PENGALAMAN BERSALIN

in , , , , by Chris_Sella, September 26, 2019
Sumber: Gambar Google Image

Nak bagi tau awal-awal, kalini cerita sangat panjang ya. Dah lebih setahun cerita ni, baru ada mood nak taip. Dan memang saya tak sempat ambil gambar langsung sebab handphone ada masalah cepat habis betri (minta beli baru la tu). Dari awal pregnant lagi memang dah rancang nak bersalin di kampung. Memang dah bagitau nurse KKIA tempat saya check up di KL yang saya nak bersalin di kampung. Nurse siap cakap lagi “Tak lepas naik flight ni puan sebab kandungan dah nak masuk 8 bulan”. Tapi saya cakaplah kat nurse “saya nak cuba dulu, kalau tak lepas juga, saya bersalin kat HKL je lah”. Dokter memang tak bagi surat kebenaran ka surat apa semua sebab memang dalam TAC flight ibu mengandung lebih 7 bulan tak boleh naik flight.

Tapi saya terlepas secara tak sengaja masuk flight. Hihhihihihihi. Sampai ja airport Sibu, mmmmm rasa lega yang teramat sangat. Sebelum ni memang dah diet, jaga kesihatan betul-betul, senaman ibu bersalin dan saya banyak belajar dari kawan yang ikut kelas khas untuk ibu mengandung sebab dia akan bersalin dekat hospital swasta, kiranya pakej la tu (saya ni sebenarnya malas nak join kelas. Huhuhuhuhu), jadi tu yang tak ada masalah untuk saya naik fight (jangan tiru tau, bahaya, saya pun takut sebenarnya)

Due date sebenar saya ialah 19 June 2019. Tapi baby pilih sehari sebelum Raya 14 June 2019. Nasib baik lah sempat Berhari Gawai, kalau tak, mmm kecohlah rumah panjang. Disebabkan kampung saya tu cuma ada klinik desa sahaja, jadi ibu-ibu yang nak bersalin akan pergi ke pekan sebab hospital yang terdekat adalah di Hospital Saratok (tapi boleh tahan jugalah jauhnya, nama pun pendalaman kan).

12 June 2018:  saya ada check up dekat KKIA Saratok, nurse cakap air kencing saya dah start kotor, bila-bila masa boleh bersalin ni. Lepas tu nurse terangkan tanda-tanda nak bersalin dan tunjukan wad bersalin dekat mana. Nurse siap pesan barang yang perlu dibawa termasuk lah termos, pinggan, cawan, dan sudu (terkejut juga lah, ok saya faham hospital luar Bandar). Saya cakap yang saya faham, terus ucap terima kasih nurse. Dan cepat-cepat nak balik makan, hahahahaha, ingat makan ja.

13 June 2018: memang mood tak berapa elok sepanjang hari tu. Saya belanja keluarga makan kat luar sebab mereka memang suka makan kat luar. Lepas makan kami terus balik ke rumah. Malam tu memang susah nak tidur, rasa tak selesa. Sikit-sikit ulang alik ke tandas ja.

Jam 9 malam saya bangun nak ke tandas , tiba-tiba nampak ada darah tompok-tompok kat seluar, terus panik kejutkan papa & mak nak pergi hospital. Saya angkat satu beg yang khas barang untuk bersalin dan tunggu dalam kereta.

Jam 10 malam lebih macam tu, sampai dekat hospital Saratok. Wad bersalin memang berkunci waktu malam, jadi kena tekan loceng. Nurse buka pintu dan tanya kenapa, saya cakap mungkin saya dah nak bersalin, nurse tanya lagi dah pecah air ketuban, saya cakap belum. Nurse tu cakap kenapa datang, saya jawab lagi ada darah keluar sikit, terus nurse suruh saya masuk untuk check bukaan. Bukaan baru 2cm. saya cakap ok, terus bangun nak balik (sebab kat hospital XXX kalau bukaan baru 2cm & air ketuban pun belum pecah, masih boleh balik rumah), nurse cakap kalau dah masuk “situ” tak boleh keluar dah, Tunggu dah bersalin baru keluar. Haaaaaaaa. Okey mungkin nurse nak pantau kot. Tapi nurse tu tanya soalan untuk pendaftaran masuk wad macam lah depan buku pink tu tak tulis maklumat peribadi saya, Apa salahnya dia “Copy & Paste” ja buku pink saya tu tulis balik dekat buku rekod dorang. Nurse siap cakap lagi, kenapa balik ke kampung, dekat Bandar besar banyak kelengkapan bersalin.  Saya senyum ja, “saya nak mak yang jaga saya dalam pantang”.

Nurse memang jaga saya okey je time shift malam tu. Setiap jam nurse akan datang check contraction dan jantung baby. Keadaan wad tu macam asrama sekolah, cuma ada wad kelas 3 sahaja. Jadi tak ada pilihan lah. 1 bilik berkaca yang menempatkan bayi sakit kuning dan ada 2 bilik bersalin tetapi hanya satu sahaja yang digunakan, satu lagi untuk scan baby rasanya. Tapi katil semua selesa dan ada banyak kipas. Tetapi ada satu sudut tu mencuri perhatian saya sebab tirai dia tertutup jadi saya tak boleh nampak apa yang ada dalam tu.

14 June 2018: Tepat jam 2 pagi, tiba-tiba saya rasa ada air suam-suam keluar dan membasahi kain saya. Saya siap melompat terkejut, ingatkan terkencing jadi nak lari ke tandas, katil saya memang bersebelahan tandas (bolehlah, tak jauh sangat) tapi air tu saya tak dapat kontrol. Kebetulan nurse yang ronda setiap jam tu tengah check pesakit seorang demi seorang tu datang. Dengan muka bersalah sebab dah basahkan katil, saya cakap ada air keluar. Nurse suruh saya pakai pad. Saya tak rasa contraction lagi padahal nurse cakap dah kuat ni. Nurse tu pesan nanti dah beberapa jam pad tu jangan terus basuh / buang, tunjuk dulu dekat nurse.

Sebelum jam 3 pagi, mak saya ada datang lagi hantar power bank. Lepas nurse bagi kat saya power bank tu, dia membebel sorang-sorang “ingatkan kecemasan apa pagi-pagi buta ni, cuma nak hantar power bank ja, macam lah siang nanti tak boleh hantar”.

Sebelum hari cerah, saya nampak nurse tarik tirai yang menjadi tanda tanya saya dari malam semalam, rupanya tu tempat nurse-nurse shift malam tidur. Waktu pertukaran shift pagi pun sampai. bermula kisah saya yang mengguris perasaan. Pagi tu waktu sarapan ada seorang Cik Gemuk menghantar makanan sampai dan panggil semua pesakit pergi hantar mangkuk untuk ambil bubur (What???? Bukan makanan akan diletakan di atas meja pesakit ke? Padahal pesakit time tu tak sampai pun 5 orang rasanya). Nak tau apa terjadi? Saya kena marah sebab tak ada mangkuk. Kebetulan mak saya datang melawat sebab nak hantar pau dan minuman kat saya. Mak sound setepek, “Bukan semua perkakas makanan tu hospital sediakan ke?” Terus seorang nurse tu pergi ambik mangkuk untuk saya.

Saya tanya dekat Cik Gemuk tu, “Saya nak air panas, nak ambik dekat mana ya?”. Dia tak jawab pun tapi jelling tajam kat saya. (Salah ka soalan saya tu) Ada seorang pesakit tu bagitau “ambik air panas dekat hujung sana”. Saya ya kan saja, tapi tak tau pun dekat mana. Tak lama lepas tu Cik Gemuk minta pesakit hantar termos dekat troli (ntah apa nama benda yang dia tolak tu), nanti dia isi air panas.

Oh ya lupa pasal pad saya, saya ada tunjuk pad saya dekat nurse shirt siang tu, sebab nurse shift malam yang suruh tadi kan. Tau tak nurse shirt siang tu cakap “tak payah tunjuk benda macam tu, kotor!!!”.  Okey tak apa, saya terus bersiap mandi, nanti dah bersalin tak boleh mandi.

Selepas sarapan, saya dah mula sakit contraction dah. Ada lah merengek, mengeram, dan macam-macam la bunyi saya. Ada seorang perut buyung tu, tak tau dia nurse ke sapa, tapi dia pakai baju putih & tukar cadar katil, kadang-kadang pergi hantar darah dekat makmal hospital, Cik Buyung tu sound saya sebab saya bising (saya tak adalah terlolong-lolong macam orang jual ikan jual sayur).

Disebabkan saya ni bising tiap kali contraction, nurse pun panggil untuk check bukaan, tapi baru 3cm. Check bukaan tu dekat bilik khas tau, pesakit kena jalan sendiri ke sana (tak jauh pun tapi kalau dah sakit tu memang banyak persinggahan, bila banyak persinggahan, masa pun jadi semakin lambatlah, dan confirm kena setepak dengan nurse sebab lambat sampai kat bilik tu). Dah selesai check bukaan tu, saya pun patah balik ke katil jalan perlahan-lahan.

Waktu saya tengah melayan kesakitan tu, boleh ada nurse mengumpat saya. “YANG SORANG TU BODOH, DARI BANDAR BESAR YANG BANYAK KEMUDAHAN TETAPI NAK JUGA BERSALIN DEKAT KAMPUNG”. Macam mana saya tau dorang mengumpat saya? Sebab saya sorang ja yang dari KL, yang lain tu orang yang kat kampung situ juga. Siap ada sorang kawan saya yang sama rumah panjang saya sekali dekat wad ibu bersalin tu, dia masuk wad sebab darah tinggi.

Jam 9 pagi: Lamanya nak tunggu bukaan ni, pesakit yang baru masuk wad pun dah bersalin. Saya pula tak bersalin lagi. Tiba-tiba ada pesakit baru masuk sebelah katil saya. Saya pelik, Cik Buyung tu boleh layan dia baik sangat, jauh beza dari bercakap dengan saya. Cik Buyung tu siap usik anak dia lagi “Wah dah nak dapat adik dah, dah sedia baju raya untuk adik kah?”. Menyampah saya tengok lakonan Cik Buyung tu. Tiba ja dekat katil saya terus marah saya bising macam lah saya masuk hospital tak ada IC.

Lebih kurang jam 10 pagi macam tu, ada seorang nurse tu kenal saya, tapi saya tak kenal nurse tu (Dia sebenarnya kenal Papa saya, gila kau tak kenal Papa saya yang famous tu. Saya? Orang memang tak kenal sebab saya tak membesar dekat kampung, Papa pencen saya pula terus kerja kat KL). Barulah saya ada rasa dilayan macam manusia sikit. Waktu saya mengeram sakit, nurse tu cakap elok je “XXXX jangan macam tu, takut nurse dengar kamu macam tu”. Tersentak saya dia panggil nama belakang saya macam dah kenal saya ni sangat. Okey saya beri kerjasama sikit. Setiap kali rasa sakit tu datang, saya tak bising tetapi saya genggam besi katil yang dekat kepala saya tu kuat-kuat (Nasib baik katil besi, kalau katil plastic rasanya dah patah sebab saya tarik kuat-kuat). Nurse tu ternampak saya buat macam tu, dia cakap elok je “jangan macam tu, nanti habis tenaga, cuba kamu minum milo & makan biskut”.  Nurse tu bancuhkan air saya dan bantu saya duduk, nurse cakap cuba duduk, kalau sakit cuba tarik nafas, tahan dan hembus pelan-pelan. Saya dah start positive time tu, siap ucap terima kasih nurse.

Start dari situ, saya minum air yang nurse bancuh tadi untuk tambah tenaga. Kalau sakit je saya tarik nafas panjang-panjang, tahan dan hembus perlahan-lahan, sambil goyang-goyang badan kiri kanan depan belakang. Wow cara yang saya buat tu memang membantu walaupun sakit yang teramat, sekurang-kurangnya saya tak rasa “Down” dan menjadi lebih positive.

Saya target jam 12 tengah hari nak check bukaan lagi. Mana tau dah boleh meneran. Tapi jam 11 lebih tu pesakit sebelah katil saya tu dah bangun dulu masuk labour room. Lama juga dia dekat dalam tu, sekali dah hampir jam 12 lebih tengah hari dia pun keluar nurse sorong guna kerusi roda. Saya nampak Cik Buyung tu tolak baby dia yang diletakan dalam bakul troli baby tu (ntah apa nama benda tu). Lepas tu saya bagi tau saya nak check bukaan, saya tak tengok muka nurse mana yang menjawab, tapi dia cakap “nanti tunggu sekejap, orang tengah bersihkan bilik bersalin tu”.

Lebih kurang Jam 12.30 tengah hari macam tu, saya dipanggil oleh nurse, “Hahhhh XXXX tadi cakap nak check bukaan sangat kan, cepat sikit”. Macam biasa lah saya berjalan menuju ke labour room tu, kalau terasa sakit, saya berhenti sekejap. Kena sound pun saya dah tak kesah. Dan setiap kali saya lalu depan Cik Buyung tu, setiap kali tu lah saya sumpah dalam hati “Nanti kau bersalin akan rasa azab yang berkali ganda dari ibu-ibu yang kau marah ni”.

Time check bukaan tu, saya dah 7cm, nurse yang dalam labour room terus tahan saya dalam labour room, memandangkan memang belum ada pesakit lain yang mengalami contraction. Nurse suruh tukar baju bersalin dan buka semua benda yang saya pakai termasuk anting-anting dan pengikat rambut (saya memang tak pakai semua perhiasan sebab pengalaman bersalin anak pertama yang lepas). Semua peralatan telah pun dipasang dekat perut saya, dan saya berbaring lagi menunggu bukaan yang sesuai untuk meneran. Aircond dalam labour room tu memang sangat sejuk, saya sampai menggigil. Terasa lama juga menunggu bukaan, ada nurse yang pergi makan tengah hari dekat luar labour room, ye la nurse pun manusia juga. Tapi memang sentiasa ada nurse yang menjaga dalam labour room tu (saya tak ada kena marah dalam labour room tu, nurse tengok ja, jadi kurang lah tekanan emosi). Cik Buyung tu pun ada masuk labour room tu sebab dia yang kemas labour room tu, dia cakap dekat saya “muka tu dah pucat, sebab tu saya tak suruh mengeram tadi”.

Jam 1.10 tengah hari, nurse tanya “Ada rasa nak meneran tak?”, saya cakap yang saya memang sentiasa nak meneran ja dari tadi. Nurse tu pun check bukaan, sekali nurse cakap dekat nurse yang lagi sorang “Dah besar ni, memang sesuai sangat untuk meneran, tapi kenapa tak terasa rambut baby”, lepastu nurse tanya saya “air ketuban belum pecah lagi kah? Tapi pagi tadi yang rekod dalam buku ni air apa yang keluar?”, saya cakap yang saya tak tau sebab memang basah habis katil pagi tadi. Nurse tanya lagi “Anak pertama dulu air ketuban pecah sendiri atau nurse pecahkan”, saya pun cakap “Dokter yang pecahkan”. Apa lagi nurse pun ambik satu alat untuk pecahkan air ketuban saya tu, “Saya tolong pecahkan air ketuban ni ye, saya rasa mungkin ada berlayer-layer, tu yang tak pecah habis”. Saya mampu angguk je. Saya tau memang tak akan rasa sakit pun time air ketuban dipecahkan.

Time nurse tu nak pecahkan air ketuban saya, (sebab memang dah 10 cm sangat kan) saya kumpulkan semua tenaga yang ada. Popppp pecah, saya terus teran sampai kepala baby pun nak terkeluar, nurse siap menjerit tengok kepala dah nak keluar sampaikan nurse yang kat luar tengah makan tadi berlari masuk labour room. Saya kumpul tenaga untuk kali kedua dan teran lagi, dua orang nurse tarik kaki kiri saya dan dua orang nurse lagi tarik kaki kanan saya seorang pula bersedia sambut baby. Nurse suruh saya meneran jangan bersuara.  Time meneran tu memang tak terasa nak terkepit kaki, tu yang nurse tolong tarik kaki, ada nurse tu cakap “liatnya kaki dia, badan ja kecik”, saya nak tergelak pun ada, haaa kau tak tau saya ni bekas pegawai kadet yang bertauliah, cuma tak lapor diri ja, sekali saya sepak belum tentu kau tu boleh bangun.  Waktu meneran kali ke dua tu, saya “curi” nafas sikit dan cepat, terus teran sekuat hati kali ketiga, kepala baby pun terkeluar. Lega rasanya, sakit contraction pun hilang terus. Lepas tu, nurse suruh teran untuk keluarkan badan baby, saya teran dua kali ja terus selesai. Huuuuuu lega rasanya.

Nurse lap-lap baby dan terus letak dekat dada saya dan tanya jantina apa, saya tengok dan jawab “Perempuan”. Wahhh ini lah baby girl mummy yang manja sangat tak nak keluar awal tu ye. Mata dia berkelip-kelip, diam je time mummy peluk.

Tak lama lepas tu, nurse pun ambik baby untuk dibersihkan, dan kedengaran suara baby nyaring betul, macam suara saya la tu hihihihihi. Saya pula bersedia untuk sesi menjahit. Yang jahit saya tu nurse muda. Selepas suntikan untuk kecutkan Rahim, Mula-mula dia keluarkan uri dan bersihkan darah beku. Saya suka nurse tu sebab dia akan bagitau saya semua step yang dia buat tu. Lepas tu dia spray ubat dan cakap yang dia dah nak start menjahit, saya tanya tak bius ke? Nurse cakap bius tu untuk yang kena gunting sahaja, tapi saya tadi kan dah kena spray ubat jadi tak la rasa sakit.

Sesi menjahit pun bermula, memang tak rasa sakit pun, cuma time nurse nak ketatkan jahitan tu dia tarik-tarik sikit dan ada jugalah terasa ditarik tapi tak sakit. Kemudian nurse cakap dia nak jahit dekat kulit, jadi nanti akan rasa sakit sedikit. Bagi saya rasa sakit tu saya masih boleh tahan. Lagipun saya tak ada masalah koyakan yang teruk, cuma jahit sikit ja. Itulah pentingnya bukaan perlu cukup dan meneran dengan betul, makan time mengandung pun kena pantang, senaman pun penting (Eleh dah lepas, sembang boleh lah, cuba time contraction tadi tu macam apa ja). Nurse ada sumbat kain pembalut luka yang bergulung tu dekat dalam tutttttt saya, nurse cakap nanti kencing je macam biasa, lepas beberapa jam ntah saya pun lupa baru keluarkan. Tarik je hujung kain yang dibiarkan terkeluar tu.

Dah selesai menjahit tu, Cik Gemuk suruh nurse biarkan ja, nanti dia bersihkan, tapi nurse muda tu baik, dia siap cakap tak apa nanti dia tolong kemas sama-sama. Saya pula diberi pilihan sama ada boleh berjalan ke katil atau tak, saya cakap tak boleh berjalan macam nak tumbang ja (saya rasa bergegar kepala lutut nak berjalan). Nurse suruh saya duduk dekat kerusi roda. Saya dah sampai dekat katil, tak lama lepas tu baby saya pun sampai.

Waktu makan tengah hari: Dah tau dah kan, terus pergi dekat Cik Gemuk tu bawa pingan sekali. Selepas makan saya pun cuci pinggan. Tak lama lepas tu, ada seorang dokter lelaki datang check ibu yang baru lepas bersalin.

Minum petang: Teringat dekat air yang saya minum sebelum bersalin tadi, rupanya nurse tolong saya simpan dalam rak, habis bersemut. Jadi saya bawa lah termos saya ke singki untuk cuci cawan saya tu (cawan tu sebenarnya penutup termos saya, nurse pula tutup termos guna cawan yang tak bercuci tu). Waktu saya tuang air termos tu tiba-tiba Cik Gemok menjerit dekat saya “XXXX kenapa kau buang air tu, kenapa tak letak dalam botol jadikan air minum? Tu kain tu kenapa ada darah? Tak tukar pad ke? Tak mandi ke?”. Opssstt saya tak perasan yang kain saya ada darah, pad bersalin biasalah tak selesa, salah sikit je terus darah melimpah.  saya senyum ja malas nak layan si Gemuk Gaut tu, dah tua dan malas dah nak berkerja. Sekali saya pusing nak ke katil saya ternampak papa saya tengah berdiri dekat sebelah katil saya dan menjeling ke arah meja nurse. Oooo papa jelling dekat Cik Gemuk tu yang tengah lepak dekat group nurse. Jadi tadi papa dengar lah Cik Gemuk tu menjerit dekat saya (kuat kot, satu wad boleh dengar sebab wad tu kecik je, ada dalam 13 katil ja rasanya). Saya cakap kat papa “Biarlah dia, kesian dah tua tapi terpaksa kerja, nanti umur masuk 60an tu pencen la tu, papa lain pencen umur muda, takkan sentap kot, sikit je tu releks aaa, kata selempang merah”. Papa terus tengok cucu baru dia, saya takut juga papa jerit balik kat Cik Gemuk tu, nanti sampai ke pagar guard boleh dengar suara semboyan dia, sedar tak sedar cucu sulung dia tu tengah berusaha nak angkat baby, nak bawa balik katanya. Mummy pun tak sabar nak balik rumah.

Habis sesi melawat, saya pun tinggal sendiri dengan baby. Rasanya dah tiba masa pertukaran shift kot sebab ada ramai nurse dekat wad tu, tiba-tiba saya nak tukar pad, jadi saya tarik tirai. Sebab pakai panties sekali (saya nak tukar pad yang bertali tu kepada pad yang saya beli dekat QQ Baby Shop, best pad dia, nanti saya review), lepas tu baru bawa masuk toilet untuk dicuci. Sebab takut pad terjatuh dekat toilet ka apa ka. Terus nurse jerit dekat saya, marah sebab saya tarik tirai tu siap cakap saya pengotor dan suruh saya pergi mandi. Saya abaikan ja, sebab dorang pun tidur malam tarik tirai, dah siap saya buka tirai dan terus bawa tuala pergi tandas. Dalam tandas tu, saya tak berani lama sangat takut baby nangis lagipun nurse tengah kecoh kat depan tu, Ye lah kan ada yang nak bercuti Raya. Saya lap-lap badan (saya tak mandi sebab pantang saya macam tu, kesan dia bukan sekarang, tapi tunggu dah tua nanti jadi macam Gemuk Gaut tu) gosok gigi semua. Okey dah segar.

Mmmmm nasib baik saya tak terlupa nak keluarkan kain pembalut luka yang nurse sumbat dalam tutttt saya tadi. Mula-mula saya tarik pelan-pelan kain tu, takut terbuka jahitan pula. Memang tak rasa sakit pun, dah habis tarik, saya tengok darah cuma dekat kain yang saya tarik mula-mula tadi ja, yang last tu tak ada darah. Maksudnya tak sampai separuh dari pembalut luka tu ada darah. Saya terus cuci dan buang.  

Sebelum nurse-nurse yang muda (macam budak praktikal pun ada) habis shirf, dorang dah tolong mandikan baby dan saya agak ada menyusukan baby juga. Sebab ada susu yang baby saya muntahkan sikit. Syukurlah baby ada juga menyusu. Sebab susu saya sikit sangat. Lupa beli ubat tambah susu kat klinik sebelum masuk wad bersalin. Nurse muda tu pun ada tanya pasal kain pembalut luka tu, saya cakap dah cuci dan buang (yelah nanti kalau tunjuk kena marah pula dekat nurse tua). Tapi Saya bagitau darah tak penuh dekat pembalut luka tu. Nurse muda cakap bagus, wahhh senangnya hati saya okey, boleh keluar hospital cepat.

Oh ya, kenapa saya masih kena bermalam dekat hospital padahal semua okey ja? Dulu anak sulung saya lahir dekat Hospital Kuching, tengah malam bersalin, pagi dah boleh keluar. Yang dekat hospital Saratok ni, dokter memang akan tahan satu malam selepas bersalin untuk pantau kesihatan ibu dan baby. Dan pesakit yang sebelah katil saya tu rupanya pekerja pejabat pos. Mak yang bagitau. Patutlah layanan special dari saya.

Baby saya? Dia memang suka menangis sebab berak.  Saya kira dah 6 kali saya tukar lampin baby sepanjang malam tu. Sampai nurse cakap saya membazir kain lampin. Lantaklah, saya nak pakaikan pampers dorang tak bagi, kena pakai kain lampin hospital. Lampin baby pula cuma diberi 2 helai sahaja kalau saya minta. Memang ada nurse tegur “Kenapa anak kamu ni menangis ja?” dan saya jawab “anak saya berak”

Dalam bilik khas untuk baby sakit kuning tu ada seorang pesakit, dengar kata dah lebih sebulan dia kat situ. Tapi masalahnya, start waktu Maghrib ja, dia on loud speaker ayat-ayat apa ntah, kuat gila sampai satu wad bersalin tu dengar. Sampai jam 10 atau jam 11 malam rasanya. Agak-agak la mak cik oii, ni hospital, bukan semua orang dalam wad tu Muslim. Memang betul kita kena saling menghormati agama lain, tapi pasang ja la untuk diri sendiri dengar je, tak payah sampai mengganggu satu wad tu. Saya rasa kalau mak cik mengaji sendiri perlahan sikit pun Tuhan dah dengar.

Memang saya tak tidur malam tu. Tak sabar menunggu hari siang. Sebelum subuh saya memang dah bangun. Semangat nak balik rumah, dokter kan cakap saya dah boleh balik selepas satu malam di hospital.

15 June 2018 : Hari tu adalah free time melawat sebab Hari Raya Pertama. Ramai yang pakai baju raya datang melawat ibu bersalin. Dah dokter check dan interview mengenai perancang keluarga semua (banyak sebenarnya tapi malas nak cerita), keadaan saya dan baby pun baik jadi boleh check out. Saya dah stanby semua barang baby atas katil. Saya pula terus pergi bilik air tukar pakaian. pesakit sebelah katil tu dipanggil masuk labour room semula sebab nak check jahitan. Time tu saya pun alamak dah tukar pakaian ni nak balik, tu la excited sangat nak balik, tapi nasib baik nurse tak check saya. Nurse cakap saya tak kena “gunting” dan jalan pun laju ja. Happy nya saya dengar.

Jam 9 pagi papa, mak & hero kecik pun sampai siap melompat lompat lagi. Mak terus bawa dokumen yang nurse bagi untuk bayar dekat kaunter. Dah selesai semua dalam jam 10 pagi, kami pun keluar wad sampai lalu dekat meja nurse. Time tu ada Cik Buyung dan dua orang nurse muda. Papa suruh saya cakap terima kasih. Saya pandang tepat dekat Cik Buyung dan cakap terima kasih dan pandang dekat dua nurse muda tu pun sama cakap terima kasih. Lepas tu saya pusing nak melangkah, tiba-tiba Cik Buyung tu cakap “XXXX jangan lupa susukan anak kamu tu”. Saya okey kan aja. Tak sabar nak balik.

Total bill hospital saya dalam RM35 macam tu. Okey lah kan saya ni pun bayar cukai pendapatan dan segala jenis cukai tau. Sepatutnya nurse pun kena berterima kasih dekat saya sebab saya & husband pembayar cukai yang setia. Dan cukai tu lah yang kerajaan guna bayar gaji dan elaun dan seangkatan kemudahan yang ada.

Adakah saya akan bersalin dekat hospital Saratok lagi? Jawapan saya ya, sebab itu lah satu-satunya hospital yang ada dan terdekat. Yang penting keluarga saya pun dekat dengan saya. Tetapi mungkin saya akan datang ke hospital tu lambat sikit lah. Tunggu dah memang tak tertahan dan contraction semakin kerap baru datang hospital.

********************************
Saya ada ceritakan pengalaman bersalin saya dekat kawan-kawan sekampung, dorang cakap nurse yang “kurang ajar” termasuk si Gemuk Gaut tu sebenarnya orang tempatan Saratok. Manakala nurse yang baik-baik tu majoriti orang luar Saratok.  

Sebab tu ramai ibu yang tunggu air ketuban pecah atau rasa sakit yang lebih kerap terasa barulah dorang datang ke Hospital Saratok. Hanya kerana taknak berdepan dengan nurse ja.

Yang peliknya, kenapa nak bekerja lagi kalau dah malas nak bekerja. Sampai nak berjalan pun tak larat. Alasan sebab tunggu umur nak pencen (suatu hari nanti kalau pencen untuk kakitangan hospital dimansuhkan, mungkin tak ada lah yang guna alasan macam tu) Sepatutnya mereka tu bekerja dengan lebih baik dan ikhlas sebab bekerja di kampung halaman sendiri. Kalau macam tu, lebih bagus dorang tu dihantar bertugas dekat luar kawasan kampung halaman. Tak pun bertukar tempat bekerja setiap 5 tahun.

**p/s: Tak ada gambar ye, sebab kat hospital tak ada mood bergambar.Lagipun memang tak dilalang bergambar.


********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

SHARE 8 comments

Add your comment

  1. hye sis..kmk dh baca semua kisah saat ktk nk melhirkan.dan ya kmk pn slh satu juak wrga saratok dan kinek tgh follow up check kt speta saratok.kmk pn tgh pregnant 33 weeks kinek.kmk baca segala yg ktk tulis wahh dugaan brsalin di speta saratok.kmk last week pnh msuk skjp kt war maternity saratok dr A&E sb acute asthma.msuk ward ya pn cuma utk cek scan bby sblm di transfer ke Sarikei tkt jd pa2 kt baby.xsmpey berjam pn dlm ya dan kmk nangga ng bena geng2 nurse sia xmesra alam dan suka nk nganok2 xtentu psl.sb kta tok sakit dan prlu perawatan dr cdak kmk tpksa diamkn dan layankn jk kata2 cdak dan muka yg moody jk nangga kta.spt ktk kmk pn bru followed up kt ctok dan bkn org saratok pn.oleh kerana ekot husb bkerja dan mok xmok Speta Saratok piliham terakhir hosptl yg bdekatan untuk bersalin anak ke-3 tok kelak..kmk hrp agar xjmpa geng2 misi dan seangkatan dengannya klk.btw thnk u sis terhibur kmk baca kisah bersalin ktk.dan ktk jnis msih bersabar dan xmelawan dgn olah2 geng misi dan sewaktu dengannya..kmk baca pn dh geram..thnk u sis enjoy your blogger reading👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you sebab singgah blog diari kmk. cerita tok sekadar diari kmk. Semoga ank kmk baca mun nya dah besa klak. Pikir positif jak berdasarkan visi & misi kejururawatan, sebab sik smua nurse cam ya. sidak ya kja 24 jam seminggu, lelah kalik. Tapi rezeki dihalalkan sik dihalalkan nya Tuhan jak mpun kerja.

      Padam
    2. Pgalaman bsalin anak kedua?? Any story??? Blh buat lagi topik mnarik utk kelahiran anak kedua ya... ��

      Padam
    3. Hi madam yana...gunalah saluran yg betul jika mmpunyai sebarang masalah... Terima kasih... ��

      Padam
  2. Tak sakit ya kalau nurse yang pecahkan air ketuban? Saya sakit hari tu.. kenapa ya...
    apa2 pun sangat menarik kisah sis...

    hmmm Oh, kalau nak tau pengalaman bersalin saya yang sangattttt memalukan, check page ni ya. saya ada share:

    https://maksotong.com/blog-pengalaman-bersalin/

    atau tekan nama saya.

    huhuhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak sakit sebab pecah baby terus keluar. yang sakit tu bila dah pecah tapi baby belum sedia nak keluar & kena tunggu lagi. huhuhuhuhu anak sulung dulu macam tu lah.

      Padam
  3. Kena guna saluran yg betul... Tak semua misi2 macam tu...jgn sesekali tutup periuk nasi org... ☺ awk buat macam ni.. X baik tau... Awk patut bsyukur... Anak awk lahir selamat..dan awk selamat dr sebarang komplikasi... Semoga tuhan merahmati kamu ya dik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas nasihat anda di diari saya, dan boleh je pergi blog lain, saya pun ada nampak ramai blogger ada pengalaman pahit manis bersalin juga. Cik / En nak saya buat aduat dekat web SisPAA.??? lepas tu staff tu diambil tindakan? macam tu?
      Kalau nak orang jaga periuk nasi untuk menyara kluarga kita, sepatutnya kita jaga kita dulu. Saya selamat melahirkan sbab hospital tu tak terima kes yang bukan kelahiran normal atau kencing manis atau darah tinggi atau kelahiran kembar. Ibu yang ada masalah kesihatan atau berisiko akan dihantar ke horpital lain yang selayaknya untuk mereka bersalin.

      Padam

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS