Satay adalah salah satu makanan kegemaran saya. Tak perlu pergi
jauh sampai ke Melaka untuk merasa satay Melaka, sebab dekat Kuala Lumpur ni
pun ada gerai Satay Sri Melaka. Setiap kali nak makan satay, saya akan pergi ke
Satay Sri Melaka yang terletak berdekatan dengan Giant Taman Permata. Satay Sri
Melaka biasanya beroperasi pada waktu malam sahaja, bermula dari jam 4.30
petang sehinggalah larut malam.
Terdapat juga hidangan lain yang dijual di gerai-gerai
berhampiran, tetapi saya memang datang jauh-jauh untuk makan Satay Sri Melaka
dan nasi impit. 5 cucuk satay dan 1 nasi impit pun dah cukup mengenyangkan,
sebab secucuk satay tu bukannya sikit. Rasa kuah kacangnya juga sangat sedap.
Antara menu lain yang saya suka dekat sini ialah laksa dan soto.
Alamat:
********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
Add your comment