Dua minggu sebelum peperiksaan, saya telah menerima email dari
SPA. Dalam email tu menyatakan bahawa saya dijemput untuk menduduki peperiksaan
online bagi jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 (Jabatan Kebajikan
MAsyarakat Malaysia) pada 18/10/2019. Macam tak percaya sebab saya punya status
permohonan SPA tu dah tamat pada September 2019, memang tak ada plan nak update
dah. Lagipun 10 tahun asyik renew dan tak pernah dijemput untuk peperiksaan
langsung. Dah dapat email tu, terus cepat-cepat saya update dan renew
permohonan kat website SPA.
Email yang saya terima tu macam ni lah |
PERSIAPAN
SEBELUM EXAM
Mula-mula memang rasa malas, tapi difikirkan balik Cuma exam je
pun. Cubalah, lulus atau gagal tu belakang cerita. Peraksaan takut tu memang
ada terutama kalau terfikir tentang bahagian Seksyen A tu. Banyak juga lah blog
yang saya baca tentang pengalaman peperiksaan online SPA ni, ada yang baru
graduate pun dah kena panggil untuk exam. Untungnya la kan. Tiba-tiba saya
terbaca dekat 1 blog ni, dia jual eBook untuk orang yang nak menduduki exam
online SPA, saya pun terus beli seksyen A,B, dan C harga dalam RM80.
>Ulang kaji untuk Seksyen A
Seksyen A ni adalah soalan yang berkaitan dengan Pengetahuan AM.
Dah beli eBook kan, sekali buka, terus pening dan tak apa lah, saya akan study
bahagian seksyen A ni hari yang akhir
sekali.
Ni je yang saya larat salin |
Macam mana saya study? Disebabkan saya pun tak tau nak mula baca
apa dulu, jadi saya cadangkan untuk pergi website JKM dan buat nota. Lagipun
jawatan untuk peperiksaan saya nati adalah under JKM kan. Mula-mula semangat
menyalin Visi, Misi, dan Objektif. Lepas tu bosan, jadi saya cari alternative
lain untuk print screen dan safe dekat PC opis je, lagipun nanti exam saya guna
PC opis juga. Saya cuma print screen point yang besar ja, macam jenis dasar dan
perkhidmatan, yang huraian semua saya tak buat nota. Lepas tu saya baca nota
pengetahuan Am tingkatan 6 dekat satu blog ni. Semua pasal parlimen, kabinet,
kehakiman saya baca.
>Ulang kaji untuk Seksyen B
Bahagian daya penyelesaian masalah, saya ada rujuk dekat eBook
yang saya beli tu, mmmmm ada pening jugalah tengok graf bagai. Last-last saya
google juga nota SPM. Saya tak fokus dekat graf sangat. Sebab saya buat ulang
kaji ni berdasarkan pengalaman saya jawab exam erecruitment (SPA Sarawak). Saya
fokus dekat pengiaan peratusan, berat, kelajuan, kebarangkalian dan yang
berkaitan. Ohhh yaaa saya siap install apps calculator saintifik lagi kat
smartphone. Malas nak beli, bukan pakai hari-hari pun.
Hahhhh rajin tak, tulisan tu no commentlah, sendiri faham. |
Saya download apps ni je |
>Ulang kaji untuk Seksyen C
Bahagian Kefahaman Bahasa Inggeris, bahagian ni saya focus dekat
grammar je. Memang nampak nota yang saya buat tu macam lawak. Tapi nanti time
exam baru tau lawak ke tak, kalau dah nervous, yang senang pun boleh jadi susah
tau.
Lucukan nota saya, dah macam budak tadika punya Inggeris |
Saya buat latihan secara online sahaja. Cuba google mengenai “latihan
grammar bahasa Inggeris online”.
SEMASA HARI PEPERIKSAAN
ONLINE
Hari yang ditunggu telah pun tiba, takut juga mana tau ada kerja
urgent. Sebab saya buat exam kat opis, line internet opis super laju tau. Tapi
saya memang dah pastikan semua kerja dah disiapkan sebelum hari exam ni,
tersusun cantik di atas meja, cakap je nak paper apa, file apa, dalam 3 saat
saya boleh bagi terus (cehhhh).
Seperti yang saya sedia maklum, website untuk peperiksaan akan
dibuka satu jam sebelum peperiksaan bermula, jadi saya antara yang terawal log
in website tu. Yelah saya ada terbaca dekat blog lain tu, kalau lambat log in
nanti “trafik jem”. Sementara
menunggu peperiksaan bermula, saya sediakan kalkulator biasa tu walaupun dalam
smartphone dah install kalkulator yang smart. Sekeping kertas A4 untuk saya
conteng time soalan kira-mengira.
Nampak tak yang warna merah tu, nanti kalau dah tiba waktu menjawab memang akan terus keluar soalan pertama |
PEPERIKSAAN SEKSYEN A
Mempunyai 30 Soalan dan masa
selama 30 minit. Dari soalan pertama sampai soalan yang ke 30,
kesemuanya hanya berkaitan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Ini bermaksud,
90% jawapan untuk soalan seksyen A ini boleh didapati dalam website rasmi
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Contohnya soalan berkaitan dengan Visi
dan misi JKM. TETAPI website JKM memang tak boleh buka, mungkin dah “tutup”
sementara. Setelah selesai menjawab peperiksaan online, saya pun cuba “buka”
website rasmi JKM, dapat pula “buka”.
Gambar lebih jelas kalau view guna komputer |
Gambar lebih jelas kalau view guna komputer |
Gambar lebih jelas kalau view guna komputer |
PEPERIKSAAN SEKSYEN B
Mempunyai 20 soalan dan masa selama 25 minit. Dari soalan pertama
sehinggalah soalan yang ke 25, memang tak ada soalan yang berkaitan dengan graft
atau sfera atau curve dan seangkatan dengannya. Bahagian ni saya tak
sempat nak ambik gambar sebab sibuk
mengira dengan soalan yang berbelit. Hihihihi. Kalau SPM anda mendapat A dalam
mata pelajaran math mungkin tak ada masalah bagi anda. Jangan risau kerana
soalannya tak adalah susah sangat.
Contoh pertama:
Basikal Ahmad adalah 60% lebih mahal daripada basikal Ah Chong.
Berapakah harga basikal Ahmad sekiranya harga basikall Ah Chong adalah RM300.
(tak adalah susah sangat kan boleh kira guna kalkulator biasa ja)
Contoh Kedua:
Berat 2/3 beras daripada setengah guni beras adalah 25kg.
Berapakah Berat seguni beras tersebut.
Contoh Ketiga:
Ali bertolak dari rumah menuju ke Q pada pukul 9.30 pagi sejauh
384km. Sekiranya Ali memandu dengan kelajuan 96km sejam, pukul berapakah Ali
akan tiba di Q.
Contoh Keempat:
Berapa jumlah duit syiling 20sen yang diambil sebanyak 45% daripada
RM550.
Ntah apa yang dicontengkan tu |
PEPERIKSAAN SEKSYEN C
Mempunyai 20 soalan dan masa selama 20 minit. Mempunyai satu
petikan sederhana pandang dan 4 (kalau tak silap) soalan akan ditanyakan
berdasarkan petikan tersebut. Terdapat 3 petikan pendek (kalau tak silap, lupa
dah) dan setiap petikan akan ada 2 soalan sahaja. Soalan lain mengenai “grammar”
je.
Petikan pendek dia macam ni lah |
TAMAT
Haaaahhhh akhirnya tamat juga peperiksaan online ni. Semoga
perkongsian saya ini dapat memberi sedikit gambaran kepada anda yang baru
pertama kali akan menduduki peperiksaan online. Lain tahun, lain lah soalannya,
soalan juga mungkin berbeza mengikut jawatan yang ditawarkan. Semoga Berjaya..
**Update: selepas dua minggu peperiksaan, keputusan pun diterima melalui email. Saya gagal ujian online ni. Jadi tak dapat nak cerita tentang peringkat yang seterusnya.
**Update: selepas dua minggu peperiksaan, keputusan pun diterima melalui email. Saya gagal ujian online ni. Jadi tak dapat nak cerita tentang peringkat yang seterusnya.
********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
Nak lulus exam spa8i ? Hermm Nak kerja kerajaan nak kena exam la pulak.. Math dah tinggal lama dh.. Haaa ! Di sini ada untuk membantu kesusahan anda.. 😊
BalasPadamhttps://t.me/spa8iexam_bot?start=829383821