Biasanya semua label akan berada di ruang sebelah kiri, iaitu bersama dengan label “Inbox” seperti yang ditunjukan dalam gambar 1 dibawah. Namun sekiranya anda baru mencipta gmail baru dan tidak pernah mengubah “setting” atau tetapan pada label gmail anda, kemungkinan besar, ada beberapa label yang anda tidak akan jumpa di bahagian kiri gmail anda. Seperti Label "Important", "Chat", "All Mail", "Spam", dan "Trash"

gambar 1

Untuk memunculkan atau menyembunyikan label pada gmail anda, sila ikuti tutorial ini. Jangan risau kerana gambar turut disediakan bersama.

Mula-mula sila klik dekat “setting” yang terletak disebelah kanan bahagian atas gmail anda. Kemudian klik lagi pada perkataan “setting”. Kalau tak faham, sila rujuk pada gambar 2 di bawah.

gambar 2

Seterusnya, sila rujuk pada gambar 3 dibawah. Terlebih dahulu anda perlu klik dekat “Labels” seperti yang saya tunjuk dekat bahagian “a” dalam gambar 3. Kemudian anda akan jumpa senarai kesemua label dan boleh pilih label mana yang anda nak “show” atau “hide” (rujuk gambar 3 bahagian “b”)

gambar 3

Kesemua label yang anda klik “show” akan muncul dekat sebelah kiri gmail anda (rujuk gambar 3 bahagian “c”)

**************************
Sekian sahaja saya Tutorial Emel kali ini. Selamat mencuba.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

SHARE 1 comment

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS