PENGALAMAN MENDUDUKI UJIAN REQT PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (E-RECRUITMENT)

Saya menduduki ujian online ni pada 15 September 2019. Ujian tersebut memang akan dijalankan pada hari sabtu, mungkin sebab tak nak mengganggu waktu bekerja calon yang bakal menduduki peperiksaan tu kot. Saya tahu bahawa saya terpilih menduduki ujian REQT secara online sebab saya ada menerima SMS dan Email. Kemudian saya login ke website e-recruitment untuk menyemak maklumat lanjut di bahagian “Jadual Ujian”. Dalam email pun memang dah ada maklumat yang lengkap mengenai ujian tersebut, saja ja excited lebih nak tengok sendiri kat website rasmi e-recruitment tu.



Semakan di Website




Email

Malas nak cerita soalan apa yang keluar, sebab soalan ujian adalah berbeza setiap tahun. Kalau nak tahu sangat mengenai jenis-jenis soalan tu, boleh rujuk gambar di atas tu. Ada soalan objektif dan esei.

PERSEDIAAN
Mula-mula saya “boost data” internet supaya lebih laju, saya guna celcom ja. Kemudian laptop, mmmmmm laptop saya ni manja sikit, kalau sapa-sapa terlanggar cable dia, terus shut down. Jadi saya cari sudut yang strategik sikit supaya tak ada yang terlanggar atau tersepak tali cable laptop tu.

Saya dah charge beteri handphone siap-siap supaya tak mengganggu internet saya, sebab saya tarik internet dari handphone (risau nanti guna betri cepat sangat dan habis betri terus tak boleh jawab soalan ujian sampai habis). Charger handphone pun dah sedia, harap-harap betri cukup sampai habis ujian, sebab kalau charge handphone sambil online, takut line akan jadi slowSaya sediakan sekali pensil, kertas, dan kalkulator. Sebab nanti mesti akan ada soalan kira-kira.

Saya siap buat checklist lagi, hahahahaha takut la tak sempat jawab habis soalan. Tambah-tambah lagi memang tak ada orang sekeliling boleh tolong saya pun.

1)    Internet mesti laju
2)    Laptop
3)    Mr.Google
4)    Handphone (full charged)
5)    Kertas & pensil
6)    Kalkulator


WAKTU UJIAN
Sebelum klik “Mula”, tarik nafas panjang-panjang, dan target 1 minit saya akan jawab minimum 3 soalan untuk soalan objektif, kerana saya risau tidak cukup masa untuk karangan.

Saya memulakan ujian objektif Bahasa Melayu terlebih dahulu, Banyak soalan Sejarah (berkaitan Sarawak) yang saya jumpa terutamanya sejarah keluarga Rajah Brooke, ini lah waktunya saya perlu minta bantuan Mr. Google. Salah satu soalan yang saya ingat-ingat lupa ialah “siapakah nama isteri Rajah yang keempat?” aduhai kalau saya tanya budak yang baru nak ambil SPM pu belum tentu boleh jawab kot. Kemudian sedikit soalan tatabahasa, dan soalan Math.

Untuk soalan Bahasa Inggeris pula, lebih banyak soalan grammar yang keluar. Ada juga beberapa soalan Sejarah (Sarawak), tapi tak sebanyak yang saya jawab dekat Bahasa Melayu tadi.

Akhir sekali saya pergi ke soalan esei. Hanya 100 patah perkataan sahaja yang dibenarkan, kalau lebih pun memang tak boleh taip sebab dah setting kat sistem tu hanya untuk 100 patah perkataan sahaja.

Saya pun tak seberapa ingat soalan esei Bahasa Melayu tu, kalau tak silap “Kesan pengambilan gula secara berlebihan”. Soalan Bahasa Inggeris pula kalau tak silap “Adverse effects of obesity”, soalan dia tentang diabetes atau obesity macam tu lah.

Cara saya jawab esei ni. Mula-mula pengenalan 2 baris. Kemudian baru isi esei (3 isi ja), Akhir sekali penutup. Contoh isi saya, (pasal gula tu) “Pertama memberi kesan buruk kepada gigi. Gula mengandungi ……….. menyebabkan gigi menjadi rapuh dan menyumbang kepada masalah gigi rongak”. Esei ni cuma untuk para pemeriksa melihat bagaimana penggunaan bahasa dan ayat yang jelas dan difahami, cukup 1 isi untuk 1 huraian, lagipun kena bajet 100 perkataan sahaja untuk 1 esei. Bukan macam jawab soalan SPM tu perlu ada 5 ayat setiap perengan.

SELESAI
Selesai semua soalan, tinggal lagi 5-10 minit macam tu nak habis waktu, saya cepat-cepat klik “Hantar”, memang tak semak apa pun. Lagipun takut kalau waktu tu tamat terus tak diterima dah. Risau juga kalau tinggal lagi 1 minit baru hantar, nanti tiba-tiba line jem lagi lah stress. Jadi hantar ja la dengan yakinnya.

Tiba-tiba, desktop tu memaparkan sesuatu (lupa nak ambik gambar sebab suspend gila). Nak undo balik tak boleh. Cuba longin balik, tapi tak boleh. Huhuhuhuhu. Okey, tak pa lah sistem down kot. Nasib lah

Tunggu sahaja keputusannya, sebab apa-apa keputusan yang saya dapat, Gagal atau Lulus pun akan diberitahu melalui email juga.

KEPUTUSANNYA
Pada 13 November 2019, tiba-tiba saya terima sms dan email dari e-Recruitment. Tadaaa “Tahniah, anda berjaya ke peringkat seterusnya…”. Nak tau pengalaman saya di peringkat penilaian??? Sila baca DI SINI.

Inilah keputusan ujian saya

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

2 comments