Dear Diari:

    Sekarang ni musim interview, disebabkan blog yang saya buat brapa tahun lepas tentang peperiksaan sampailah interview tu, ramai yang whatsapp saya. Memang ada perassan happy jugalah sebab zaman sekarang masih ada yang rajin membaca blog. Yelah sekarang ni youTube ngan Tiktok lebih famous kannn.  

 

    Tapi saya ada rasa sedih sikit bila ada segelintir wanita tak bekerja dan mengharapkan mereka lulus sampai level interview. Semua orang ada masalah dan gaya hidup sendiri. Kalau seorang suami tu memberi duit belanja yang memng khas untuk isteri dia, itu tak apa juga, Yelah, suami bagi setiap bulan RM500 khas untuk isteri guna atau simpan untuk diri sendiri, kira bertuahlah. Tapi kalau isteri tu hanya jadikan duit lebihan barang dapur untuk dijadikan duit poket sendiri, saya rasa sedih sedikit. 

    Memang betul tak salah wanita tu duduk rumah jaga anak, tapi perlu ada simpanan sendiri juga walaupun sedikit. Mana tau ada emergency, sakit tenat, perceraian, suami meninggal awal dan sebagainya, sekurang-kurangnya ada juga simpanan sedikit untuk alas perut. Saya setuju tangungjawab menjaga anak dan keluarga itu perlukan pengorbanan untuk seorang wanita tidak bekerja mencari duit poket sendiri. Kalaulah pengorbanan tu dihargai, bukan tak nak fikir positif, tapi kita tak tau apa yang akan berlaku di masa akan datang.

    Saya pun belajar dari pengalaman wanita lain, ada yang bercerai muda dan terpaksa menumpang rumah adik beradik sebab tak mampu dan tiada saving, anak pula sangat menyedihkan kerana ikut ibu hidup menumpang, makan pun kena catu. Ada yang suami meninggal awal, harta pula ipar dan mentua sibuk berebut. 

    Saya jadikan mama saya sebagai inspirasi, dia seorang surirumah yang menjana pendapatan dari rumah. Time tu saya berumur 8 tahun, mak start menjahit dan buat kraf tangan. Dia cakap "Hari ini mungkin kita selesa sebab papa ada untuk sara kita, tapi esok lusa kita tak tau lagi". Mama memang tekankan sangat supaya saya adik beradik mesti kerja untuk poket sendiri walaupun dah berkahwin.

    Saya bangga tengok suri rumah menjana pendapatan sendiri seperti menjadi dropship, jual kraftangan, jual makanan dan macam-macam lagilah. Sebab saya sendiri tak mampu sambil jaga anak sambil cari pendapatan lebih, lebih-lebih lagi anak saya yang bongsu baru nak kenal dunia. Semua benda kena buat cepat sebelum dia bangun pagi.

    Kadang-kadang, saya bersyukur juga sebab PKP ni memberi saya pengalaman menjadi suri rumah sepenuh masa. Sampai saya dah ada jadual tetap pengurusan rumah tangga.

05.00am: Bangun cuci pakaian sambil masak sarapan

07.00am: Uruskan anak untuk online class

09.00am: Sarapan

11.00am: Masak untuk tengah hari dan malam

01.30pm: Makan tengah hari

04:00pm Sesi mengemas, melipat pakaian dan anak-anak mandi

06.00pm: Makan malam

10.00pm: Tidur


    Memang memenatkan, dan syukur juga saya tak banyak kerja Office. Setiap masa yang terluang tu saya try jual prodok online dan mnyertai peraduan di FB atau IG (tapi time PKP tak banyak peraduan atau event dianjurkan). Ikutkan nak mengait atau buat kerja kraftangan, tapi anak saya kecil lagi, nanti dorang kacau. So selama sebulan tu saya buat partime promote je barang orang hari-hari, adalah rezeki sikit dapat RM100 macam tu. Memang tak banyak tapi boleh simpan untuk saving sendiri.


Sekian Diari
Chrissella

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS