Setiap orang ada pengalaman yang tersendiri semasa melahirkan anak. Kali ini saya hendak cerita tentang perjalanan kisah saya sepanjang mengandung sehingga saya melahirkan anak saya tanpa "koyak" dan jahit. 

TRIMESTER PERTAMA
Pada hari pertama saya tahu yang saya ni pregnant, saya rasa gembira sangat dan ada juga rasa sedih sebab si kakak dia baru sahaja genap setahun. Haaahhhh cepatkan dapat adik. 

Saya kira bertuah juga sebab mabuk sepanjang pregnant tu boleh dikatakan kurang lah. cuma rasa penat tu sahaja, rasa nak tidur je. Saya tak aktif sangat pada trimester pertama ni sebab nak jaga kadungan supaya memang betul-betul dah lekat kuat. 

Apa yang saya buat??? Saya Stop semua makanan manis (sebab semasa anak no.2 saya ada kencing manis) Saya berhenti ambil minuman 3 in 1, berhenti makan bread dengan kaya atau bun, kuarangkan nasi, minuman jus pun saya minum yang fresh sahaja tapi tengok jenis buah jugalah, ada buah tu memang manis dan boleh menyumbang kepada masalah kencing manis contoh nya tebu (gula kan diperbuat daripada tebu). Saya suka minum Milo tapi sejak pregnant ni, saya minum dalam sekali seminggu Milo kosong tanpa gula. 

Sepanjang kehamilan saya tak minum susu untuk Ibu pregnant pun, saya minum Marigold HL Low Fat Milk je. Makan pula, kalau saya mabuk-mabuk tu, husband akan belikan saya bubur.  Saya sarapan pun makan Oat atau nestum. Saya makan je semua yang tidak ada gula atau memang kurang manis. Saya memang target nanti bila minum air gula semasa kandungan berusia 16 minggu, keputusan gula saya tu cantik je. 


**Yang penting saya nak pastikan saya tidak ada kencing manis atau darah tinggi. Saya tak nak ulang alik klinik untuk check gula lah check darah lah. Penat tau lepas tu kalau darah tak keluar kita ketip lagi jari sebelah, bukan sekali, tapi test berkali-kali.

TRIMESTER KEDUA
Saya dah mula bersenam. Disebabkan saya ni pemalas nak bersenam dan kadang-kadang tu lupa, Jadi setiap hari saya akan jalan kaki pergi pasar pagi. Belakang office saya memang tiap-tiap pagi ada pasar pagi. Senaman juga tu kan hihihihihihihi. 

Pada waktu malam pula sebelum tidur, saya buat senaman kagel dan senaman malas iaitu saya baring di lantai kemudian kedua-dua kaki saya pula disandarkan kedinding, pastikan bontot tu rapat ke dinding, jadilah bentuk L (senaman ni bagus untuk meredakan sakit belakang tau). 

Sambil senaman saya tengok handphone. Kalau rasa rajin nak buat senaman lebih, saya akan buat beberapa lagi lagi senaman macam dalam gambar dibawah ni. Tapi kalau malas sangat memang saya buat senaman "L" tu je lah.

Inilah senaman "L" yang saya cakap tu
(sumber google Images)


Saya memang sediakan bantal untuk letak kepala, kaki tu je turun naik
Dah 20 kali kaki kiri, tukar kaki kanan pula
(sumber google Images)


Saya ulang untuk beberapa minit
(sumber google Image)


Ni pun best kalau rajin buat
(sumber google Image)


Setiap hujung minggu saya akan cuci bilik air secara mencangkung. Husband saya kerja setengah hari pada hari Sabtu, jadi setiap hari Sabtu jam 9.30 pagi atau 10 pagi saya dah terpacak dekat mall (Naik Grab Car, senang tak paya cari parking). Haaaaahhhh sebab husband saya cakap saya ni malas bersenam jadi dia suruh saya bersenam di dalam mall. Saya ingat lagi husband saya cakap, semalas-malas mana pun wife dia ni, tetapi kalau dah masuk mall mmmmm masuk mall subuh, keluar mall belum tentu petang. (Perli saya la tuuu, cakap la masuk Watson subuh keluar Watson lunch time). Tapi saya tak adalah betul-betul balik dari mall tu petang. Saya dah st alarm siap-siap, jam 12.30 tengah hari saya kena keluar dari mall dan jam 1 tengah hari dah depan pintu office husband saya.  Kami pun balik sama-sama, makan tu dah confirm la tapau.

Haaaaahhh kalau korang memang malas sangat nak bersenam, boleh cuba bersenam di mall, cuci-cuci mata tengok barang cantik-cantik, memang confirm korang tak akan perasan yang korang dah berjalan 3-4 jam dalam mall tu. Rumah saya memang dekat dengan mall pun, saya selalu pergi IOI mall Puchong (sebelah Office husband je) dan Sunway Pyramid. Kedua-dua mall tu dah cukup luas untuk saya berjalan. Bagi yang ada anak kecil yang hyper pula, saya tak galakkan untuk bersenam dekat mall, sebab ibu pregnant nak bawa perut pun penat, inikan nak kejar anak dekat mall.

Ahad pula, memang husband akan joging setiap pagi dekat Taman Bukit Jalil. Malas tak malas saya pun kena join sekali sebelum dia jogging dengan orang lain hahahahahaha (itu satu ugutan untuk wife yang malas nak join jogging).

**Saya dah minum air gula dan keputusannya sangat bagus, dan saya teruskan diet yang sihat untuk pastikan gula saya tak naik sebab nati akan ada sesi minum gula yang ke-2. Cuma sedih sebab saya ada masalah HB Low.


TRIMESTER KETIGA
Disebabkan saya dah bermalas-malas sangat sepanjang trimester kedua tu, jadi semasa trimester kediga ni saya dah kena rajin lah buat semua senaman yang saya abaikan semasa di trimester kedua tu.

Setiap kali mandi dan gosok gigi, saya akan mencangkung. Lama saya gosok gigi, lamalah saya mencangkung. Disebabkan sakit belakang semakin kerap menyerang, dan saya dinasihatkan oleh mak mentua saya (Bidan ni tau) supaya buat "senaman malas" dan kagel tu lama sikit. Agak-agak dalam 1 jam macam tu. Kalau anda yang baca ni nak tau senaman lain untuk ibu mengandung, boleh je cari dekat Google Images, banyak senaman yang kita boleh ikut dekat situ, tapi saya ni cuma senaman yang dekat atas tu jelah saya rajin buat. 

Saya dah tak larat nak jogging, tetapi husband saya akan temankan saya berjalan-jalan (Jalan kaki okey, bukan jalan-jalan naik motorcar). Semangat husband saya ni, dia memang selalu sokong saya dan tolong saya. haaahhh bertuahkan saya.

Semasa usia kandungan saya masuk 36 minggu macam tu, bermulalah PKP yang pertama pada March 2020 dan semua orang tak boleh keluar. Husband pun tak pergi kerja (terkandas dikampung sebab husband teman saya balik kampung naik flight, nak bersalin di kampung). Saya memang control makan saya dengan ketat sebab musim PKP ni lah selera semua orang meningkat, saya tengok je keluarga makan. Sampai ayah saya pesan suruh saya makan je tak payah diet sangat. 

Ada juga yang tanya, saya ni ada minum air selusuh ke, minyak kelapa dara ke? Jawapan saya tak ada, saya cuma minum air kelapa muda bermula kandungan berusia 38 minggu, segelas dua tiga hari sekali je. Mana nak cari air kelapa muda time PKP ni, Tu pun saya minta dekat Auntie saya yang tinggal di hujung simpang tapi sebaris dengan rumah Bapa saya lah. Tak jauh sangat sebab Auntie tanam pokok kelapa yang pendek tu depan rumah jeeee. 

Saya tak makan apa-apa supplement pun, cuma sepanjang saya mengandung, saya makan ubat yang nurse bagi sahaja.  

Last sekali mestilah kena kerap bersama suami, nurse pun ajar saya macam tu, dan saya rasa mak buyung yang lain pun ada diajar benda yang sama kannnnn.

Sentiasa positif dan jaga emosi. 

Ini adalah pengalaman saya sendiri, lain orang lain cara dia. Mungkin cara ni sesuai untuk saya dan tak sesuai untuk anda yang membaca ni.


Kalau nak tau kisah manis semasa saya bersalin pada 2020 boleh baca dan KLIK DISINI.


****************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS