PENGALAMAN: BAYI KERAP MENANGIS

Pada 10 April 2020 lahirlah anak saya yang ketiga. 

____________
Pada bulan pertama Baby saya tu saya rasa saya masih boleh control tabiat menangis dia. Dah masuk bulan yang kedua, saya dapati Baby saya tu menangis hampir setiap masa. Yang bestnya, waktu siang dia boleh pula tidur dengan lena. Jadi masa Baby tidur tu saya akan pastikan dalam masa 1 jam, saya akan siapkan semua kerja rumah, mandikan anak-anak, sediakan makanan anak-anak, cuci baju semua lah saya buat cepat dan pantas. Dah siap semua kerja, saya pun dah makan dan mandi. Saya pun tidur (saya masih dalam pantang lagi masa tu). Bagi saya, bila Baby tidur, saya pun kena tidur untuk rehat. Waktu malam pula, baby memang shift dia kot, menangiggis je. Susu dah lepas tu tido kejap, buai pun dah, semua dah. tapi  masih juga nak nangis je. Tapi saya layan je lah, fikir Baby kan masih nak menyesuaikan diri. Penat memang tak payah cakap lah.

Kemudian, cuti bersalin saya pun habis. Saya tinggalkan anak dekat rumah pengasuh. Dalam seminggu tu memang pengasuh complain je sebab Baby kerap menangis. Saya ada belikan pengasuh buai elektrik, sebab pengasuh susah nak jaga. Tetapi Baby tetap masih kerap menangis. 

Haaaaahhhhh pengasuh pun dah complain sebab dia tak boleh buat kerja lain. Saya memang dah bersedia nak berhenti kerja dah tu. Kalau hantar surat berhenti pun bukan boleh terus berhenti. Pengasuh tu mungkin kesian kat saya kot, dia cakap dia akan cuba jaga (sebulan untuk mengasuh Baby RM600, anak 2 tahun RM300, anak 7 tahun RM200. korang rasa dia nak reject jaga anak saya time isu COVID ni melanda dan semua orang duduk rumah je, pengasuh pun ramai yang tak ada anak asuhan). Lagipun pengasuh saya tu ramai anak mungkin banyak pengalaman (dah besar semua, tinggal kembar 2 orang tu baru nak SPM), jadi dia cakap akan cuba bantu saya.

Saya memang tak cukup rehat dan kadang-kadang Baby menangis je waktu malam, dah letak dalam buai, buai berhenti Baby pun nangis (time tu belum beli buai elektrik lagi), dah menyusu pun nangis, semua serba tak kena. Music untuk Baby tidur tu "White Noise" kalau tak silap, tak sampai 5 minit sambung nangis lagi. Memang rasa nak meroyan la, saya pun. First time merasa ada Baby yang High Demand ni.

Anak 2 orang tu, husband yang uruskan mandi, basuh berak, makan semua. Saya memang dah sediakan perlengkapan siap-siap, jadi husband cuma tinggal uruskan je. baju memang dah terlipat elok, makanan pun saya dah masak (kadang-kadang Grabfood juga, hihihihihihi), susu pun memang husband pandai buat. Bab kemas rumah tu, husband yang vacuum, mop dan cuci tandas sejak kami mula kahwin dulu. Cuma cuci pingan je husband saya tak buat.

Sumber: Google Image

BEDUNG
Pengasuh saya bedung Baby saya tu guna kain batik dia. Saya tau sebab waktu balik kerja, pengasuh bagi saya Baby yang dibedung tengah tidur. Memang nampak Baby tidur dengan lena. Sampai je dekat rumah, saya baringkan Baby dekat tilam, saya terus cepat-cepat mandi, masak semua lah dan uruskan 2 orang budak kecik tu. Aktiviti membiasakan bedung Baby ni tak sampai seminggu pun dan Baby memang menerima bedung tu. (2 orang anak saya tu memang tak pernah pakai bedung, cuma yang Baby ni macam ada tanda "High Demand".)

Baby memang ada menangis, saya bagi susu je. Tetapi kalau dekat rumah saya bedung guna kain lampin je, sebab nipis jadi Baby tak rasa panas sangat.Itu pun saya bedung dari bawah ketiak sampai kaki sahaja, tangan dia saya biarkan terkeluar. Waktu siang (cuti) saya akan bedung dan letak dalam buai, waktu malam memang saya letak dekat tilam dan peluk dia. 

Sesi membedung ni berlangsung selama berbulan juga, sampai umur Baby 6 bulan. Dan Baby memang tidur je, kalau dia merengek, saya bagi susu sampai kenyang, lepas tu dia tidur balik. Waktu malam pun macam tu. Memang rasa senang jaga sebab dia tidur je masa umur macam tu.

Baby nangis je saya check pampers dia dan bagi susu. lepas tu dia tidur balik 
***Jangan bedung kuat sangat

Sumber: Google Image

PUTING
Kisah puting ni pun rasanya ada je yang komen anak nanti anak jongang. Dulu pun saya tak bagi Baby saya puting, tetapi bila Baby saya dah menyusu, dah tukar pampers, badan pun tak berpeluh tak sejuk tak panas. Saya bagi je puting, dia terus diam dan tidur. Waktu Baby dah tidur dengan lena barulah saya tarik puting tu. Kalau jalan-jalan pun saya akan bawa sekali puting Baby tu, sebab senang nak tidurkan dia. kalau nak tidur malam pun, lepas menyusu je terus bagi puting, tak lama kemudian dia akan tidur.

Sumber: Google Image

DODOI
Semua orang ada cara mmasing-masing dodikan anak. Cara saya pula, kalau Baby nangis waktu saya dukung tu, saya buat bunyi "Shhhh shhhh shhhh" sambil tepuk-tepuk bontot dia. Kalau menangis tengah baring dekat tilam, saya bagi puting (kalau dah bagi susu) dan bagi Baby tidur mengiring dan tepuk bontot dia sambil buat bunyi "Shhhhhh Shhhhh Shhhhh".

Setelah masalah Baby saya yang kuat menangis tu selesai, memang saya rasa lega je. Pagi bangun tukar pampers, susu semua, pergi kerja, balik kerja, mandikan baby, jam 7.30 malam macam tu dia dah tidur. Menangis malam sebab nak susu je.

Ini adalah pengalaman saya sahaja, lain orang lain cara mengurus masalah anak masing-masing. 


****************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

Tiada ulasan