Kredit: website Hotel Grand Margherita


Sebenarnya saya tak menginap pun dekat Hotel Grand Margherita ni. Saya cuma bookingkan hotel ni untuk keluarga saya sahaja. (kalau dah booking tu, faham-faham la kena bayar terus huhuhuhu). Tujuan keluarga saya ke Kuching untuk menghadiri majlis perkahwinan anak buah saya pada cuti Tahun Baru Cina (2019). Nasib baik bos dah bagi angpao, bolehlah booking hotel.

Saya book Hotel Grand Margherita dekat booking.com seminggu sebelum Majlis. 2 hari sebelum check in, saya cuba call bahagian “Central Reservation”. Saya tau number “Central Reservation” ni pun sebab booking.com ada email sekali number telefon tu beserta bukti pembayaran. Malangnya dah banyak kali call dalam masa dua hari tu tapi tak ada orang pun jawab panggilan saya.

Pada hari untuk check in tu, hati saya dah rasa lain macam je. Tengah hari tu, saya dapat panggilan dari Papa. Papa Tanya sama ada saya dah bayar ke hotel tu, sebab receptionist hotel tu cakap nama Papa tak ada dalam sistem. Perkara pertama yang saya buat ialah BERTENANG (dalam hati nak meletop dah), lepastu saya suruh Papa tunjuk bukti pembayaran dengan number confirmation yang saya dah Whatsapp tu. Tapi malangnya receptionist tu masih lagi cakap tak ada dalam sistem time check tadi. Mmmmmmmmmmmmm Papa dah nak bertukar jadi Lion dance dah rasanya. Saya suruh Papa paksa receptionist tu check lagi sekali, sebab dia hanya check sekali je dekat sistem dari tadi,

Setelah double check dalam sistem, “oooo dah ada dalam sistem” (geram je hati ni, dah kena paksa baru nak double check). Dah ambil kunci bilik, staf hotel pun tolong bawakan semua beg. Pengalaman yang menakutkan bila situasi macam ni. 

Malam tu Papa & Mama pergi majlis perkahwinan, adik pula jadi babysitter. Semua gambar dalam bilik hotel pun adik yang ambilkan, tapi tak banyak la gambar yang adik ambilkan.





Time book ada bath, tapi takpa lah

Abaikan 2 orang model tu ye


Kredit: website Hotel Grand Margherita

Petang tu ramai budak-budak yang mandi, tapi tiba-tiba hujan pula


Bila saya tanya mereka selesa tak bermalam dekat hotel Grand Margherita, mereka cakap okey ja selesa ja. Cuma bantal lembut sangat. Saya pilih hotel Grand Margherita ni sebab hotel ni antara yang terkenal jugalah di Kuching dan dekat dengan waterfront. Lagipun family saya tak pernah lagi menginap dekat hotel Grand Margherita ni. Lain kali menginap dekat hotel lain pula ya.


Haaaaaahhhh happy la, dapat main kat hotel

***********
Sekian sahaja cerita keluarga saya menginap di Hotel Grand Margherita.

BELI IKAN KELI SUNGAI KE???

Februari 11, 2019, in

Sudah hampir 30 tahun saya hidup, baru saya tahu ikan keli ni ada beberapa jenis. Pengalaman saya ni berlaku semasa cuti Chinese New Year (2019). Disebabkan saya bekerja di sebuah kompeni Cina, Jadi kompeni tu tutup selama seminggu. Saya pula macam biasa, pantang dapat cuti sikit, terus balik balik kampung.
Sumber: Google Image

Salah satu aktiviti yang saya suka kalau balik kampung adalah pergi ke pasar. Sebelum saya lanjutkan cerita, saya nak maklumkan “bahasa rasmi” di kampong saya adalah bahasa Iban (Sea Dayak’s Language). Tak kira la orang Cina ka, Orang Melayu ka semua pandai bahasa Iban. Kalau orang tu tak pandai bahasa Iban, ini bermakna orang tu bukan masyarakat tempatan di situ.

Saya sambung balik cerita ke pasar tadi. Sewaktu membeli sayur, saya ada ternampak seorang Auntie tu jual ikan keli, RM15 sebungkus. Auntie tu memang dah siap masukan ikan keli tu dalam plastik dan disusun dekat meja tempat Auntie berjual. Auntie tu nampak saya tengok-tengok keli tu yang masih hidup dalam plastik. Auntie tu pun cakap la “keli sungai nduk” (Miss keli sungai). Saya jawab la “auk, meri ku sebungkus” (Bagi saya sebungkus). Saya beli sebab keli tu nampak cantik dan saya memang suka makan ikan keli pun.

Sampai sahaja di rumah, saya bagi kat papa saya uruskan ikan tu. Diakan pakar bab “bunuh” ikan keli ni. Sebelum papa start siang ikan, papa cakap saya beruntung dapat beli ikan keli ni, sebab jarang orang jual (dalam hati saya cakap, ye ke bukan dekat area ikan memang ada seorang Uncle Melayu tu hari-hari jual ikan keli ka). Papa Tanya saya beli dekat mana, saya jawab la, beli dekat area orang yang jual sayur kampung.

Tak lama kemudian papa tanya lagi (aduiii interview la pula, bila la ikan tu nak kena masak)
Papa: Beli keli sungai ka?
saya: Ya keli sungai?
Papa: Macam mana tau ikan tu keli sungai?
Saya: Dah Auntie tu cakap keli sungai tadi.
Papa: Macam mana kau tau ni keli sungai? Lagipun sekarangkan ramai orang ternak keli kolam.
Saya: Pa takkan la saya mau pergi tanya itu ikan, “eh ikan kau asalnya dari sungai ka dari kolam renang?”, saya nampak rupa ikan keli, saya beli saja la.

Lepastu papa pun panggil saya ke singki tempat dia nak bersiang ikan (belum lagi di ”bunuh” ikan tu, sebab tengah di interview asal usulnya). Papa cakap betulah ikan keli yang saya beli tu. Ada dua bahagian yang mengesahkan asal ikan tersebut adalah keli sungai. PERTAMA, kulit ikan keli sungai tak berwarna gelap 100%, akan ada bintik-bintik kuning dekat bahagian kulit ikan tu. KEDUA, bahagian “dada” keli sungai pula berwarna kuning. Kalau keli kolam yang orang selalu jual dekat pasar tu,”dada” keli berwarna putih.

Cuba perhatikan dekat badan ikan keli sungai tu ada bintik-bintik kuning

"dada" ikan sungai berwarna kuning

Tetapi, papa cakap suatu hari nanti kita akan jumpa ikan keli sungai ni bercampur dengan ikan keli “biasa”, sebab orang boleh masukkan ikan keli sungai ni kedalam kolam. Jadilah ikan kacukan. Tapi saya tak tanya pula, kalau ikan tu bercampur di dalam kolam, tak “berperang” ke??? Hihihihihihi.

************
Sekian sahaja penulisan saya pada kali ini, lama dah tak berbual dengan papa macam ni (1 bulan lebih, bual dalam Whatsapp ja).


Saya memang sangat jujur dalam membuat review untuk sesuatu produk, kalau nak tau sama ada saya berpuas hati atau tidak menggunakan deodorant ni, sila baca sampai habis okey.

Sebagai pengenalan yang ada pada risalah atau maklumat yang saya perolehi, Deodorant Dry Serum Ultra jenama Vaseline adalah deodorant yang berbentuk krim.  Kelebihan Deodorant Dry Serum Ultra jenama Vaseline adalah dapat memutihkan ketiak dan kesannya sudah dapat dilihat semasa penggunaan yang pertama. Krim deodorant ni juga lebih ringan dan menyerap ke dalam kulit dengan serta merta. Ia juga tidak melekit dan cepat kering Selain itu, deodorant ini juga dapat melindungi anda daripada bau badan sehingga 48 jam.

Terima kasih Vaseline (free sample yang saya dapat)

Sekarang saya nak cerita mengenai pengalaman saya menggunakan Vaseline deodorant dry serum ultra whitening pula. Saya dapat mencuba deodorant ni sebab ada minta free sample dekat facebook Vaseline. Kemudian sample pun di pos kepada saya.

Penerangan mengenai Deodorant Vaseline

Mula-mula tengok packaging deodorant ni memang sangat menarik, warna pink pula tu. Bau nya pula lebih kurang macam bau lotion Vaseline. Malahan krim dia pun macam sama je dengan body lotion Vaseline yang biasa tu, tapi yang deodorant ni krim dia macam lebih lembut dan ringan.

Dah dapat sample, saya pun cubalah pakai sebelum pergi kerja. Memang betul deodorant ni cepat kering dan tak melekit, bau nya pun sangat wangi. Dari pagi sampai tengah hari duduk sahaja dalam office dan bau wangi tu tetap masih melekat lagi.

Waktu makan tengah hari, saya pun keluarlah makan dengan kawan-kawan. Cuaca pada hari tu memang sangat panas, MASALAH pun timbul semasa saya nak balik ke office. Saya rasa ketiak saya macam basah dan rasa macam nak melecet. Sampai je dekat office saya terus pergi tandas dan tengok kulit ketiak dah merah. Memang nak melecet la tu. Lepastu ada juga rasa macam guna body lotion dekat ketiak pun ada. Selama ni saya guna deodorant jenis stick, tak pernah pun jadi melecet walaupun saya aktif sampai berpeluh.

Kesimpulannya saya memang tak sesuai menggunakan Vaselin deodorant dry serum ultra whitening. Kalau jenama Vaseline ni ada mengeluarkan produk deodorant jenis stick, saya akan cuba guna, mana tau kulit saya sesuai dengan deodorant jenis stick.

Oh ya, saya pun ada ikut contest Vaseline deodorant dry serum ultra whitening dekat FB dan IG, tapi saya pun tak tau apa keputusannya. Kalau dah ada pemenang, Taniah saya ucapkan kepada pemenang.

Contest, tapi tak tau pun siapakah pemenangnya

************************
Sekian sahaja review saya mengenai Vaseline deodorant dry serum ultra whitening, saya minta maaf sekiranya review saya ada menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya.


Masuk sahaja tahun 2019, cara untuk live chat dengan Air Asia juga bertukar. Sekarang aktiviti live chat dengan Air Asia juga menjadi lebih mudah. Sebelum anda pergi ke web site live chat, sila sediakan perkara yang saya telah senaraikan di bawah:-

1. IC / Passport / My Kids / Sijil lahir, sila snap (ambik gambar) siap-siap, sebab nanti waktu live chat akan minta dokumen pengenalan diri yang salah ejaan tu.

2. Sila catat di atas kertas siap-siap booking number dan flight number anda.

3. Pastikan data internet laju dan tidak tersekat-sekat.


STEP 1

Anda boleh berbual dengan pihak Air Asia menggunakan smart phone sahaja, nanti senang nak send gambar dokumen pengenalan diri.  Mula-mula pergi ke website LIVE CHAT Air Asia. Kemudian klik pada logo live chat yang saya dah bulatkan dengan warna kuning (Rujuk pada gambar 1).

Gambar 1


STEP 2 ( Tukar bahasa, Kalau nak guna English, sila skip Step ini)
Sesudah klik logo live chat, kalau anda tidak yakin dengan Bahasa English, anda boleh tukar kepada Bahasa Melayu. Sila klik pada “Change Language” di bahagian bawah sebelah kiri (rujuk pada gambar 2).

Gambar 2


Kemudian akan keluar seperti gambar 3,  sila klik dekat bahagian anak panah yang saya tunjuk dalam gambar 3.

Gambar 3


Seterusnya pilih “Bahasa Melayu”, dah pilih bahasa, sila klik “Simpan” (rujuk gambar 4)

Gambar 4


Bahasa pun dah pilih, sila klik dekat anak panah yang saya dah bulatkan seperti dalam gambar 5, untuk kembali pada chat.

Gambar 5


STEP 3
Untuk memudahkan anda memahami step 3 ini, sila rujuk pada gambar yang saya telah sediakan. Pada step 3 ini, anda akan berbual dengan robot terlebih dahulu, sebelum disambungkan dengan pegawai khidmat pelanggan yang bertugas.

Gambar 6 : Klik “Booking Change”
Gambar 6

Gambar 7: Klik “Pembetulan Butiran Tetamu”
Gambar 7

Gambar 8: Klik “Pembetulan / Penukaran nama”
Gambar 8

Gambar 9: Klik “Pindahan ke rakan Allstar saya”
Gambar 9


STEP 4
Setelah disambungkan dengan pegawai khidmat pelanggan yang bertugas, AYAT PERTAMA yang sepatutnya anda taip adalah “saya ingin membuat pembetulan ejaan nama”. Kemudian pegawai yang bertugas akan minta gambar dokumen pengenalan diri (IC/ Passport/ MyKids/ Sijil Lahir) dengan booking number dan flight number. 

Setelah selesai, jangan lupa ucapkan “Terima Kasih” dan klik dekat “Akhiri Chat” (rujuk pada gambar 10

Gambar 10

***********************
Sekian, terima kasih kerana sudi melawat blog ini.
Hasil scan ID / IC kad (saya guna contoh sahaja, jadi saiz tak sama dengan ID / IC sebenar)

Dalam tutorial 18, saya akan membuat tutorial macam mana nak scan IC atau ID kad. Tetapi dalam tutorial ini saya hanya akan tunjuk cara scan menggunakan member kad sahaja (Bukan saiz sebenar IC / ID kad), oleh itu, hasil scan nya pun ada sedikit berbeza.

Gambar 1

Gambar 1
•Tekan atau klik pada butang “Scanner”

1)   Seperti yang ditunjukan dalam gambar di atas, sila pilih “Folder” atau “Storage” yang akan menyimpan dokumen yang telah discan . Printer saya Cuma ada 1 “storage” sahaja, kalau di pejabat lain mungkin ada banyak senarai “storage”. Oleh itu pastikan anda tahu dokumen yang anda scan akan disimpan dalam “storage” atau “Folder” yang mana satu.
2)   Kemudian klik pada “Scan Setting”

Gambar 2

Gambar 2
a)   Klik pada “Scan size” untuk memilih saiz kertas atau dokumen yang akan discan.
b)   Kemudian klik pada simbol "turun" yang ditunjukan dalam gambar

Gambar 3

Gambar 3
  I.   Klik pada “ID Card”, nanti scanner akan scan betul-betul mengikut ukuran ID kad atau IC anda.
II.   Kemudian baru klik “OK” di bahagian atas sebelah kanan.

Gambar 4

Gambar 4
Setelah selesai setting pada skrin, sekarang anda perlu letakan ID kad anda pada glass scanner. Untuk scan ID kad atau IC, anda tidak boleh scan guna tray atas, ini bermakna, perlu buat secara manual.  Letakkan ID kad secara menegak. Kemudian tekan butang “Start”. Seterusnya, terbalikkan ID kad anda untuk scan bahagian belakang pula, letakan di kawasan glass scanner yang anda scan bahagian depan tadi (boleh rujuk pada gambar 4). Akhir sekali, anda tekan butang “#”.

Setelah proses scan selesai, anda boleh mencari dokumen tersebut dalam folder atau storage komputer anda


**************************
Untuk cara scan yang lain, anda boleh rujuk pada TUTORIAL SCANNER saya yang lepas.
Sekian, terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini
Hasil scan akan jadi macam ni 

Tutorial kali ini anda akan mempelajari bagaimana nak scan kertas yang berbeza saiz secara automatic scan. Kalau nak guna kaca scanner tu pun boleh, sebab cara setting tu sama sahaja. Cuma kalau guna kaca scanner tu, anda kena tukar kertas secara manual la.

Susun dengan kemas kertas di tray atas

Disebabkan saya guna tray atas untuk letak kertas yang hendak di scan, jadi saya akan susun kertas dengan kemas dan letak baik-baik dekat tray atas. Dalam tutorial ini, saya hanya guna kertas saiz A4 & A4 sahaja (dua-dua pun saiz A4, bezanya 1 menegak 1 lagi melintang, supaya nampak perbezaannya). Kalau anda nak campurkan kertas A4 dan A3 pun boleh.


Gambar 1

Gambar 1
•Tekan atau klik pada butang “Scanner”

1) Seperti yang ditunjukan dalam gambar di atas, sila pilih “Folder” atau “Storage” yang akan menyimpan dokumen yang telah discan . Printer saya Cuma ada 1 “storage” sahaja, kalau di pejabat lain mungkin ada banyak senarai “storage”. Oleh itu pastikan anda tahu dokumen yang anda scan akan disimpan dalam “storage” atau “Folder” yang mana satu.

2)  Kemudian klik pada “Scan Setting”

Gambar 2


Gambar 2
a)   Klik pada “Scan size” untuk memilih saiz kertas atau dokumen yang akan discan.

b) Kemudian klik pada “Mixed Original Sizes”, ini bertujuan untuk menjadikan hasil scan (PDF) nanti akan sama size dengan yang original, walaupun bercampur saiz. Hasilnya pun akan menjadi lebih kemas.

c)  Seterusnya klik “OK”

Start

Akhir sekali, tekan “Start” seperti yang ditunjuk dalam gambar diatas. Kalau ada dokumen yang tertinggal dan nak “stop” scanner. Sila tekan butang “Stop” seperti yang dibulatkan dengan warna kuning dalam gambar di atas. Kemudian klik “Cancel Scanning” yang akan tertera pada skrin printer. Untuk scan semula, sila ikut semua langkah-langkah diatas sekali lagi.

Setelah proses scan selesai, anda boleh mencari dokumen tersebut dalam folder atau storage komputer anda. Anda akan jumpa hasil scan dalam bentuk PDF seperti gambar yang teratas sekali tu. 

*********************

Sekian sahaja tutorial mengenai scanner pada kali ini
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini
© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS