Muka surat berpisah, tak bercantum

Tutorial cara scan buku part 2 ini berbeza dengan tutorial part 1 yang lepas. Dalam part 1, buku yang discan akan keluar 2 muka surat sekali (muka surat 1 & muka surat 2 akan bercantum) dalam bentuk PDF. Manakala hasil scan dalam part 2 ini, buku yang discan akan keluar 1 muka surat demi 1 muka surat sampai habis (tidak bercantum) seperti yang ditunjukan dalam gambar di atas..


1)  Seperti biasa dalam tutorial yang lepas, mula-mula tekan atau klik pada butang "Scanner"


Original Feed Type

2)  Kemudian sila pilih "Folder" atau "Storage" (rujuk pada gambar diatas, nama "Storage" saya adalah "ricoh" seperti yang ditunjukan dalam gambar di atas 

3)  Klik dekat bahagian yang ditanda 1 dalam gambar diatas. “Original Feed Type”

Icon "Book Type Original"

4)  Sila pergi dekat bahagian “Original Settings” dan pilih “Book Type Original” yang saya dah tanda dengan nombor “2”

5)  Selepas itu, klik “OK” dekat bahagian atas yang saya dah tanda “3”


Letakan buku pada kaca scanner




6)  Kemudian letakan buku anda pada kaca skrin seperti gambar di atas. Anda boleh tekan buku tersebut dengan kedua belah tangan semasa proses scan, atau tutup sahaja menggunakan penutup kaca scanner. Pastikan anda telah meletakkan muka surat buku tersebut dengan kemas di atas kaca scanner, kerana hasilnya nanti akan senget kalau buku anda senget.





7)  Akhir sekali. tekan “Start” seperti yang ditunjuk dalam gambar diatas. Kalau ada dokumen yang tertinggal dan nak “stop” scanner. Sila tekan butang “Stop” seperti yang dibulatkan dengan warna kuning dalam gambar di atas. Kemudian klik “Cancel Scanning” yang akan tertera pada skrin printer. Untuk scan semula, sila ikut semua langkah-langkah diatas sekali lagi.

Setelah anda tekan "Start" scanner akan scan 2 kali buku tersebut, ini bermakna, setiap kali anda tekan start, scanner akan bergerak 2 kali. setelah selesai scan muka surat yang anda kehendaki, sila tekan butang "#". Selepas itu, anda bolehlah cari dokumen tersebut dalam komputer anda


*********************
Sekian sahaja Tutorial cara menggunakan scanner pada kali ini.
Terima kasih kerana membaca
Kali ini saya nak cerita mengenai DAUN BAWANG. Bukan makcik bawang, pakcik bawang atau adik beradik bawang ye. Saya rasa semua individu ada cara tersendiri untuk menyimpan daun bawang. Cara yang selalu saya tengok dekat rumah panjang saya, ada yang letak dekat meja sahaja, dari daun bawang tu hijau sampai la daun bawang tu menjadi kuning. Kalau mak saya pula, dia suka letak dalam peti sejuk tempat simpan buah atau sayur tu. Kalau pergi beli daun bawang mesti mak saya akan ambil daun bawang macam dia ambil sayur kangkung. Mmmmmm memang la daun bawang tu murah, tapi sayang bah kalau dibiarkan rosak atau kuning macam tu saja.

Sumber google: Ini lah daun bawang ya, bukan daun kucai

Okey, kita berbalik kepada topik tips untuk menjadikan daun bawang tahan lebih lama. Mula-mula, kerat bahagian urat yang bertanah tu. Lepas tu buang la yang urat dan tanah tu. Yang bahagian daun tu pula sila cuci dengan bersih, kalau ada daun kuning atau yang dah layu, buangkan saja. Sapa nak makan kalau dah kuning layu. Kemudian “tos” kan sampai air dah tak menitik. 


Saya biasa bersihkan daun bawang pada waktu pagi, tengah hari dah boleh hiris. Tujuan bersihkan daun bawang adalah untuk memudahkan anda nak masukan daun bawang dalam masakan, nanti kalau taknak cuci dah pun boleh. Cara saya hiris daun bawang seperti gambar yang dekat bawah tu. HIris daun bawang pun boleh pedih mata tauu kalau dah banyak sangat.

Hirislah daun bawang tu ikut suka nak halus / panjang

Dah siap dihiris

Dah siap hiris dan masukan ke dalam bekas, sila masukan bekas yang berisi daun bawang ke dalam peti sejuk. Simpan dekat bahagian sejuk beku tu, alaaaa yang tempat simpan daging, ayam, ikan, aiskrim tu. Faham kan. 

Siap untuk di simpan dalam peti sejuk beku

Nanti kalau nak guna daun bawang, Cuma keluarkan terus masuk dalam masakan anda. Saya pernah simpan daun bawang tu sampai 3 minggu, warna pun masih hijau dan tak rosak. (Kalau boleh, tos daun bawang tu sampai tak ada air menitis pun selepas dicuci, sebab kalau ada air nanti daun bawang tu pun boleh bertahan kurang dari 2 minggu).

**********************
Sekian sahaja cerita tentang daun bawang.
Terima kasih kerana membaca



Cara untuk scan buku dalam tutorial part 1 ini sama caranya dengan tutorial scan kertas part 2.



1. Mula-mula tekan atau klik pada butang “Scanner”.

2. Kemudian sila pilih “Folder” atau “Storage” yang akan menyimpan dokumen yang telah discan (sila rujuk pada gambar diatas). Printer saya cuma ada 1 “storage” sahaja, pastikan anda tahu dokumen yang anda scan akan disimpan dalam “storage” atau “Folder” yang mana satu.



3. Kemudian letakan buku anda pada kaca skrin seperti gambar di atas. Anda boleh tekan buku tersebut dengan kedua belah tangan semasa proses scan, atau tutup sahaja menggunakan penutup kaca scanner. Pastikan anda telah meletakkan muka surat buku tersebut dengan kemas di atas kaca scanner, kerana hasilnya nanti akan senget kalau buku anda senget.

Start

4. Tekan butang “start”, sesi “scan” akan berjalan, (Pastikan anda tekan dengan betul buku yang anda scan, untuk mengelakkan bahagian tengah buku menjadi kurang jelas)

5. Sila ulang semula langkah 3 & 4 diatas untuk scan dokumen yang seterusnya.

6. Kalau ada dokumen yang tertinggal atau tersalah “scan” dan nak “stop” scanner. Sila tekan butang “Stop” seperti yang dibulatkan dengan warna kuning dalam gambar di atas. Kemudian klik “Cancel Scanning” yang akan tertera pada skrin printer. Untuk scan semula, sila ikut ke semua langkah-langkah diatas dari awal.

7. Kemudian, sila tekan butang “#” sebagai tanda semua dokumen telah selesai di “scan”, dan akan disimpan di dalam “folder” scanner komputer anda

********************
Sekian sahaja Tutorial cara menggunakan scanner pada kali ini.
Terima kasih kerana membaca


Dokumen menjadi hitam & putih setelah di scan


Ada banyak tujuan mengapa perlu set kan hasil scanner menjadi hitam & putih.  Salah satunya adalah untuk mengelak daripada penyalahguna dokumen asal yang berwarna. Apabila anda email dokumen yang hitam pulih, penerima email akan menyimpan dokumen tersebut sebagai salinan sahaja.


Saya guna tray yang di atas

Sila susun kertas yang anda hendak scan di atas tray mesin Ricoh Printer terlebih dahulu, sekiranya anda menggunakan tray atas.


Gambar 1

Gambar 1
•Tekan atau klik pada butang “Scanner”

1.Seperti yang ditunjukan dalam gambar di atas, sila pilih “Folder” atau “Storage” yang akan menyimpan dokumen yang telah discan . Printer saya Cuma ada 1 “storage” sahaja, kalau di pejabat lain mungkin ada banyak senarai “storage”. Oleh itu pastikan anda tahu dokumen yang anda scan akan disimpan dalam “storage” atau “Folder” yang mana satu.

2. Kemudian klik pada “Scan Setting” 


Gambar 2

Gambar 2
1.Sila klik “Original Type”, tetapi biasanya kalau anda dah klik bahagian “Scan Setting” akan secara automatic keluar bahagian “Original Type”.

2.Seterusnya, anda pasti akan jumpa banyak pilihan dekat “Select Original Type”. Sila pilih “B & W: Text / Photo”

3. Kemudian sila klik “OK”


Start

Akhir sekali, tekan “Start” seperti yang ditunjuk dalam gambar diatas. Kalau ada dokumen yang tertinggal dan nak “stop” scanner. Sila tekan butang “Stop” seperti yang dibulatkan dengan warna kuning dalam gambar di atas. Kemudian klik “Cancel Scanning” yang akan tertera pada skrin printer. Untuk scan semula, sila ikut semua langkah-langkah diatas sekali lagi.

Setelah proses scan selesai, anda boleh mencari dokumen tersebut dalam folder atau storage komputer anda

**********************
Sekian sahaja Tutorial cara menggunakan scanner pada kali ini.
Terima kasih kerana membaca

Saya terjumpa maklumat gerai sticker ni dekat facebook. Gerai sticker ini dikenali sebagai AWESOME DESIGN. Untuk mencari gerai kecil di Sunway Pyramid mungkin sangat sukar bagi sesetengah orang termasuklah saya sendiri. Jadi klu untuk mencari gerai Awesome Design adalah Guardian. Kalau anda dah jumpa guardian, anda pasti boleh mencari gerai sticker ini.

Gerai Awesome Design

Terdapat banyak sample sticker yang dipamerkan, anda Cuma perlu pilih sahaja, nanti pemilik gerai tersebut akan membantu anda untuk mencari corak yang anda dah pilih. Semua sticker yang mempunyai stok akan digantung di tepi gerai tersebut.

Sticker yang ready stock akan digantung di tepi gerai

Untuk memudahkan pelanggan melihat sample dan corak sticker yang ada stok, pemilik gerai ada menyediakan senarai kesemua sticker yang di pamerkan di hadapan meja gerai atau file yang mempunyai sample sticker. Jadi anda tak perlulah nak susah-susah selak sticker yang tergantung dekat tepi gerai tu. Kalau sticker tu takde stok, anda boleh nampak perkataan “Sold Out” dekat katalog sticker tu.

Antara katalog yang di pamerkan, ada juga sample lain dalam file

Awesome Design bukan setakat print sticker saja tau. Anda juga boleh menempah “door gift”, kad jemputan, pembungkus makanan ringan, label botol air, key chain, dan banyak lagi. Anda boleh tengok sendiri sample yang dipamerkan di gerai tersebut.

Pelbagai sample sticker yang pernah ditempah oleh pelanggan

Sesuai untuk hiasan majlis dan "doorgift"

Tag

Disebabkan kedatangan saya ke gerai ini adalah untuk print sticker nama sahaja, jadi saya cuma perlu rujuk pada katalog sticker nama. Dah pilih sticker yang saya berkenan, sya terus tunjukan pada pemilik gerai. Kemudian pemilik gerai suruh saya eja nama yang hendak di print (Sebelum datang, seelok-eloknya anda tulis atas kertas dulu nama yang hendak di print, nanti bagi je dekat pemilik gerai tersebut. Jadi tak perlulah susah-susah nak eja). Masa yang diperlukan untuk print sticker nama tu, tak sampai pun 10 minit.

Katalog sticker yang kosong (takde katun)

Setiap katalog disediakan bersama harga dan kuantiti

Proses print sticker nama tak sampai pun 10 minit

Sticker nama dah siap

Harga sticker nama yang saya buat ni RM7 untuk 100 sticker nama. Kalau anda berminat dengan gerai Awesome Design ni, bolehlah rujuk terus dekat Facebook Awesome Design.


FACEBOOK: AWESOME DESIGN
CONTACT NO.:  019-394 0333


***********************

Terima kasih kerana datang ke blog saya

Bagi ibu yang baru mengandung anak sulung, pasti pelbagai persiapan yang ingin disediakan. Namun begitu, pastikan anda memenuhi keperluan yang penting terlebih dahulu sebelum membeli barang untuk bergaya. Disini terdapat senarai barang yang boleh dijadikan rujukan untuk persiapan menyambut orang baru. Bolehlah membeli barang keperluan Baby anda sedikit demi sedikit setiap bulan sebelum Baby lahir


Bagi keperluan asas untuk ibu berpantang pula, sila rujuk gambar dibawah. Keperluan ibu semasa berpantang amatlah penting supaya luka bersalin dapat sembuh dengan cepat. 



Dalam senarai barang keperluan diatas,pastikan anda tidak membazir semasa berbelanja. Contohnya ramai mungkin sangat berminat dengan pam susu elektrik yang memerlukan kos yang tinggi, padahal ada pam susu yang sangat efektif walaupun tidak menggunakan elektrik atau betri.

Contoh pam susu yang sangat sesuai dan mudah digunakan

Barut butang, bertali atau "starp" untuk Baby anda

Milk powder dispenser, mudah digunakan waktu malam dan keluar rumah
Waktu bancuh susu juga lebih cepat

Nasal aspirator: ada banyak pilihan alat untuk sedut hingus Baby


Begitu juga dengan pemilihan bengkung. Anda tidak semestinya perlu membeli bengkung yang mempunyai tali. Terdapat pelbagai bengkung moden yang ada di pasaran contohnya bengkung berzip, bercangkuk, atau untuk ibu bersalin secara caesar. Tetapi pastikan anda tidak keliru antara "BENGKUNG" dengan "KORSET"

SENARAI BARANG UNTUK DIBAWA KE HOSPITAL
Semua barang yang hendak dibawa ke hospital bolehlah disediakan seawal kandungan 7 bulan. Pastikan anda asingkan barang baby dan ibu. nanti senang nak cari. Sila sediakan sekurang-kurangnya kelengkapan baby anda untuk 3 hari. Kalau hospital yang mempunyai pakaian baby yang banyak, mungkin anda tidak perlu menggunakan pakaian baby yang anda bawa. Tetapi sekiranya terlalu ramai baby yang lahir pada masa itu dan pakaian baby yang disediakan oleh pihak hospital tidak cukup, anda perlulah menggunakan pakaian baby anda sendiri. Terutamanya sarung kaki dan sarung tangan baby. Pastikan anda asing bag untuk Baby dan Ibu untuk memudahkan mencari barang.

Untuk Baby

Keperluan Baby di hospital


Untuk Ibu

Plastik zip lock: memudahkan anda membahagiakan barangan Baby mengikut hari
Contoh semua barang hari pertama disimpan dalam 1 plastik zip lock. 


Kesemua senarai diatas tidak semestinya perlu yang baru, anda juga boleh minta pakaian terpakai, troler, barut, atau buaian terpakai dari saudara-mara dan adik beradik yang sudah tidak memerlukan barang baby mereka. 

Semoga penulisan konten kali ini dapat membantu para ibu dalam membuat persediaan menyambut ahli keluarga baru.

***********************
Terima kasih kerana membaca
© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS