Selepas selesai mendaftar sebagai BC, maka bermulalah cabaran yang khas untuk BC baru. Sebenarnya saya join Mary Kay ni pun mula-mula nak jadi pengguna sahaja, dan tiba-tiba gelaran Beauty Consultants Mary Kay ni menjadi kerja kedua saya. Nanti saya cerita macam mana boleh terjebak kerja part time sebagai BC Mary Kay ni.

Cabaran untuk BC baru berlangsung selama 3 bulan. Saya dah daftar dengan recruiter saya tengah bulan June, tetapi saya lambat beli starter kit yang RM70 tu. Jadi saya dapat starter kit tu pada 23 June 2020. Ini bermaksud saya ada lagi 7 hari untuk menempuh cabaran yang bertama. Dan selepas saya beli starter kit tu, pink voucher RM120 terus dikreditkan ke dalam aplikasi InTouch saya. Tapi pink voucher tu cuma boleh guna RM20 sebulan untuk pembelian 200 points sahaja.


CABARAN PERTAMA:200 POINTS FREE TW3D CLEANSER (BERJAYA)

Pada bulan pertama tu saya mula-mula rasa agak tertipu juga sebab saya ingatkan bayar je RM70 terus dapat voucher RM85. Rupa-rupanya tak semudah itu tau untuk dapatkan voucher dia. Saya ada juga pergi sound recruiter saya tu, tetapi nak buat macam manakan, dah bayar, starter kit pun dah dapat. Kemudian saya cuba untuk positif, nak mulakan perniagaan kenalah bermodal dan usaha lebih sikitkan. RM70 je untuk register.

Mula-mula, saya install 2 applikasi yang sangat penting untuk semua BC Mary Kay. Satu applikasi yang dikenali sebagai In Touch untuk membuat pembelian, semak stok, semak point, untuk hadiah-hadiah dan banyak lagilah. Memang menarik aplikasi dia. Yang kedua adalah applikasi eCollege. Dalam eCollege ni, semua BC boleh belajar mengenai semua produk secara terperinci.

Dah selesai install kedua-dua aplikasi tersebut, saya pun mulakan kelas ESRS di eCollege. Macam mana belajar di eCollege??? Semua pelajaran ada 3 modul, dalam setiap module akan ada video. Jadi tengok semua video yang ada tu. Lepas tengok video tu perlu jawab quiz pula. Dah siap jawab quiz, barulah voucher RM50 tu di kreditkan ke dalam InTouch. Voucher RM15 pula dapat daripada Mobile Online Ordering (MOO), kalau kita buat pembelian dekat applikasi InTouch tu akan terus dapat voucher RM15 tu. Kemudian Pink voucher RM20 untuk bulan pertama saya.

Jumlah kesemua voucher yang saya dapat kumpul pada bulan pertama tu adalah RM85 dan cuma sah laku selama 14 hari sahaja. Kemudian saya sempat lagi mendaftar untuk kelas ESRS pada bulan yang sama, tapi kena bayar RM47 dan selesai kelas je terus dapar voucher RM200. Wowwww best kan

1)    Pink Voucher RM20
2)    MOO Voucher RM15
3)    e-ESRS Voucher RM50 (tamat 14 hari selepas menjawab kuiz)
4)    ESRS Voucher RM200 (tamat 14 hari selepas menghadiri kelas ESRS)

Total semua voucher yang saya ada RM285, best kan. Apa yang saya beli? Berapa kos yang saya keluarkan pada bulan pertama??


CABARAN KEDUA: 350 POINTS FREE TW3D EYE CREAM (GAGAL)

Untuk cabaran bulan kedua ni, saya tak aktif sangat pada minggu pertama. Lagipun saya baru sahaja buat pembelian beberapa hari lepas untuk cabaran bulan pertama sebagai BC baru. Bulan kedua ni saya masih keliru dengan apa yang saya buat. Disebabkan Sale Director (SD) saya seorang yang hebat dan sentiasa push saya dan ajar saya macam-macam untuk buat sale.

Langkah pertama saya dipaksa rela untuk buat FB biz & IG Biz. Kedua saya dipaksa rela untuk bagitau semua keluarga, kawan-kawan, termasuklah kena buat pengumuman dekat FB & IG personal bahawa saya adalah Beauty Consultant Mary Kay. Opssssss rasa nak nangis pun ada, malu kot. Tapi malu-malu pun saya buat juga. Bukan saya ni buat benda tak baik pun. Sambutan perkenalan saya tu suam-suam kuku je. Tapi SD saya push lagi untuk saya show off bahawa saya memang betul-betul BC Mary Kay. (Stress tau kena push, tapi kalau tak push, saya tak buat)

Marah? Tak lah, saya merajuk je. Saya cakap dekat diri sendiri “Okey time to show off” pada minggu ke tiga saya beli clay mask je dan beli bekas kecil-kecil (2g) tu kat shopee. Dan pada 31 Julai 2020 bersempena Hari Raya Haji, saya bawa semua clay mask tu pergi rumah kakak ipar sebab keluarga semua berkumpul dekat sana. Hari tu pula adalah hari perlepasan rentas negeri, dah lama PKP tak keluar rumah, saya sekeluarga mengambil peluang ni untuk berkumpul.

Apa saya buat? Saya letak clay mask yang ada tu dekat atas meja dan isi dalam bekas (2g) dan bagi kepada semua ahli keluarga yang ada. Saya memang tak mengharapkan dorang beli pun time tu. Sebab saya tau semua orang nak guna duit sepanjang PKP ni.

Pada malam tu ada seorang Kak Ipar saya Whatsapp, dia cakap nak Gel Eye Mary Kay. Jadi tu lah custumer pertama saya. Memang saya tak buat sale pun untuk bulan kedua sebagai BC baru. Jadi saya tak dapatlah free TW3D eye cream. Lagipun memang saya tak minat eye cream.

 

CABARAN KETIGA: 600 POINTS FREE LUMIVIE INTENSIVE SERUM & BEG MARY KAY (BERJAYA)

Ini adalah cabaran terakhir saya sebagai BC baru. Memang nampak best sangat serum tu dengan bag Mary Kay. Saya target awal-awal beli 2 set Botanical Effect (1 set nak guna sebagai tester, 1 set sebagai stok). Haaahhhh ingat lagi time Hari Raya Haji, saya ada mempromosikan diri saya kepada keluarga bahawa sekarang saya dah join Mary Kay, kalau berminat dengan produk Mary Kay boleh lah cari saya.

Dan keluarga saya memang menyokong kerjaya saya sebagai BC Mary Kay. Rasa best sangat dan syukur, walaupun dorang tak beli banyak barang sangat, tetapi bagi saya sokongan tu memang sangat mengharukan. Saya juga memberanikan diri untuk mengiklankan produk Mary Kay di status Whatsaap & dalam group perniagaan kawasan setempat. Hasilnya, saya dapat seorang custumer untuk lipstick.

Selain itu, saya juga menghadiahkan mak saya set Timewise Repair. Bunyinya memang kedengaran mahal nak hadiahkan mak set Timewise Repair tu, tetapi dengan diskaun, saya rasa tak terbeban sangat lah.

Total kesemua yang saya bayar selepas tolak diskaun adalah RM1,213.20 (boleh tengok gambar dibawah ni, semua barang yang saya beli). Jimatkan, hampir dapat jimat 50% daripada harga asal. Dannnnnnn setelah tolak semua barang custumer, saya cuma keluarkan modal sebanyak RM590.20 sahaja. Itu pun sebenarnya hadiah yang saya belikan Set Timewise Repair untuk mak. Saya pun ada dapat hadiah dari Mary Kay (bonus bulanan) lupa dah apa. Dan paling penting saya dapat capai target saya untuk dapat Bonus terakhir saya sebagai New Beauty Consultant.

Dah dapat hadiah dari Mary Kay, saya dapat lagi hadiah dari leader-leader saya. Best sangat-sangat. tak sabar nak tunggu van City-Link tu datang lagi.

Bayangkan kalau tiap-tiap bulan saya dapat jual produk sebanyak tu, wahhhhh lebih besar dari gaji saya sekarang. Padahal saya cuma join part time je & sebagai pengguna pada mulanya.

Okey boleh rujuk gambar dibawah ni untuk anda buat perbandingan harga.


Berminat nak sertai saya dalam perniagaan Mary Kay dengan pendaftaran RM70 sahaja atau nak beli produk Mary Kay atau nak tanya-tanya pun boleh. Jom hubungi saya segera melalui link di bawah ni

Hubungi saya melalui link ini:: https://linktr.ee/Chrissella

 

 

 

********************

Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Perlu kah saya cari orang atau hanya dengan pembelian sahaja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau Join untuk pembelian diri sendiri sahaja pun boleh, beli produk dapat point, kumpul point then boleh redeem hadiah.
      Nak cari orang atau tak cari orang itu tiada paksaan.

      Padam
  2. Saya adalah salah satu ahli di kawasan pendalaman sabah daerah TAWAU.
    saya juga salah satu ahli dari bawahan anak buah saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh, Tawau itu bukan pendalaman. kapal terbang pun sudah ada pergi sana kannn. nice place. saya pernah menetap di sana time sekolah menengah.

      Padam
  3. Nak tanya macam mana kita dapat keuntungan dari mary kay melalui point. Adakah point mary kay boleh ditukarkan ke ringgit? Atau point nya khas untuk redeem hadiah je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai maaf lambat reply, Untuk lebih detail yang terkini, boleh whatsapp saya. atau tanya pada beauty consultant yang terdekat dengan anda. sebab dia punya syarat itu sentiasa akan berubah.

      Padam
  4. hai nak tanya..betul ke nak activatekan ahli kene buat pembelian at least 100 point? baru activate membership tu..tpi lepastu klo nak beli satu dua barang je dpat tak less 20% untuk each barang.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf terlambat reply, untuk fast respon boleh Klik sini untuk hubungi saya
      Buat masa ini (2022) untuk activekan perlu pembelian at least 100 point. Untuk bulan pertama bagi yang baru joint akan dapat free gift sekiranya dapat submit order at least 200 Points

      Diskaun dia bergantung pada point terkumpul yang anda ada. Kalau setakat beli 1 pencuci muka dalam 1 bulan tersebut maka memang tak akan cukup point untuk dapat 20%. Jadi kalau hanya untuk beli 1 item sahaja lebih baik order dengan beauty consultant atau beli dengan saya sahaja. Mana tau ada promosi atau Free postage.

      Padam

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS