Boss saya ajak keluar makan hanya nak temankan dia pergi gunting rambut ja. Saya dah keluar sejak dari pagi lagi. Tak sempat nak balik rumah, terus temankan si Bossku gunting rambut. Nasib baik la tempat gunting rambut tu dekat ja dengan rumah,

Kedai gunting rambut tu terletak di Taman Puncak Jalil. Jauh-jauh jalan di KL yang banyak kedai gunting rambut, di Puncak Jalil juga dia nak gunting rambut. Alasannya banyak kedai tutup, kalau dah pergi gunting rambut jam 9 malam memang la banyak kedai tutup. Apalah Bosku, macam la tak ada hari esok.

Kedai Richest Barber Shop ni sebaris dengan Watsons


Sampai ja dekat lokasi, nampaklah papan nama kedai tu Richest Barber Shop, tapi kalau dalam Google map nama kedai tu Rabs Barbershop. Dari luar nampak macam menarik ja dekorasi kedai tu. Tapi bila masuk je, saya pun terkejut, ni kedai gunting rambut ke??? Mana tak terkejut, ni kali pertama saya masuk kedai gunting rambut yang banyak dekorasi. Biasa kalau kedai gunting rambut untuk lelaki yang saya selalu temankan bos saya tu, Cuma ada cermin besar dan tak ada dekorasi langsung.






Kaunter pembayaran

Senarai harga



Ni la salah seorang abang yang guntung rambut tu. Kawasan menunggu di luar


Sambil menunggu, sambil berselfie, walaupun dah kusut. Ye lah kalau dekat salon perempuan, nak juga saya tumpang cuci rambut ke, treatment ke. Hihihihi.

Kita selfie dari kanan

Kemudian, selfie dari kiri pula


Kalau anda berminat nak datang kedai ni, cari dekat Google Map, taip je Rabs Barbershop. OKey lah, ni alamat kedai tu:

ALAMAT:
NO66G JALAN PUJ 3\2, 
Taman Puncak Jalil, 
43300 Seri Kembangan, Selangor

WAKTU BEROPERASI:
Isnin - Khamis (10 am - 10 pm)
Jumaat - Ahad (2 pm - 1am)

**************************
Sekian sahaja aktiviti saya di malam minggu pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella.

SHARE 20 comments

Add your comment

  1. Menarik betul barber shop tu. Deco dia lain dari yg lain. Hehe. Kalau husband saya mmg pergi kedai gunting mamak saja di Penang ni haha

    BalasPadam
  2. wah! nampak very comfy lah kedai ni. tq for sharing manalah tahu kalau ke seri kembangan boleh singgah ke kedai ni nanti, eheheh

    BalasPadam
  3. Uikk.. Meriah dengan deco kedai gunting rambutnya. Kita pun tak pernah masuk kedai gunting rambut lelaki yang penuh deco dia. Selalu simple je.

    BalasPadam
  4. Menarik..konsep macam hipster kan..pepandai je SA..rajin Chris teman boss pi gunting rambut erk..kalau akak memang xde la...hehehe...

    BalasPadam
  5. Cantik dan unik barbershop ni. Dah macam hipster cafe pun ada. Sebab tu sanggup datang gunting rambut walau dah malam kan. Hihihi. Layankan aje bossmu tu. 💃🏻

    BalasPadam
  6. Perghhhhhh! Hipster gila kedai gunting rambut dia! Cantik dan harga pun berpatutan, hehehehe... Comel je u, selfie dari kanan kemudian selfie dari kiri :P

    BalasPadam
  7. Ehhhh kita pernah pergi Barber Shop ini hehehehe sebab dekat dengan rumah kita wakakakaka.... Tapi boleh tahan juga harga mereka tempat memang cantik dan unik lah......

    BalasPadam
  8. Konsep hipster sangat, unik. Untung dapat masuk salon cam ni, sis tak ada peluang..maklum dlm rumah nk sume perempuan aje

    BalasPadam
  9. airah dah biasa pergi kedai gunting rambut yang banyak deko macam ni. teman husband. dia suka la jenis kedai gunting hipster ni hahah

    BalasPadam
  10. Pergh harga boleh tahan. Eh tapi rasanya tu harga stender utk pro barber kan. hehe kite biasa potong kat macha je, rm10/head..heheh

    BalasPadam
  11. The interior of the barber shop looks interesting. Very nice.

    BalasPadam
  12. Wow! this barber shop looks so classic and interesting with the vintage decors.

    BalasPadam
  13. Lah dekat je dengan rumah. selalu gigih pergi puchong dengan mizi semata-mata nak gunting rambut pastu lagi nyirap tak cantik. Next time nak cuba kedai ni lah. Thankss

    BalasPadam
  14. Skrg dh byk hispter barber shop. Cantik dan simple deko dia.. then luas dan selesa. Itu buat org datang utk dptkan service dekat situ.. byk jugak tgk barber shop mcm ni

    BalasPadam
  15. Haaa..klu tempat kak cuma ada kedai gunting mamak and salon gunting rambut pompuan jd xpernah lg pg kedai mcm ni.

    BalasPadam
  16. Dekatnya kedai ni. Tak pernah tahu. Kedai punya nmpk selesa sngt. Boleh try kot nnti. Thanks for sharing

    BalasPadam
  17. The name Richest Barber Shop is so unique hehe. You look good after your hair makeover. nice job

    BalasPadam
  18. Saya cerewet sikit bab nk ke babershop. Sbb x semua orang boleh kemaskan jambang saya. Haah. Nampak baber shop ni ok

    BalasPadam
  19. wow ! best juga barber shop dia tu....kelihatan sedikit hipster gitu. Btw, selfie dari sisi tu nampak cun :P

    BalasPadam
  20. Most of the time I don’t make comments on websites, but I'd like to say that this article really forced me to do so. Really nice post! barber kit

    BalasPadam

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS