya mengelakan kesan stretch mark yang sangat teruk selepas bersalin, bolehlah cuba tips yang saya berikan dibawah ini.


1.  MINUM AIR SECUKUPNYA
Disebabkan anda kini berbadan dua, jadi jangan cerewet sangat sampai tak nak minum air masak. Sepanjang waktu mengandung, ibu memang perlu banyak minum air supaya kulit bibir tidak kering dan pecah-pecah.

Begitu juga dengan kulit perut (kawasan yang bakal terjadinya stretch mark) turut menjadi lembab dan boleh mengurangkan gatal akibat regangan perut yang semakin membesar dengan comel.

Badan turut menjadi lemah akibat kekurangan air. Badan ibu mengandung akan mengalami peningkatan suhu lebih tinggi daripada biasa, jadi pengambilan air yang cukup amat penting.

Jangan risau sekiranya anda sentiasa perlu pergi ke tandas kerana itu adalah perkara yang sangat baik supaya anda tidak mengalami masalah air kencing kotor.


2.  LOTION ATAU MINYAK
Sapu lotion atau minyak (organ oil, olive oil, Bio oil, minyak Johnson Baby, Vaseline dan banyak lagi) setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali. Jangan GARU bahagian perut anda sekiranya anda berasa sangat gatal, cuba sapu lotion setiap kali rasa gatal. Kalau nak garu juga, mmmmm cuba usap-usap sikit bahagian perut yang gatal tu kerana tindakan mengaru akan menyebabkan “rekahan” pada perut menjadi semakin teruk.


3.  VITAMIN
Sila makan dengan betul vitamin yang nurse bagi tu. Kalau nak cuba beli dekat pharmacy pun boleh, tetapi sila rujuk kepada dokter terlebih dahulu, kerana ada vitamin yang tidak sesuai untuk ibu mengandung.

Ibu mengandung boleh mendapat vitamin secara semula jadi dengan memakan buah-buahan segar setiap hari. Vitamin bukan sahaja menjadi kulit ibu sihat, malah kulit Baby pun akan cantik.


Selepas bersalin pun kena rajin teruskan amalkan tip di atas, baru kulit akan licin, saya boleh lakukannya dan saya percaya anda pun boleh. Cukup sampai disini sahaja tips untuk bakal ibu pada kali ini, Selamat mencuba.

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Dah lama tak experience preggy..bestnyaaa...rindu plak nak ada anak kecik tapi dah tua dah ha..tunggu cucu la nanti...ehhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok orang lain bawa perut, memang bestkan. sekali sendiri yang bawa, adoiiiiii. mmm lepasni mesti saya pun akan macam kak Suria rindu rasa pregy lagi. huhuhuhu plan nak tutup kilang dah time umur nak angka 30an. hihihiihi

      Padam

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS