Mary Kay Lumivie ini sebenar khas untuk mereka yang ingin mencerahkan kulit wajah dan memudarkan jeragat (Baca betul-betul MEMUDARKAN bukan menghilangkan jeragat ye). Yang wowwww nya Lumivie ni dikilangkan di Korea. Siapa yang berminat dengan glass skin bak artis korea tu, bolehlah guna Lumivie ni.


Namun, kenapa selepas pakai 1 set Lumivie ni, kulit jadi kering dan ada yang tumbuh jerawat??? Haaaahhhh takut tak. Cuba tengok balik anda beli dekat mana dan dengan siapa produk Lumivie Mary Kay tu. Kalau dengan Beauty Consultant Mary Kay, anda boleh cari balik Beauty Consultant korang tu untuk penerangan lebih lanjut atau tukar dengan produk lain. Boleh tukar ke??? Boleh saja sebab kita ada product warranty (nanti saya cerita mengenai warranty tu okey). TETAPI kalau anda beli dekat Shopee atau Lazada, saya tak pasti anda boleh tukar atau tak lah.


Berbalik kepada cerita asal kita, cehhhhhh hihihihi. Kenapa kulit wajah menjadi kering dan kadang-kadang sampai mengelupas. Paling teruk tumbuh jerawat???


1) SALAHKAN PENCUCI WAJAH.
Amboi tajuk kecil tu macam nak cari gaduh. Disini, bagi anda yang tak tahu tekstur pencuci wajah Lumivie ni macam mana kan. saya nak bagi tahu lah yang pencuci wajah dia jenis yang berkrim dan berbuih. Bagi mereka yang berkulit kering, tolonglah kurangkan untuk guna pencuci yang berbuih atau terlalu berbuih. Bukan setakat itu sahaja, anda yang berkulit kering tidak boleh guna pencuci wajah yang berbentuk gel. 


Disebabkan kulit wajah kita dah kering, ia akan menaktifkan kelenjar minyak pada kulit wajah sehingga tumbuhnya jerawat. Korang rasa kalau anda yang memang sedia ada jerawat merah tu guna pencuci jenis mengeringkan wajah, bayangkan jerawat anda akan menjadi semakin aktif berjemaah dekat muka tu.


Haaaaaaaa dah tau kan sebabnya, masih nak guna guna pencuci Lumivie ni? Boleh saja tetapi kurangkan kuantiti pencuci wajah Lumivie tu, picit pencuci tu 0.5cm sahaja dah cukup untuk seluruh wajah anda, jimat (ehhh betul lah, anda boleh guna 4 bulan dan keatas). Sebab itu pentingnya ada Beauty Consultant untuk terangkan cara penggunaan produk Lumivie ni.


Dah cuci wajah tu, cepat-cepatlah guna pelembab atau juga dikenali moisturizer atau hydrate. Jangan tunggu dah setengah jam baru sibuk nak guna toner lah pelembab lah, serum lah. Pori-pori masih segar dan persih selepas mencuci wajah, jadi teruslah guna skincare yang seterusnya. 


2) TAK SESUAI GUNA PELAMBAB LUMIVIE
Kita kena faham bahawa kulit semua orang adalah tidak sama dan kesan pelembab Lumivie ini juga berbeza untuk setiap orang. Macam mana nak tahu sesuai atau tak??? 
>>> Rasa pedih dan terbakar
>>> Rasa gatal-gatal dan kulit wajah "tertarik"
>>> Breakout (kena tahu beza Breakout dengan Purging
>>> Munculnya Milia
Kalau setakat sekali dua kali guna ada rasa macam keadaan diatas itu adalah biasa. Tetapi kalau dah 10 kali guna pun ada rasa teruk macam tu, please stop.


Perlu diingatkan bahawa Pelembab Lumivie ini mengandungi bahan ascorbyl glucoside iaitu ada sedikit kandungan vitamin C didalam produk ini. Haaaa jerawat sangat sensitif dengan vitamin C ye. Kalau anda rasa jerawat tu sekejap ada sekejap tak ada, anda gunalah vitamin C semasa jerawat tu tak timbul.


3) TAK SESUAI GUNA ESSENCE WATER ATAU SERUM
Seperti yang diterangkan atau panduan yang kita baca essence water lumivie memberi kelembabpan yang cukup kepada kulit wajah, namun begitu masih ada yang akan rasa pedih bila guna essence water tersebut, jadi itu tandanya anda tidak sesuai menggunakan essence water Lumivie. Apa yang perlu anda buat??? Cuba bagitahu dekat beauty consultant anda tentang masalah anda dan minta tukar kepada Timewise Softener atau Botanical Effect Freshen. (Boleh tukar kalau tak sesuai tetapi kalau dah tamat warranty tu tak boleh lah tukar


Saya ada kawan yang tak boleh guna serum Lumivie, dia rasa terbakar kat kulit wajah dia. Maksudnya kalau anda dah tau yang anda tak sesuai menggunakan serum Lumivie, please lah jangan nak try try testing gatal nak cuba sheet mask Lumivie pula ye. Kenapa??? Sebab sekeping sheet mask Lumivie bersamaan sebotol serum lumivie (30ml). Haaaahhhh kalau dah setitik serum pun rasa terbakar, macam mana pula nak guna sekali gus sebotol tu. 


Ada juga yang guna serum Lumivie ni, jeragat semakin terang. Untuk permulaan nak memudarkan jeragat, anda hanya perlu sapukan serum Lumivie pada bahagian jeragat sahaja. Sampailah jeragat anda tu ada nampak perubahan atau pudar-pudar, barulah anda sapu ke seluruh wajah. Kenapa??? Bila anda terus sapu ke seluruh wajah, kulit yang sememangnya tak ada jeragat tu akan jadi lebih cerah dan menyebabkan jeragat anda nampak semakin gelap disebabkan kontra dengan kulit cerah anda tu. 


4) PASTIKAN ANDA GUNA SUNSCREEN
Kita guna produk untuk mencerahkan kulit wajah, tetapi kulit wajah masih kusam. Sila check balik rutin atau cara penggunaan skincare anda. Adakah anda ada buat exfoliate  untuk buang sel kulit mati setiap minggu??? Adakah anda pergi kerja di luar rumah tanpa menggunakan sunscreen??? 


Sekarang dah terjawab sedikit tanda tanya mengapa muka naik jerawat atau kusam kan. Haaaaahhhh sebab itulah anda perlu ada Beauty Consultant untuk anda tanya bila anda ada masalah dengan produk tu. Saya pasti Beauty Consultant anda akan mencadangkan untuk menyelesaikan masalah jerawat terlebih dahulu sebelum menggunakan produk mencerahkan kuli wajah.


Apa-apa pun set Lumivie ni memang terbaik untuk mereka yang sesuai menggunakannya, sebab kulit anda boleh menjadi glass skin, parut jerawat  dan jeragat pun boleh pudar, kulit wajah menjadi semakin cerah dan sekata. Nanti saya cerita tentang bahan-bahan yang ada dalam Lumivie ni ye.


Hubungi saya melalui link ini:https://linktr.ee/Chrissella


****************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

 


SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS