TERIMA PANGGILAN DARIPADA SCAMMER

by Chris_Sella, Januari 10, 2020

Baru masuk 8 hari tahun 2020 terus dapat panggilan daripada Jabatan kerajaan. Ingatkan panggil masuk kerja. Rupanya nak minta duit saya kot.

Pada 7 January 2020 saya ada transfer duit kat papa untuk renew lesen dan sewa kedai sekali. Pada 8 January 2020, pula saya transfer duit dekat saya punya Beauty Consultant produk Mary Kay.

Setelah selesai transfer duit Mary Kay tu, rasanya belum sampai 3 minit macam tu, tiba-tiba ada panggilan masuk. Tak tengok siapa yang call terus jawab. Mula-mula operator yang bercakap “Anda mempunyai 1 pesanan …… sila tekan 0 untuk berhubung dengan ….”, Tak syak apa lagi, dah tekan 0 tapi senyap je tiba-tiba ada seorang lelaki Cina yang bercakap.

Scammer: “Ye cik ada apa”
Saya:”Saya ada terima panggilan daripada encik tapi operator yang bercakap suruh tekan 0”
Scammer:”minta no IC”
Saya:”xxxxxxxxxxx”
Scammer:”Cik xxxxxx (nama penuh)” (tak sampai 10 saat dah dapat nama penuh)
Saya:”Ye saya
Scammer:”Anda didapati…… tidak membayar cukai… atas kompeni cik. Warisan Research PLT, dari Terengganu”

Saya kat Office dan depan komputer, terus je taip nama kompeni tu, sekali tengok google. Mmmmm sahhhh la orang ni nak bodohkan saya, kompeni tu berkaitan dengan kes 1MDB.

Saya:”ooo saya tak ada kompeni”
Scammer:”Kalau cik tak ada kompeni macam mana boleh ada rekod import? Ni semua dari LHDN dan cik gagal bayar cukai pendapatan, Cik kerja apa? Gaji berapa?” (Tadi cukai import sekarang cukai pendapatan pula, macam la LHDN tu tak ada rekod saya)
Saya:” okey terima kasih nanti saya pergi LHDN sebab say sibuk ni”
Scammer:”Kes ini telah diserahkan kepada pihak Jabatan SPRM jadi phak LHDN dah tidak ada urusan dengan cik.”
Saya:”Okey, thank you.”
Scammer:”Cik mesti datang ke SPRM Putrajaya sekarang, kalau tidak cik akan disenarai sebagai muflis, cik tau apa itu muflis, muflis itu bankrupt…. Menurut akta…..” (akta pun pun macam tak betul, sebab saya google semua yang dia cakap)
Saya:”Okey la encik, macam ni lah nanti saya akan pergi ke SPRM Putrajaya, saya akan cari pegawai di sana”
Scammer:”Cik perlu cari saya, Steven Ngui sebelum jam 4, cik sekarang di mana”
Saya:”Saya di Cybersouth sahaja”

Saya terus off dan baru perasan nombor telefon yang diguna tu adalah nombor Maxis dan bukannya nombor pejabat. Saya tau sebab saya ada App “Whose call”, cuma tak ada nama lagi, mungkin sebab nombor baru beli kot. Yelah scammer memang selalu tukar nombor baru. Ingat senang ka nak menubuhkan sesebuah syarikat besar. Biasa kalau komputer atau sistem robot yang buat panggilan saya terus letak ja, malas nak layan. Kecuali manusia ja saya layan. Jadi lain kali terus letak ja, tak payah layan. Lagipun, saya memang akan jawab semua panggilan, mana tau saya menang peraduan besar ke, tak pun client yang nak order barang Mary Kay ke. 

Peringatan untuk diri sendiri dan pada yang membaca. Scammer boleh menjadi sesiapa sahaja, dan mereka memang ada nama kita IC kita, serta nombor telefon kita, tetapi sila tanya pada keluarga atau rakan-rakan sebelum bertindak. Lagipun pihak kementerian atau jabatan bukan nya banyak masa sangat nak buat panggilan kepada semua orang. Kebiasaanya seseorang akan menerima surat atau email sahaja. Contoh nya, bila ada saman tertunggak, rasa-rasanya pihak JPJ dan seangkatan dengannya akan call kita dan bagi tau tak? setakat ni saya rasa belum pernah lagi la dapat panggilan macam tu. Waktu nak renew road tax & insurans kereta tiba-tiba terkejut ada saman tertunggak. Sama juga dengan peminjam tegar PTPTN. dah 10 tahun tak bayar, tak ada SPRM atau PDRM atau Mahkamah nak call, paling teruk pun anda akan dapat surat "cinta" dari mahkamah. itu pun disuruh hadir ke mahkamah yang terdekat, bukan mesti ke Putrajaya. Tak hadir ke mahkamah??? Tak ada juga mahkamah call, cuma nama terus disenaraikan CCRIS je (ni semua loan pun susah lah, jadi sila bayar PTPTN anda okey. Pandai pinjam, pandai lah bayar).  

Kecuali terdapat kes-kes tertentu memang pihak jabatan atau bank akan membuat panggilan kepada anda dan menggunakan nombor telefon pejabat yang mungkin anda boleh cari di google. Contohnya, pihak bank call cakap "Cik transaction anda harini sebanyak RMXXXX,  dan ada yang dibatalkan......  Pihak kami nak pastikan penggunaan akaun Cik adalah dari Cik atau pihak ketiga...." (lebih kurang macam tu lah, untuk keselamatan pengguna bankTetapi sila jangan bertindak secara terburu-buru seandainya mendapat panggilan yang meragukan, putuskan sahaja talian anda dengan scammer tu, tak payah cakap banyak, biar dia cakap sorang-sorang..



********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

SHARE 1 comment

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS