Gambar 1 |
Dalam tutorial 1 ini, cara membuat list atau
senarai pada email (gmail) adalah sama dengan cara anda buat senarai di
Microsoft Words. Namun dalam email ini hanya terdapat 2 pilihan sahaja, sama
ada anda nak guna nombor atau bullet bulat.
Gambar 2 |
Mula-mula, anda taip sema perkara yang anda nak
emailkan terlebih dahulu seperti gambar 2.
Gambar 3 |
Kemudian, tandakan semua senarai seperti yang
anda boleh lihat dalam gambar 3.
Gambar 4: Pilih nak guna style "Numbered list" atau "Bulleted list" |
Seterusnya, anda pilih sama ada anda nak guna “Numbered list” atau “Bulleted
list”. (Sila rujuk pada gambar 4, kalau anda tak tau
mana nak cari simbol list tu)
Gambar 5 |
Hasilnya akan menjadi seperti dalam gambar 5,
saya guna style “Numbered list”.
**************************
Sekian sahaja saya Tutorial Emel kali ini. Selamat mencuba.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
Add your comment