PENGALAMAN: MENCABARNYA BERSALIN SEMASA 2020

in , , , , by Chris_Sella, Februari 23, 2021
Ini adalah pengalaman saya yang ke-2 bersalin tak kena gunting. Start tahu saya ni pregnant 1 bulan, saya terus stop semua benda manis, masin. Sebab takut kena kencing manis, lagipun banyak dengar cerita kalau kencing manis baby besar. Woooowww macam mana nak teran, saya ni dah lah kurus kering. Happy juga sebab dapat baby tahun 2020, yelah semasa saya kecik-kecik dulu, memang banyak berangan tentang 2020 ni (cuma tinggal angan-angan jelah). Siapa sangka number yang cantik "2020" tu ialah semua orang kena duduk kat rumah dan tidak boleh keluar sesuka hati. 

Cabaran dia ialah bersalin waktu PKP yang musim pertama tu. Memang kecoh hospital kat kampung, lebih-lebih lagi bila tahu yang saya ni datang dari Kuala Lumpur. Nurse memang tanya saya ni ada pergi dekat dengan perhimpunan Masjid Petaling Jaya (kalau tak silap lah).  Ada juga yang heran macam mana saya boleh terlepas naik Flight sebab perut dah membuyung 34 - 35 minggu macam tu lah. Nanti saya cerita pengalaman naik flight masa pregnant tu.

10 hari sebelum bersalin, perut saya memang dah turun sangat, kepala baby gerak pun rasa macam dah kat hujung-hujung je. Sepanjang duduk berkurung dan menunggu hari bersalin tu, saya memang paksa diri untuk banyak bergerak dan mencangkung. Yang bestnya adik saya bersalin 1 April 2020, baby adik terpaksa lahirkan baby dia awal sebab adik ada ketumbuhan dalam rahim (lupa apa nama dia) dan adik ada kencing manis sekali gus menyumbang "tumbesaran" baby yang montel. Hihihihihihi . Wahhhh saya pula masih menghitung hari. 

Cehhhh saya buat rajin masak untuk orang berpantang. Padahal diri sendiri tengah meenunggu hari. Saya masak ikan bakar, ayam kacang "mo", ayam halia, bawang goreng, ikan bilis goreng, tumbuk kunyit muda, ikan steam, ikan goreeng lada hitam, mmmm banyak la menu orang berpantang ni sebenarnya. Makan je tapi ingat, makan dalam kuantiti sedikit je tetapi kerap. Tu yang memang nak jaga badan macam saya la. Tapi adik mmmmmmmm makan selagi boleh. hahahahaha.

Jom saya mulakan kisah bersalin 2020 saya. 

Pada malam 9 April 2020 hari Khamis, saya rasa perut macam dah selalu mengeras daripada hari-hari lain, sakit tu tak datang lagi lah dan belum ada "spotting" lagi. Mood saya memang nak duduk dan baring je. tak selesa sebab perut tu selau mengeras, pergerakkan baby adalah normal, jadi tak rasa risau. Anak-anak saya semua husband yang jagakan, saya pula berehat je, sebab dalam hati ni rasa waktu bersalin tu dah nak dekat sangat.


Pada pagi 10 April 2020 hari Jumaat, saya rasa perut memulas sedikit sahaja  pada jam 6 pagi, tapi masih boleh tahan lagi. Saya suap anak saya makan sarapan, husband pula sediakan sarapan untuk anak sulung saya. Jam 7 lebih, saya rasa sakit perut tu terasa lebih kuat dan 10 minit sekali. saya terus susun semua barang yang nak dibawa ke hospital dekat ruang tamu. 

Mula jam 8 pagi, sakit dia terasa memang tak boleh bawa bincang. Saya bagitau husband yang saya nak mandi dulu sebelum pergi hospital. Husband saya terus masak air panas (kat kampung tak ada water heater) untuk saya mandi. Setiap kali sakit tu datang, saya akan terus duduk macam kucing tu, kaki tu macam posisi melutut dan tapak tangan sentuh lantai. Husband pula, akan urut (gosok sedehana laju kat pinggang) dari tengah belakang tolak sampai ke bawah pinggang. Memang rasa sakit tapi tindakan husband macam tu dapat mengurangkan rasa sakit tu.

Air suam dah tersedia, saya duduk dekat kerusi, husband saya yang mandikan saya (cuci rambut sekali), kalau sakit tu datang pula husband akan tolong urut pinggang saya tu. Memang mandi cepat-cepat lah sebab selalu je rasa sakit tu datang.

Dah siap mandi, husband tanya nak terus pergi hospital tak? saya cakap belum lagi ni sebab belum keluar "spotting".  Saya cadangkan pergi hospital jam 11 pagi sebab pengalaman saya dulu memang nak tunggu laluan tu buka sampai 6 jam menahan sakit tu. Kalau dekat rumah, husband ada tolong apa yang patut time sakit menyerang, lagipun waktu tu PKP memang husband tak dibenarkan teman isteri dalam wad bersalin. 

Anak-anak saya memang sangat memahami waktu saya sakit, dorang diam je tengok saya tahan sakit. Jam 8.35 macam tu, saya pergi tandas lagi (memang akan sentiasa rasa nak kencing je). Saya nampak ada "spotting" sikit. Saya bagitau husband yang saya nak pergi hospita lah sebab dah mula keluar "spotting". 

Jam 9 pagi lebih, saya sampai hospital dan terus pergi ke wad bersalin. Saya memang suruh husband saya balik terus sebab risau anak-anak saya tu nakal dan tak terkawal nanti. 

Waktu dah sampai hospital tu, saya berjalan nak pergi wad dan memang rasa sakit tu datang saya terus buat posisi merangkak. dah kurang sakit, saya akan cepat melangkah menuju wad. Dan sakit tu menyerang lagi, ada seorang kakak cleaner datang dan papah saya pergi wad. Sampai depan wad, seorang nurse keluar dan saya bagi buku pink dekat dia. Dia tanya soalan dan saya tak sempat jawab sebab saya tengah menahan sakit."dari mana, macam mana boleh sampai sini, anak keberapa, dah buat test covid, dah scan suhu dekat depan......" banyak lagi lah soalan, semua saya tak jawab. Sakit ni kau tanya macam-macam pula. Rasa sakit datang saya terus cepat-cepat cakap"Saya dari Bukit Jalil, sampai sini pada 14 March 2020, saya tak scan suhu lagi" tu je saya boleh jawab dan sakit pun datang lagi. Nurse suruh saya pergi ke pintu utama yang ada kinopi tu untuk scan suhu dulu untuk mengesahkan saya ni tak demam dan sihat. Kesian kakak cleaner yang tolong tu kena marah sebab sentuh saya.

Taktau lah Nurse tu takut sebab saya dari Bukit Jalil atau dia gementar apa. Yang saya tahu kat depan wad bersalin tu, abang security yang jaga situ dah scan suhu saya pun. Tak apalah, saya dengan perut sakit tu menuju ke pintu utama, sakit dah kurang, saya terus cepat-cepat berjalan menuju ke pintu utama (50 meter kot). Namun baru 10 langkah je sakit tu datang lagi, dan saya pun buat la posisi merangkak dan rasa macam nak meneran, time tu semua orang (security, cleaner dan nurse tu nampak). sorang Nurse tu datang papah saya dan seorang security pergi ambil kerusi roda. Kemudian 3 orang Nurse yang dah bersiap pakai baju plastik semua tu pun datang tolong saya. Dorang tolak saya sampai kinopi yang depan pintu utama. Perasaan saya macam saya ni akan menyebabkan malapetaka je. hihihihihi sakit tau.

Sampai dekat kinopi tu, saya pun kena scan suhu sahaja macam yang security tu scan depan wad bersalin tadi. Lepastu masuk dekat dalam kinopi tu sebab ada tempat khas untuk kecemasan. Sekali masuk, nurse pun terpinga-pinga, semua barang tak ada, yang ada katil sahaja. Dorang bising sesama dorang lah sebab dorang dah setup semua kelengkapan dekat situ tetapi dah hilang licin cuma tinggal katil sahaja. Seorang Nurse minta maaf dekat saya dan suruh saya tukar pakaian Pink (pakaian untuk ibu yang masuk wad bersalin tu). Saya disuruh baring diatas katil terlebih dahulu untuk berehat sementara dokter sampai. Tak sampai 5 minit, datang seorang nurse suruh masuk wad bersalin, sebab dekat kinopi tu kosong tak ada apa-apa termasuklah air. Nurse minta maaf lagi dekat saya, saya okey-okey tak apa, sambil menahan sakit. dan rasa macam ada benda dah nak terkeluar sangat-sangat dah. 

Sampai dekat Wad bersalin, saya disuruh kencing untuk check air kencing. Tapi saya bagitau Nurse yang kencing saya tak keluar. Nurse okey je, dia suruh saya baring dekat bilik bersalin sebab dia nak check bukaan laluan baby. Seorang Nurse tu dah sediakan baju untuk bersalin. Sekali Nurse selok, dah luas sangat bukaan dia, tapi Nurse cakap belum pecah air ketuban. Saya bagitau nurse yang semua anak saya memang Nurse yang tolong pecahkan air ketuban dan ketuban saya berlayer. Nurse pun terus minta kebenaran untuk pecahkan air ketuban. Saya dah sedia untuk meneran, Air ketuban dah pecah dan nurse dah angkat "mangkuk" ke apa benda tu untuk tadah air ketuban. Saya pun terus teran. Nurse cakap saya pandai teran, sekejap je dah keluar kepala. Haaaaaahhhh lega. Saya bersalin dan tak sempat tukar pakaian untuk bersalin yang oakaian operation ke apa tu yang guna tali je.

Siap keluarkan apa yang patut dan bersihkan saya, Nurse cakap yang saya tak perlukan jahitan sebab tak koyak. Wahhhhh saya suka saya suka, senanglah waktu berpantang nanti. Dah siap semua, dokter pun sampai, Nurse kat situ kacau dokter tu. Spotting dokter dia, buat tak tau je Nurse membebel. Sebelum pergi ke katil saya, ada seorang Nurse baju biru tu cakap-cakap tapi yang saya ingat cuma "Jangan tunggu sampai nak terkeluar dah baru pergi hospital.........." Dalam hati saya, saya ada pengalaman yang buruk sangat sebab jadi budak baik datang hospital awal. Tetapi saya tak menjawab kat Nurse tu, saya cuma ucapkan terima Kasih jak. Sebab saya tak sabar nak jumpa my little angle.


Makanan dia sedap tau



Inilah pengalaman bersalin pada 2020 saya. 

Apa yang sedihnya baby girl saya ada G6PD, saya tak risau sangat sebab kawan saya pun ada G6PD dan pantang dia tak boleh makan KACANG PARANG. Dan G6PD Baby adalah kanak-kanak yang sihat seperti kanak-kanak normal, mereka hanya pantang KACANG PARANG. Alaaaaa banyak lagi kacang lain yang mereka boleh makan. Cuma yang lebih menyedihkan bila saya dan baby kena tinggal di wad kanak-kanak selama 5 hari untuk pemantauan takut demam kuning. Memang tak best pun duduk wad kanak-kanak tu dengan Nurse yang bajet lebih, sikit-sikit perli orang, saya yang diam-diam je pun ada je gosip dorang, malas cerita nanti ada spam masuk sini mengomen baik sangat, dorang tak terfikir ke kalau ada orang yang berniat jahat pergi kejar dorang waktu balik kerja. 

Kesimpulannya kita kena tahu kemampuan kita sebelum bertindak, macam saya memang dah jaga kesihatan sejak hari pertama saya tahu yang saya pregnant. Dan saya amalkan diet ibu mengandung senaman malas (ni memang senang kalau tak buat juga tu mmmmmm). Nanti saya nak buat content tentang cara saya untuk mudah bersalin, atau tentang G6PD kot. hihihihihi

Nak tau aktivi saya sepanjang saya mengandung boleh baca DISINI

p.s Mak mentua saya bidan, dan ada 11 orang anak, saya banyak belajar dari dia termasuklah masakan sedap untuk ibu berpantang. Jadi tak heranlah husband saya boleh jaga saya semasa saya pregnant, bersalin dan berpantang semua tu dalam PKP time, siap tolong urut-urut belakang dan kepala yang dia pandai lah. Bertuah saya hihihihihihihi.


****************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS