![]() |
| Sumber gambar: Hotel.com |
Sebelum cuti Tahun Baru Cina yang lepas (2019),
boss ajak saya pergi sogo. Katanya nak pergi redeem point. Sebenarnya, saya dan
adik pernah guna member card sogo boss saya tu pada bulan December 2018
(Christmas & New Year sale). Terperanjat juga boss tengok jumlah point tu,
sebab kami pinjam untuk sehari tapi point dah banyak sangat. Hihihihihi.
Setelah sampai di Sogo, kami pun terus pergi ke
tingkat 7 bahagian Customer Service Centre. Saya difahamkan point tu boleh guna
untuk redeem barang atau voucher. Point juga ada tempoh expired juga, ooooo,
baru saya tau. Kami pilih nak redeem point tu untuk voucher.
![]() |
| Customer Service Centre di tingkat 7 |
![]() |
| Sebelum ambil voucher, kenalah sign dulu |
Jumlah semua voucher yang kami dapat RM70 sahaja.
Hahhhh RM70 SAHAJA, bayangkan berapa banyak duit dah habis dalam sehari sampai
boleh redeem RM70. Adik kami ni jarang shopping, tapi sekali shopping memang
penuh kapal terbang nak bawa barang dia.
![]() |
| RM70, point tinggal lagi beberapa ratus.je yang tak boleh redeem |
Tengok voucher tu akan expired seminggu selepas
Tahun Baru Cina. Kami pun guna semua voucher tu pada hari yang sama. Sebab
nanti mesti malas nak datang lagi. Memang tak akan datang punya lah, biasa
datang Sogo pun setahun sekali je. Lagipun boss nak ikut saya balik kampung
tengok majlis perkahwinan masyarakat Iban moden. Saya ada tulis konten mengenai
majlis perkahwinan tu, kalau nak baca, boleh klik DISINI.
![]() |
| Antara barang yang kami beli guna voucher, ada lagi barang lain |
Kami guna voucher tu beli barang budak kecik 2 orang yang tertinggal di kampung. Kebetulan ada sale pakaian budak-budak. Tapi haga sale tak sale juga lah.
***********************
Sekian sahaja saya membebel kali ini
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella






































