Eh! The Face Shop Beauty Workshop 2019 ini diadakan pada 6 Julai 2019 di New World Petaling Jaya Hotel. Sebelum jam 8.30 pagi, saya dan event’s partner saya menuju ke hotel tersebut. Perjalanan pergi ke hotel berjalan dengan lancer, tetapi sesat pula dalam hotel. Sampai sahaja deka kaunter pendaftaran, kami terus berserapan (tak sempat la pula nak ambil gambar sarapan).

Jam 9 acara dimulakan dengan kata alu-aluan daripada pengacara Majalah EH!

Kata alu-aluan


SESI PERTAMA
Peserta diperkenalkan dengan set produk skincare oleh The Face Shop, iaitu Green Natural Seed Anti Oxid, produk Dr.Belmeur Advanced Cica dan produk Yehwadam Heaven Grade Ginseng Rejuvenating.

Produk Green Natural Seed Anti Oxid

Produk Dr.Belmeur Advanced Cica

Produk Yehwadam Heaven Grade Ginseng Rejuvenating

Tapi Peserta hanya diberi peluang untuk mencuba produk Terbaru dari The Face Shop iaitu Chia Seed. Selama ni Cuma tau chia seed tu untuk dimakan sahaja, rupanya ada skincare yang berasaskan chia seed juga. Saya sangat suka dengan bau produk tersebut.

Produk Chia Seed

Penerangan mengenai produk skincare

SESI KEDUA
Sesi kedua ni adalah sesi yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta, iaitu sesi solekan. Kesemua bahan solekan telah pun tersedia di atas meja. 6 peserta duduk di 1 meja bulat dan akan berkongsi menggunakan tester yang telah disediakan.

Set kosmetik yang disediakan

Nampak banyak produk kosmetik yang disediakan, tetapi tak semua produk ini akan digunakan.



Ni saya langsung tak pakai

Ni pula adalah my favorite (Glow) 

Ni concealer, saya tak pakai 

For lips, pilih lah yang mana suka

Tutorial sedang bermula

MUA pada hari tersebut adalah Miss Yuki dari The Face Shop Pavilion Kuala Lumpur. Jadi kepada sesiapa yang berminat nak minta nasihat mengenai produk The Face Shop dengan Miss Yuki, bolehlah datang ke Pavilion Kuala Lumpur.

Tema solekan ialah “Korean natural look”. Dan 5 pemenang solekan akan diberi hadiah. Of course lah bukan saya yang menang sebab dari awal lagi dah lari dari tema. Siap pakai contact lens warna Grey pula tu. Mana ada “Korean look” bermata Grey hahahahahahaha.

SESI KETIGA
Semua peserta tak sangka ada sesi yang ketiga ni iaitu sesi melukis bunga. Semua peralatan disediakan, dan peserta diajar melukis bunga melalui tutorial video yang telah disediakan.

Tutorial ditunjuk menggunakan video 

Semua peserta diberi peralatan untuk melukis

Tadaaaa inilah lukisan saya

Event ini tamat tepat pada jam 1 tengah hari, semua peserta diminta untuk menjamu selera sebelum bersurai. Oh yaaa goodies bag juga disediakan. Lupa nak ambik gambar goodies bag.

********************
Inilah Hasil make up saya

Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS