Pada January lepas, saya ada menyertai contest
yang dianjurkan oleh ERKE MALAYSIA di facebook sempena pembukaan cawangan baru
ERKE di Eko Cheras Mall. Hanya 100 orang pemenang sahaja yang akan terpilih
untuk memenangi baju ERKE. Tak sangka, saya adalah salah seorang pemenang
peraduan tersebut. Semua pemenang dikehendaki menuntut hadiah masing-masing di
Eko Cheras Mall pada hari Jumaat (1 February 2019). Nasib baik pada tarikh
tersebut adalah hari cuti untuk Wilayah Persekutuan, jadi saya tak payah lah
mohon cuti semata-mata nak tuntut hadiah ERKE.
Nama saya no.17 |
Sampai ja dalam Eko Cheras Mall, nampak banyak
lot kedai yang baru beroperasi dan ada yang masih menyusun atur kedai
masing-masing. Mall baru kot, orang pun tak ramai sangat. Tetapi sampai ja dekat kawasan ERKE, ya ampun ramainya manusia yang sudah berbaris. Yang
berbaris panjang-panjang tu bukan pemenang peraduan Facebook, tetapi mereka
berbaris untuk berebut menjadi 100 orang yang pertama mendaftar sebagai ahli
ERKE. Ini kerana 100 orang yang terawal mendaftar sebagai ahli ERKE turut akan
diberi hadiah sehelai t-shirt ERKE.
Sampai ja, barisan dah panjang |
Pemenang peraduan Facebook diutamakan menuntut hadiah
terlebih dahulu, dan berbaris di sudut lain. Hanya 2 orang sahaja yang
dibenarkan masuk menuju ke kaunter dalam 1 masa untuk memudahkan proses
pengedaran hadiah. Nasib baik saya datang awal, dan saya adalah orang yang ke 4
untuk masuk ke ERKE. Pemenang juga secara automatik akan didaftarkan sebagai
ahli ERKE.
Gambar kredit facebook Erke Malaysia: Ini barisan untuk pemenang peraduan Facebook |
Gambar kredit facebook Erke Malaysia: saya tengah menunggu giliran ni, dalam 1 masa cuma boleh masuk 2 orang je. |
Ini kauter untuk pemenang peraduan di facebook |
Bagi yang hanya ingin menjadi 100 ahli terawal
pula, kaunter di hadapan lot kedai ERKE sudah pun disediakan. Semuanya berjalan
lancer dan tak serabut.
Gambar kredit facebook Erke Malaysia: Ini pula kaunter untuk orang yang ingin mendaftar sebagai ahli, dan 100 orang terawal akan mendapat t-shirt secara percuma |
Sempena pembukaan cawangan baru ERKE semua produk
ERKE dijual “Buy 1 Free 1”. Jadi kalau ada yang berminat nak beli barang brand
ERKE ni, boleh la kongsi dengan kawan. Jimat (Tapi harga pun masih mahal juga, walaupun buy 1 free 1 hahahahahahaha)
Dah sampai rumah baru perasan saiz baju L. tapi
bila dah keluarkan dari plastic dan pakai kat badan, muat la pula.
Hihihihihihi.
Terkejut tengok size L |
Nasib baik size L tu kecik je |
OKey, pada 23 February 2019 akan datang, cawangan
baru ERKE di Sunway Velocity. Pada 11 pagi sehingga 12 petang. Bagi yang
berminat nak dapatkan t-shirt ERKE percuma, sila rebut peluang ini sebagai 100 orang yang terawal mendaftar
sebagai ahli ERKE. Saya pula akan berusaha kipas
Boss saya, mana tau dia terpikat dengan sale “BUY 1 Free 1“. Tapi selalunya kipas tu saya tak berfungsi pun. mmmmmmm
Siapa yang berminat, boleh la datang ke Sunway Velocity |
**************************
Sekian sahaja
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella.
bestnya join contest macam ni. iza selalu kalau join mesti susah nak menang. heheh. tak berapa nak bertuah kalau bab contest ni. sama la klu cabutan bertuah jugak. tapi yang buy 1 free 1 tu macam best je. heheh
BalasPadamRezeki awak memang contest tu. Tahniah.
BalasPadammaterial untuk baju dia ok tak?
Heheheheh..masih mahal ye walaupun buy 1 free 1...biasa la tu. Bukak dekat mall besar & jenama yg dah ada "tempat" & fan memang mcm tu.
Murah betul rezeki Chris..cantik la baju tu...mula Ingat besar..bila tengok Chris pakai sedang elok pula di badan..tahniah...wah nak buka cawangan baru di Sunway Velocity..boleh la terjah esok...
BalasPadamTahniah menang contest. cantik t-shirt tu..mujur muat dengan you walaupon saiz L..berbaloi juga kalau beli buy 1 free 1 kalau barang harga mahal pon still jimat.
BalasPadamCantik t-shirt you. So good that they giving free t-shirts to early bird. Will check this outlet out.
BalasPadamCantik la tshirt tu. Beruntung dapat tshirt free. Hehe
BalasPadamRezeki namanya tu.
Bukan senang nak dapat macam tu kan.
Kena berebut dengan orang.
Wah best nih... tengah survey kasut hiking agaknya ada tak dijual dekat situ.. nak pergilah eko cheras ni dekat tak dengan IKEA
BalasPadamMacam macam gak barangan diaorg ya. Dah bukak di velocity bolehlah sis terjah sebab dekat dengan rumah.
BalasPadamwah.. tahniah.. dapat hadiah t.shirt erke.. kain dia nampak jenis material lembut dan sejuk je tu.. TB x pernah pergi lagi eco cheras ni.. baru lagi kan
BalasPadamWah buy one free one. Kalau dekat memamg dh pergi dah. By the way tahniah menang. Seronoklah kan.
BalasPadamJenama pakaian sukan baru rasanya ni...belum pernah dgr sblm ni...mesti ank bonda suka ke sini...thanks for sharing
BalasPadamWah ramainya yg beratur nak tshirt free hehe. First time dengar brand ni. Nampak kualiti pakaian dia bagus juga
BalasPadamOh this is my first time get to know about this brand. Thanks for the info. Maybe this weekend if i go to sunway velocity i will drop by this shop.
BalasPadamAlamak. Kedai sport baru. Kena serbu lepas ni
BalasPadamTahniah yea sbb menang contest.. Nampak comel je t shirt yg awak pakai tue.. Menarik.. Nnti leh la AM terjah ke sunway velocity.. Dah hujung bln nie.. Kot2 ada yg berkenan d hati kan??
BalasPadamwow! I wanna go eko cheras for this new branch d.. great contest... q ing for t shirt.. great..
BalasPadam