RUMAH KU ADA PENGHUNI LAIN???

in , by Chris_Sella, Mac 29, 2019
Sumber: Google Image 

Disebabkan ramai kawan-kawan saya yang Tanya, macam mana saya boleh “terpelanting” kat flat “buruk” macam ni??? Baru tengok bangunan flat tu je dah rasa macam tak selamat je, ala-ala macam tempat orang belakon cerita hantu. Apalagi kalau masuk lif dia, aduiii semua akan cakap, “biar betul Sella tinggal tempat macam ni, bukan Sella tak boleh duduk flat ka?”. Memang semua kawan-kawan saya takkan percaya saya duduk tempat macam tu, saya sendiri pun tak percaya pada mulanya. Kalau nak tau pengalaman saya tinggal dekat flat “buruk” ni, nanti saya cerita okey.

Sekarang saya berbalik semula kepada tajuk konten ini “RUMAH KU ADA PENGHUNI LAIN”??? Sebelum saya meneruskan cerita, saya ingin meminta maaf kepada mereka yang kurang senang dengan cerita saya ini.

******** BARU DAPAT RUMAH SEWA********
MEI 2017: Sementara menunggu rumah baru siap, Saya pun menyewa berdua di sebuah pangsapuri dekat kawasan Subang Bestari dan Kampung Melayu Subang pada bulan Mei 2018. Rumah yang saya sewa tu berkeluasan 1100sqft. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Rumahnya cantik dan full furnish, cantik pula tu. Cuma sunyilah.

Kisahnya pun bermula setelah siap membersihkan rumah. Hampir setiap malam, saya akan terdengar orang bermain guli, tarik-tarik perabot dekat tingkat atas, sekali sekala akan terdengar orang berlari di luar rumah. Mula-mula heran juga, siapa la yang hampir tiap malam susun rumah ni, tingkat atas pula tu, padahal rumah kami lah yang paling atas (tingkat 5). Mula-mula tu buat tak tahu la, yang penting tak kacau rumah kami. Cara mengatasi perasaan tak sedap tu, kami akan tidur selewat-lewatnya, sebab kalau tertidur jam 10 malam, mesti akan terjaga jam 1 atau jam 2. Haaaahhhhh time jam 1 jam 2 tulah bunyi –bunyi semua tu semakin kuat. Lepas tu mesti susah nak tidur. Untuk elakan perasaan takut, kami buka la TV sampai pagi.

Dan pernah sekali time kami tengah seronok tengok TV lewat malam, yelah time cuti sekolah banyak cerita best-best, terutamanya hari Sabtu. Tiba-tiba TV kami Off sendiri, lepas tu saya On la balik TV tu, mungkin ada yang setting auto off kot. Tapi tak sampai 10 minit, TV tu Off lagi. Aduhaiiiiii time tu saya memang tunggu je kot-kot ada “benda” nak keluar dari TV kan. Rasa malas la On TV tu balik, kami pun buat tak tau terus tarik selimut nak tidur, dengan lampu terpasang semua, sebab TV memang depan katil je. Punya lah susah nak tidur malam tu. Macam cerita drama pula, malam tu pun hujan lebat, tengok jam baru jam 1.30 pagi macam tu la, kemudian tak tau la apa puncanya elektrik tak ade la pula, aduhaiiii. Memang tak tidur la malam tu, jantung pun rasa berdebar-debar je, memang masuk dalam  selimut sampai berpeluh-peluh, sambil dengar ada orang berlari-lari kat luar, orang main guli kat atas. Kemudian elektrik pun dah Okey, tengok jam baru 1.50 pagi, haaahhhh saya ingatkan dah jam 6 pagi. Last-last tetidur juga la, tapi taktau terlena jam berapa.

********** RINDU KE???**********
JUN 2017: Saya bercuti selama seminggu sebab balik kampong. Habis cuti, saya pun kembali ke rumah sewa. Sebelum masuk rumah tu, memang selalu baca doa dulu. Perkara pertama yang saya selalu buat bila sampai rumah, memang akan masuk bilik dulu, semua barang dah letak kat ruang tamu kecil. Time tukar baju, tiba-tiba saya terdengar, ada bunyi air dari bilik mandi. Saya pergi la tengok, rupanya ada yang buka air pancuran dekat bilik mandi tu. Mungkin, “dia” nak sambut kedatangan saya kot. Nasib baik juga “dia” tak buka air tu semula. Kalau air tu terbuka semula, saya rasa saya terus keluar rumah time tu juga.

***********TAKUT MASUK LIF************
DEC 2017: Dekat block rumah saya tu, ada 2 lif. Lif u saling menghadap la, bukan yang sebelah menyebelah tu.. Tapi orang selalu berebut 1 lif tu sahaja. Bila saya Tanya dekat seorang kakak yang tinggal sama block dengan saya, alasan dia, lif yang lagi satu tu selalu rosak dan kadang-kadang boleh terperangkap dekat dalam tu. Yang saya pelik lah kan, lif tu memang orang jarang pakai walaupun berhadapan dengan lif kegemaran ramai tu, Tapi setiap malam saya satu rumah dan tetamu yang bermalam dekat rumah akan dengar lif tu bergerak dan pintu lif terbuka tertutup hampir setiap setengah jam sampai pagi. Saya tau sebab rumah saya sebelah lif tu, dan balkoni rumah pun menghadap lif tu juga.  

Hujung tahun ni memang ramai yang pindah keluar dan pindah masuk block saya tu, sampai lif pun rosak, sebab orang yang pindah tu tak bagitahu dekat maintenance. Jadi mereka tahan je lif tu time loading barang. Apabila lif yang orang selalu guna tu rosak, semua orang memang tak ada pilihan selain guna lif yang orang jarang pakai tu.

Setiap kali saya guna lif yang bermasalah tu, saya akan rasa ada “orang” naik lif sekali dengan saya. Tapi mungkin perasaan saya sahaja tu. Rasa takut tu tetap ada. Mana tak takut, nanti tiba-tiba terperangkap dalam lif tu ke, lif tu jatuh ke, pintu lif tu tak boleh buka ke.

Misteri lif terbongkar semasa saya baru lepas mandi kolam pagi Sabtu, dan ramai yang duduk dekat tepi lif (memang ada ruang untuk duduk) sebab lif tu tersangkut dan ada orang dalam lif. Kenalah tunggu orang datang repair sekejap. Saya pun duduklah dekat dengan kakak-kakak makcik-makcik. Saya terdengar mereka berbual pasal lif tu. Saya pun sibuk la nak tau kisah tu, jadi seorang kakak tu cerita lah
.
KISAHNYA: Pernah terjadi kes pembunuhan seorang wanita di block tersebut, dan mayatnya dijumpai di bawah lif tersebut.

Patutlah, orang dekat situ taknak guna lif tu, rupanya, pernah ada sesuatu yang terjadi dekat lif tu.

*********** ORANG DUDUK DI RUANG TAMU************
JAN 2018: Dah setengah tahun tinggal di situ, rasa dah terbiasa dengar macam-macam.  Perasaan takut tu pun dah tak macam baru pindah dulu. Pada suatu malam, macam biasa saya memang lewat tidur. Sebelum tidur, saya akan pergi ke tandas. Tandas berada sebelah pintu utama dan dekat dengan bilik sahaja, kalau dari pintu bilik saya kira 12 langkah sahaja (jalan macam biasa, bukan kira langkah rapat-rapat). Saya perlu lalu ruang tamu kecil baru sampai tandas.

Setelah saya selesai di tandas pada malam tu, tiba-tiba saya nampak ada orang duduk di ruang tamu utama. Dalam hati “Siapa pula duduk dalam gelap macam ni?”. Saya pun pergi la dekat sikit, tapi saya pelik kenapa la budak ni tak bergerak lepastu muka pun tak nampak, siap duduk bersimpul sopan pula tu. Jantung saya dah laju dah rasa lain macam, takpa lah,saya masuk bilik sajalah.

Dah masuk dalam bilik, saya berkali ganda terkejut, sampai orang dalam bilik tu Tanya “Oiiiii, dah kenapa ni, why you looked me like that, nampak hantu ke???”, kalau dia dalam bilik jadi siapa yang duduk di ruang tamu tu? sebab hanya kami berdua sahaja yang menyewa rumah tu. Tapi saya tak cakaplah dekat orang tu saya ada nampak “orang” lain duduk di ruang tamu. Sebab orang bilik saya ni penakut, tak pasal-pasal dia lari tinggalkan saya malam buta. Mata yang mengantuk pun dah jadi segar, tak tau jam berapa saya terlena.

*********** USTAZ DATANG KE RUMAH************
MAC 2018: Orang rumah saya tu jemput seorang Ustaz datang tengok rumah kami. Mmmmm macam cerita drama pula, hujan lebat, petir guruh semua ada time ustaz tu datang. Ustaz tu cakap rumah tu memang ada “penghuninya”. Rumah “dia” dan tempat “dia” kat situ, kalau halau pun nanti “dia” patah balik juga. Ustaz suruh kami pindah saja untuk mengelak dari terus diganggu.

Kami rancang pindah rumah selepas Tahun baru Cina 2019.

*********** BERKEMAS PINDAH RUMAH BARU************
AUG 2018: Kami tak jadi tunggu sampai 2019 untuk pindah rumah, sebab tuan rumah nak jual rumah yang kami sewa tu. Tunggu hujung bulan baru kami pindah sebab memang dah dapat rumah pun. Pada hari terakhir kami mengemas rumah, Tiba-tiba ironing board kami terhempas, padahal memang belum lipat lagi ironing board tu. Terkejut juga lah dengar bunyi barang jatuh tu memang kuat. Sementara tunggu lori sewa datang tengah hari tu, kami pun berehat dekat ruang tamu. Dengan tiba-tibanya pintu dapur terhempas, saya cakap “angin kot” dan tak sampai 5 minit pintu bilik kami pula terhempas, memang rasa terkejut sangat time tu. 10 minit kemudian, dengar ada orang ketuk pintu utama, mungkin pemandu lori tu dah sampai kot, saya pun bangun nak buka pintu. Tapi orang rumah saya tak bagi saya buka pintu, sebab dia heran, kenapa pemandu lori tu tak tekan loceng. Lagi pun jarak grill rumah dengan pintu utama tu jauh sikit dan memang takkan sampai tangan nak ketuk pintu tu.

Kemudian saya tak jadi buka pintu tu dan kembali duduk sebelah orang rumah saya. Pintu tu pula memang tak berhentilah diketuk. Tak sampai seminit saya dah duduk, tiba-tiba dapat call dari pemandu lori, dia cakap dia baru sampai dan tanya nombor rumah. Jadi yang ketuk pintu tu siapa pula???

Waktu dah loading semua barang dalam lori, semua pintu dan sliding memang dah kunci siap-siap sebab memang tak rasa nak balik semula ke rumah tu dah. Sebelum bertolak saya sempat pandang semulah kearah rumah tu, saya ternampak semua langsir terbuka dan lampu rumah pun terbuka. Saya tanya dekat orang rumah saya, “kita dah tutup semua lampu kan sebelum keluar rumah tadi??”, dia jawab “Kita memang tak pernah buka 1 lampu pun kat rumah tu waktu siang”. Lepas tu kami gerak dan saya taknak pandang dah rumah tu.

*********** TAMAT************
Banyak lagi kejadian pelik sebenarnya, tapi cukuplah sampai disini sahaja, saya pun dah malas nak menaip. Kalau nak tahu mengenai rumah sewa baru kami di flat “buruk”, nanti saya akan cerita yeeee.

********************
Sekian coretan diari saya pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
SHARE 1 comment

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS