Saya telah memenangi peraduan yang dianjurkan oleh Hilton Garden
Inn, Puchong pada bulan September 2019. Pihak hotel telah memberi saya voucher
melalui email. Dalam voucher tersebut menyatakan saya telah memenangi
penginapan selama 2 hari 1 malam termasuk sarapan pagi, dan voucher tersebut
haruslah ditebus sebelum 31 December 2019.
Disebabkan sibuk, jadi saya menebus voucher tersebut pada saat
akhir. Itu pun nasib baik ada kekosongan pada tarikh yang saya pilih tu
(December 2019).
Pada hari yang saya sepatutnya menginap di hotel Hilton, saya
boleh terlupa mengenai tempahan yang saya dah buat tu. Nasib baik ada orang
yang tolong ingatkan, tu pun check- in sebelum malam, dan syukur tak
dibatalkan. Masa untuk check-in di Hilton Garden Inn Puchong ni
Mula-mula sampai di kawasan parking hotel, saya tak tau pun jalan
nak menuju ke parking tu. Nasib baik ada seorang security tu nampak saya ni
macam sesat kot. Jadi security tu suruh terus menuju ke parking LB2. Dah siap
parking, kena naik lif menuju ke tingkat 6. Dekat tingkat 6 tu la sebenarnya
lobi tempat untuk mendaftar “check-in / check-out”.
Jumpa pun tempat parking |
Ada 3 lif |
Semasa urusan check-in hotel tu, saya pilih penyambut tetamu perempuan sebab saya rasa lebih senang nak bercakap. Setelah selesai register semua, voucher pun dah tunjuk kat kaunter tu. Tiba-tiba penyambut tetamu tu tanya “Puan nak berus gigi dan pencukur ke?” saya tanya balik “berapa kena tambah?”, penyambut tetamu tu cakap “Free je ni”. Kalau dah free takkanlah saya taknak kan. Jadi penyambut tetamu tu bagi saya berus gigi, pencukur, dan cap untuk mandi tu.
Kaunter lobi |
Ni semua saya dapat dekat kaunter tadi |
Tiba masanya naik ke bilik penginapan, nak naik kena sentuh kad
hotel tu dekat screen kad dalam lif baru dapat tekan butang naik. Kalau tak
memang tak boleh naik la, cuma boleh turun je. Nak masuk bilik hotel pun kena
sentuh kad dekat dengan screen yang berada atas tombol pintu, baru boleh buka
pintu (ni sama macam hotel lain juga lah).
Dah masuk bilik hotel saya, apa lagi kita check lah semua tempat.
Memang cantik design bilik ni, view pun saya dapat yang bahagian menghadap
tasik. Okey lah malas nak taip panjang-panjang pasal bilik dia, silalah tengok
dekat gambar yang saya sediakan dibawah ni ye.
Saya dapat pemandangan "Lake view", cantik waktu matahari nak terbit |
Ni lah tempat saya tidur malam ni |
Meja tempat saya lepak sambil menikmati "lake view" |
Tea time |
Peti sejuk |
Bilik saya ni tak ada tab mandi ye |
Ada air panas untuk mandi |
Shampoo semua ada disediakan |
dekat kawasan singki pun ada sabun dan tisu serta suis untuk "Hair dryer" |
Almari |
"Hair dryer" ada dalam almari |
Meja solek terletak di sebelah TV, besar betul cermin. |
Terdapat juga kemudahan gym, kolam renang, mesin pencuci &
pengering (ni kena guna duit syiling) dan kedai mini (untuk membeli makanan
ringan).
Swimming pool untuk dewasa dan kanak-kanak |
Gym ni kena masuk dan buka pintu guna access card bilik kita sahaja |
Sarapan pagi bermula dari pukul 6 pagi sehingga lah pukul 10 pagi. Sarapan pagi yang disediakan tak adalah semewah mana tapi memang boleh mengenyangkan. Antara menu sarapan yang ada ialah nasi lemak, bubur, salad, roti, mee, nasi goreng, dan lain-lain. Rasa pun boleh tahan.
Sarapan yang menyelerakan |
Roti |
Saya pilih berserapan di luar |
Boleh menikmati pemandangan tepi kolam |
Masa untuk check out pula adalah pukul 12 tengah hari. Memang Pengalaman yang sangat menyeronokan kerana kemudahan hotel sangat mesra bagi semua peringkat umur.
********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
Add your comment