Google Image |
Event
Saya mula terlibat dengan Event pada hujung tahun 2017. Seorang
rakan sekerja saya mengajak saya menyertai satu event yang pertama. Selesai
sahaja event, semua peserta diberi goodies bag. Semasa event pertama tersebut
saya dapat set skincare, dan satu beg serta majalah. Wahhh banyaknya, dah
tentulah seronok.
Mulai dari saat itu lah saya akan mencari event yang khas
berlangsung pada hari Sabtu sahaja, Hari ahad pula saya nak berehat di rumah
dan meluangkan masa bersama keluarga. Macam mana saya mencari event??? Saya dan
rakan biasa mencari event di laman web dan facebook majalah (Majalah Jelita,
Shape, HerWorld, Woman’s Weekly, Feminine Magazine dan banyak lagi).
Tak semua event yang saya pergi tu percuma ya. Ada yang perlu
dibayar tapi taklah mahal sangat. Kadang-kadang kalau ada tawaran untuk 2 orang
lagi murah. Contohnya yuran mendaftar untuk seorang adalah RM20, manakala kalau
2 orang adalah RM30. Setiap event mengenakan yuran yang berbeza.
APA YANG BEST JOIN EVENT??? Dah tentulah best sebab dapat goodies
bag. Sebelum menyertai sesuatu event, saya akan cari dulu berapa nilai goodies
bag untuk setiap peserta. Terdapat event juga yang menyediakan lucky draw.
Kalau tak ada goodies bag atau yang barang biasa-biasa ja tu, memang saya tak
turut serta dalam event tu. Selain itu, dapat makan yang sedap-sedap,
terutamanya kalau event tersebut diadakan di hotel mewah.
Event Fun Run atau larian? Tengok jugalah lokasi event untuk
larian, sebab ada lokasi yang memang susah nak pergi dan train pun tak ada.
Kebanyakan event larian ni akan membuat pendaftaran seawall jam 6 pagi. Lucky
draw juga sangat bernilai, sampai ada kawan saya pernah menang kereta semasa
lucky draw event larian ni. Goodies bag biasa akan diberi beberapa hari lebih
awal untuk mengelakkan kesesakan semasa sesi pendaftaran pada hari kejadian.
Bayaran untuk setiap event larian pun berbeza.
Contest
-Online-
Saya mula melibatkan diri menyertai contest online pada
pertengahan tahun 2018. Kebanyakan contest online yang saya sertai adalah di
facebook, dan pada hujung 2018 saya mulai Sign up akaun Instagram dan join
contest di instagram pula. Lagipun ada contest yang memerlukan peserta untuk
“like” facebook page & “Follow” Instagram. Tetapi saya memang lebih fokus
kepada contest di facebook.
Syarat asas yang selalu ditetapkan oleh contest online adalah
seperti “like” facebook page, “like” contest post, “tag” 3 orang rakan
facebook, “Share” contest post dan tetapkan “share” tersebut kepada awam /
public. Mula-mula memang rasa susah dan malu, apa lagi kalau perlu “Tag” kawan
facebook. Tetapi saya selalu “tag” ahli keluarga sahaja, dan minta kebenaran mereka
terlebih dahulu.
Setelah beberapa bulan menyertai contest, saya ada masuk group
peserta contest. Dekat dalam group tersebut, ada ahli akan kongsi contest
bersama, dan akan “tag” saya sekiranya saya ada memenangi sesuatu contest. Selain
itu,saya juga telah ada rakan facebook yang saya boleh “tag” dalam contest, Kalau
ada orang yang guna nama yang bertulisan (Tulisan
Jawi dan sebagainya) sampai saya pun tak tau nak “tag” macam mana, saya tak
akan “confirm” orang tu jadi friendlist saya, yelah dia ja boleh “tag” saya,
tak adil la kan. Tetapi tidak semua contest memerlukan saya untuk ‘Tag” orang.
Tak semua contest online ni saya akan join. Saya akan baca TAC
terlebih dahulu. Kemudian saya akan tengok apa hadiah yang ditawarkan,
seterusnya adakah hadiah akan dihantar melalui pos atau harus pergi ke lokasi
tersebut untuk menebus hadiah. Sekiranya TAC menetapkan pemenang perlu ke
lokasi tersebut untuk menebus hadiah, maka saya akan pastikan lokasi tersebut
tidak terlalu jauh dari luar kawasan tempat tinggal saya dan mempunyai
kemudahan public transport.
Selain itu, saya tidak akan menyertai contest yang memerlukan
peserta mendapat banyak “Like” atau memerlukan semua rakan yang saya “tag”
untuk “like & follow” facebook page atau Instagram penganjur.
Memang banyak hadiah menarik, kadang-kadang saya memenangi pakej
penginapan hotel untuk 2 orang atau pakej makan malam di sebuah restaurant
atau hotel untuk 2 orang. Malahan saya juga pernah memenangi barang hadiah keperluan
harian, make up, dan pakaian.
TETAPI ada juga penganjur yang scammer atau menipu. Mereka hanya
ingin mendapat banyak like untuk facebook page atau ramai follower untuk
Instagram, kemudian tiada pemenang diumumkan dan “post” mengenai contest
tersebut terut di “delete” oleh penganjur. Selain itu, terdapat penganjur yang
mengubah TAC untuk mengurangkan bilangan pemenang atau menukar hadiah yang
sepatutnya kepada hadiah lain (kalau
hadiah yang ditukar adalah sama nilai, mungkin itu adil. Tetapi seandainya nilai
hadiah yang ditukar jauh lebih rendah dari nilai hadiah sebenar, mungkin
pemenang akan tidak puas hati). Sekiranya saya terlibat dengan penganjur
scammer macam ni, saya akan “Unlike / Unfollow” facebook dan Instagram
penganjur. Siap “block dan report” sekali.
Bukan setakat cabaran penganjur scammer, tetapi turut menghadapi
cabaran peserta yang suka “Copy Paste” jawapan orang lain. Memang ada contest
yang jawapan semua sama, tetapi bagi content ayat kreatif pula, memang 100%
kena berusaha reka ayat sendiri. Apabila terkena dekat saya, memang sakit hati.
Ada rakan contest saya siap buat aduan dekat penganjur mengenai ayat dia yang
orang tiru 100%.
-Offline-
Contest offline pula biasanya memerlukan saya mengeluarkan modal untuk
membeli sesuatu produk. Antara contest offline yang saya sertai ialah “peraduan
Whatsapp dan Menang”. Saya pernah memenangi hadiah voucher Giant RM500.
Kadang-kadang tu teringin juga menang hadiah mesin basuh ke, TV ke, handphone
ke. Tapi setakat ni rezeki saya kebanyakan dapat voucher untuk shopping sahaja.
Syukur lah juga, walaupun voucher tapi boleh jimat kan.
Sama seperti contest online, saya juga akan baca TAC contest
offline terlebih dahulu. Sekiranya saya dapat mematuhi segala syarat yang telah
ditetapkan oleh pihak penganjur, barulah saya akan menyertai peraduan tersebut. Sekiranya TAC pembelian minimum adalah sangat mahal, saya akan lupakan sahaja contest tersebut. Buat apa nak habiskan ratusan ringgit dan belum tentu boleh menang. Selain itu, saya juga tak akan menyertai contest yang menggunakan peserta yang mempunyai jumlah pembelian yang tertinggi akan menjadi pemenang, saya tak nak membazir untuk itu.
KESIMPULAN
Saya memang akan baca TAC terlebih dahulu sebelum menyertai
sesuatu contest sama ada online atau offline. Baca terlebih dahulu apakah
hadiah yang bakal diterima oleh pemenang. Seorang peserta peraduan juga perlu
tahu sama ada hadiah pemenang akan di pos atau perlu di tebus terus di lokasi
yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Terdapat juga peraduan yang menawarkan hadiah mingguan. Dan ada
peraduan yang memerlukan para pemenang berkumpul di sebuah lokasi yang telah
ditetapkan untuk merebut hadiah utama. Jadi pastikan anda dapat hadir di lokasi
yang telah ditetapkan sekiranya anda terpilih sebagai pemenang. Dan jangan
risau kerana terdapat TAC yang boleh mengantar wakil untuk ke pusingan akhir
atau wakil untuk mengambil hadiah.
Memang ada peserta contest yang menyertai semua contest tak kira
hadiah apa pun. Tak salah pun, ikut minat masing-masing. Semoga semua peserta
contest menyertai contest dengan jujur dan menang lebih banyak lagi.
RISIKO menyertai peraduan facebook atau Instagram adalah anda mungkin kehilangan kawan di facebook atau Instagram. Termasuklah kawan yang sememangnya anda kenal lama. Sebab mereka mungkin tak berminat dengan apa yang orang kaki contest macam saya ni "share". Tapi saya tak kisah pun sebab zaman sekarang saya memang harapkan hadiah contest dapat membantu saya untuk mengurangkan perbelanjaan. Dan sudah tentu perasaan happy bila dapat hadiah tuuuuuuu rasa wowww "saya menang voucher RM500/ baju/ tiket wayang/ 2N1D di hotel.......". Macam nak bagitau 1 dunia. Yelah siapa nak bagi free kalau tak usaha walaupun terpaksa join contest dan mencuba nasib bersama beratus-ratus atau beribu-ribu peserta.
RISIKO menyertai peraduan facebook atau Instagram adalah anda mungkin kehilangan kawan di facebook atau Instagram. Termasuklah kawan yang sememangnya anda kenal lama. Sebab mereka mungkin tak berminat dengan apa yang orang kaki contest macam saya ni "share". Tapi saya tak kisah pun sebab zaman sekarang saya memang harapkan hadiah contest dapat membantu saya untuk mengurangkan perbelanjaan. Dan sudah tentu perasaan happy bila dapat hadiah tuuuuuuu rasa wowww "saya menang voucher RM500/ baju/ tiket wayang/ 2N1D di hotel.......". Macam nak bagitau 1 dunia. Yelah siapa nak bagi free kalau tak usaha walaupun terpaksa join contest dan mencuba nasib bersama beratus-ratus atau beribu-ribu peserta.
********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
Add your comment