MENEBUS E-VOUCHER THE LINGERIE SHOP

in , , , , by Chris_Sella, Julai 17, 2019

Pada 12 Jun 2019 The Lingerie Shop telah menganjurkan satu peraduan di Facebook. Peraduan tersebut dikenali sebagai “Count & Win”. Sesuai dengan tema peraduan iaitu “Kira & Menang”, semua peserta dikehendaki mengira berapa Bra yang terdapat dalam gambar yang telah diberikan.

Ni la contest The Lingerie Shop tu

Ramai juga yang memberi jawapan 16 Bra. Tetapi saya zoom in dan zoom out gambar tersebut dan jawapan yang saya jumpa adalah 17 Bra.

Jawapan saya

Pemenang juga diumumkan pada bulan yang yang sama iaitu 28 June 2019.  Hadiah peraduan tersebut  berupa E-voucher bernilai RM30, sah laku sehingga 30 September 2019.

Mesej yang saya terima

Saya pergi menebus E- voucher tersebut pada 13 July 2019, sebab saya ada event lain. Alang-alang lalu dekat Mid valley Kuala Lumpur, saya pun singgah lah. The Lingerie Shop terletak berhampiran dengan Aeon Big Mid Valley, Lot G36 & G37.

Shop lot The Lingerie Shop ni agak tersorok dekat lorong kecil dan bukannya terletak betul-betul dalam Aeon Big. Mula-mula saya pun tersesat juga. Waktu saya sampai dekat The Lingerie Shop tu, kebetulan tengah sale. Jadi saya pun pilihlah barang yang ada harga sale sahaja.  Sebelum memilih barang yang saya nak, saya pergi ke kaunter apa TAC untuk menebus E-voucher tu. Sale girl tu cakap saya boleh pilih mana barang yang saya suka termasuk yang ada sale, tetapi kalau lebih daripada nilai E-voucher, saya perlulah tambah menggunakan wang tunai.

Sale girl tu pun baik sangat siap tolong saya ukur lagi dan bagitau size yang sesuai untuk saya. Disebabkan saya Cuma dapat E-Voucher RM30 sahaja, jadi nak cari Bra atau panties yang harga lebih kurang RM30. Hampir 15 minit mencari, akhirnya saya pilih 2 pasang Bra yang cantik dan selesa untuk saya. Siap ada “push up” lagitau.  Disebabkan sale, harga 1 Bra tu dalam RM15.90.

Haaaaa inilah pilihan hati saya

Total kesemua harga Bra yang saya pilih ialah RM31.80 dan saya bayar guna E-voucher RM30 dan tambah tunai RM1.80 sahaja. Saya tentulah gembira sebab dapat 2 pasang Bra baru dengan hanya keluarkan duit sendiri sebanyak RM1.80 sahaja.

Dah siap menebus voucher, masa untuk balik, tiba-tiba saya ternampak ada benda yang menarik dekat depan, jadi saya pun pergi menyelit sekejap. Wahhh ada pameran FUJIFILM. Kamera yang saya selalu impikan waktu kecil dulu.


********************
Bye-Bye

Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS