REDEEM POINT DI SOGO

in , , by Chris_Sella, Mac 15, 2019
Sumber gambar: Hotel.com

Sebelum cuti Tahun Baru Cina yang lepas (2019), boss ajak saya pergi sogo. Katanya nak pergi redeem point. Sebenarnya, saya dan adik pernah guna member card sogo boss saya tu pada bulan December 2018 (Christmas & New Year sale). Terperanjat juga boss tengok jumlah point tu, sebab kami pinjam untuk sehari tapi point dah banyak sangat. Hihihihihi.

Setelah sampai di Sogo, kami pun terus pergi ke tingkat 7 bahagian Customer Service Centre. Saya difahamkan point tu boleh guna untuk redeem barang atau voucher. Point juga ada tempoh expired juga, ooooo, baru saya tau. Kami pilih nak redeem point tu untuk voucher.

Customer Service Centre di tingkat 7

Sebelum ambil voucher, kenalah sign dulu

Jumlah semua voucher yang kami dapat RM70 sahaja. Hahhhh RM70 SAHAJA, bayangkan berapa banyak duit dah habis dalam sehari sampai boleh redeem RM70. Adik kami ni jarang shopping, tapi sekali shopping memang penuh kapal terbang nak bawa barang dia.

RM70, point tinggal lagi beberapa ratus.je yang tak boleh redeem

Tengok voucher tu akan expired seminggu selepas Tahun Baru Cina. Kami pun guna semua voucher tu pada hari yang sama. Sebab nanti mesti malas nak datang lagi. Memang tak akan datang punya lah, biasa datang Sogo pun setahun sekali je. Lagipun boss nak ikut saya balik kampung tengok majlis perkahwinan masyarakat Iban moden. Saya ada tulis konten mengenai majlis perkahwinan tu, kalau nak baca, boleh klik DISINI.

Antara barang yang kami beli guna voucher, ada lagi barang lain

Kami guna voucher tu beli barang budak kecik 2 orang yang tertinggal di kampung. Kebetulan ada sale pakaian budak-budak. Tapi haga sale tak sale juga lah.

***********************
Sekian sahaja saya membebel kali ini
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella




SHARE 15 comments

Add your comment

  1. lama nyer da tak ke sogo.
    last time, ni la port wajib every weekend ke jalan TAR.
    suka gi time raya. offer sogo is very outstanding.
    terutama baju kanak-kanak. dulu kala time anak2 pompuan aida kecik, memang meroyan shopping di sogo.
    terbaik!

    BalasPadam
  2. Banyaknyaaaa belanja sampai RM 70 free voucher tuuuuu. Tapi betul jugak kalau auntie saya from Miri, sekali datang memang selalu borong. Tapi dorang xde member card. Nanti saya pesan suruh buat member card mana tau boleh redeem sampai banyak macam ni kan.

    BalasPadam
  3. Ala bestnya dapat voucher, i kadang2 suka pegi event sebab dapat voucher hahaha cheapskate betul. tapi expiry voucher sogo tu seminggu jela pulak kan? so mmg bagus la guna pada hari yang sama.i dulu masa kecik2 mmg suka soping sini esp kalau pegi bahagian mainan, tapi skrg da byk mall so terbatas sikit la nak pegi sogo sbb jem. Thanks for sharing! :)

    BalasPadam
  4. Bestnya banyak shopping kat Sogo hehehee kita pun jarang nak kira ngan jari boleh berapa kali jer pergi kat sogo tu wakakakaka. untung lah kalau dah shopping pasti boleh redem baucer sampai RM70 banyak tu boleh beli lagi kan jimat-jimat betul...

    BalasPadam
  5. Wahhh bestnya dapat pulangan sebagai member sogo memang berbaloilah boleh shopping balik dengan voucher yg dapat tu.. Sy blm jadi member lagi next time bolehlah register member sogo

    BalasPadam
  6. Wahhh emi sendiri pun haritu banyak shopping kat sogo. tp guna member card kawan. 2 minggu lepas baru emi register card sogo utk diri sendiri.

    BalasPadam
  7. dah lama tak shopping kat SOGO. Rindu plak zaman2 rajin ke sogo sebab dulu balik rumah lalu sana. sejak dah pindah ni memang tak pergi dah. anyway kalau dapat redeem RM70 tu tanda banyak gak tu shopping.. hehe

    BalasPadam
  8. Yup yup, lepas redeem voucher tu kena cepat guna tu. Kalau tak, takut lupa dan entah simpan kat mana tu. Happy shopping!

    BalasPadam
  9. Wow.... SOGO, Abby pernah belanja disini. Suka krn byk pilihan dan banyak brand join kat sini..

    BalasPadam
  10. Lama dah tak ke Sogo. Selalu time nak nak raya lah rajin terjah kat sana.
    Syiok betul dapat voucher banyak leh guna..jimat jugak lah perbelanjaan kita. Sis pun selalu kelam kabut nak redeem..dah nak dekat2 baru lah nak gi redeem..hehehe

    BalasPadam
  11. Oh ya! baru i teringat i masih ada point kat sogo, nanti i check total nyer and nak redeem juga la.

    BalasPadam
  12. Rm70 memang x banyak mana. Lagi kalau beli barang di mall yang besar. Boleh dapat beberapa barang je kan.
    Tapi boleh la, dari tak redeem, tak daapt barang barang tu semua pula kan. Hehe
    Seronok shopping lagi lagi kalau duit penuh poket. Hihi

    BalasPadam
  13. WAH BANYAK GAK REDEEMED POINTS.. I punya points dah 1000 lebih... nanti kalau dah redeem dapatlah beli bag kulit kan.. haih tak sabarnya.. banyak sebab husband beli spek mata dia worth 1k++ tu points banyak gak laaa

    BalasPadam
  14. Kalau Lia pun akan pilih redeem voucher juga. Memang kalau dapat voucher shopping je lah. Sayang plak kan kalau x guna.

    BalasPadam
  15. Ohhh, boleh tukar point kepada voucher rupanya, baru tahu,hehe... Anyway, kalau shopping di SOGO memang seronoklah lelagi bila ada sale, memang best yang amat nak shopping,hehe

    BalasPadam

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS