APA ITU FAIL MEJA (FM)

in , , by Chris_Sella, April 12, 2019

Fail meja biasanya akan disediakan atau digunakan oleh penjawat awam. Fail meja adalah dokumen rujukan untuk sesuatu jawatan di peringkat individu. Juga boleh diertikan sebagai “manual” untuk sesuatu jawatan di peringkat individu. Mengandungi panduan dan maklumat yang terperinci mengenai tugas harian yang dijalankan oleh seseorang individu untuk jawatan yang disandang.

Dengan adanya fail meja ini, individu sesuatu jawatan akan dapat menjalankan tugas dengan sempurna serta mengelakkan kelewatan dalam menyelesaikan sesuatu kerja

Perkara-perkara yang terkandung dalam fail meja
1)    Objektif jabatan / pejabat
2)    Objektif bahagian / unit
3)    Carta organisasi jabatan / pejabat
4)    Carta organisasi kedudukan pegawai
5)    Senarai tugas / kuasa / hubungan kakitangan
6)    Peraturan-peraturan pentadbiran
7)    Proses kerja
8)    Carta aliran kerja
9)    Senarai semak / Checklist
10) Senarai borang yang digunakan
11) Senarai undang-undang dan peraturan
12) Senarai jawatankuasa yang dianggotai
13) Norma kerja
14) Senarai tugas harian

********************
Sekian coretan saya pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

SHARE 1 comment

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS