PAMERAN FUJIFILM DI MID VALLEY

in , by Chris_Sella, Julai 31, 2019


Pada 13 July 2019, setelah selesai ceramah yang dianjurkan oleh Shine Enhancing Your Health, saya terus singgah di Mid Valley untuk menebus voucher di The Lingerie Shop. Kemudian saya ternampak ada event sedang dijalankan di Mid Valley. Apa lagi saya pun singgahlah kat tapak event tu. Kamera FUJIFILM inilah yang saya idamkan time kecil dulu, sampai berangan tau. Yelah canggih tu time zaman kegemilangan KODAK dulu, snap je terus keluar gambar dari kamera tu, tak payah susah-susah beli KODAK, lepastu cuci kat kedai gambar. Tapi sekarang minat dekat kamera jenis macam ni dah kurang la. Manatau ada rezeki boleh beli Nikon. hihihihihihi.

Dari jauh dah boleh nampak dah pentas ni

Yang paling menarik perhatian saya adalah dekorasi van ni, Cantikkk

Cantiknya hiasan dekat pameran FUJIFILM tu. Ramai yang datang berselfie untuk contest yang dianjurkan. Dah siap selfie, peserta diminta untuk download Apps “instax-SHARE PARTY” dan upload gambar selfie tadi dekat Apps “instax-SHARE PARTY” untuk mendapatkan frame yang comel pada gambar peserta. Lepas tu Peserta boleh terus print gambar tersebut menggunakan mini printer, kemudian post gambar tersebut dekat FB atau IG dan hashtag #myinstaxparty2u.

Ini adalah antara gambar yang dah di Print.
Siap ada frame Apps instax

Selain itu, FUJIFILM juga ada menganjurkan workshop bagi peserta yang telah mendaftar melalui facebook sahaja.

Cuma peserta yang telah berdaftar untuk join workshop sahaja

Kamera terbaru dari FUJIFILM dah ada screen LED, siap boleh ambil video pendek dan boleh masukan memory card serta USB cable. Terdapat juga pelbagai bentuk kamera animasi seperti Mickey Mouse dan Bananana. Harga pun boleh tahan dengan kecomelannya. Hihihihihihi.

Antara koleksi kamera FUJIFILM

Koleksi lama sampailah yang terkini

Ini antara koleksi yang terkini, Siap ada LED screen lagi

Ingatkan nak naik dekat van tu, tapi ramai orang la pula
malas nak menunggu, selfie je dekat luar Van

Kamera yang atas tu la yang saya selalu berangan time kecik dulu

Dah siap pusing-pusing dekat event FUJIFILM ni, saya pun meneruskan perjalanan nak balik rumah, tetapi malangnya sepanjang perjalan dalam Mid Valley, terserempak pula dengan booth Shinzens. Jadi, singgah lagi la.

********************

Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Dania ada kamera instax ni akak hadiahkan dia masa birthday dia tahun 2017 rasanya....

    BalasPadam

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS