Mask dia ada 2 keping macam dalam gambar ni.

Di pasaran selama ni memang banyak mask yang jenis 2 in 1, 3 in 1, 7 in 1, dan banyak lagi in 1. Tetapi sekarang mungkin trend baru kot, dengan menggunakan 2 keping mask. Pertama tu macam untuk membersihkan muka dan kepingan ke 2 tu untuk penyerapan ke dalam kulit wajah.

Kali ni saya nak buat review tentang mask OMG! 2 in 1 Detox Bubbling Microfiber Mask dari Double Dare.  Seperti yang saya tunjuk dalam gambar, OMG! 2 in 1 Detox Bubbling Microfiber Mask ada 2 keping mask.

Mask Step 1

Baca arahan terlebih dahulu

Mask yang pertama dikenali sebagai Detox Bubbling Mask yang berfungsi sebagai membersihkan dan mendetox wajah anda. Cuma guna dalam 1 hingga 3 minit sahaja. Sesuai dengan namanya Bubbling (Berbuih) Mask, nanti anda akan rasa ada buih-buih kat muka semasa menggunakan mask tersebut. Setelah selesai berBubbling ni, sila lah bilas segala buih yang ada dekat wajah dan bersedia untuk sesi Mask yang kedua. Semakin lama anda pakai semakin banyaklah buih yang akan terhasil. Memang terasa macam baru lepas mencuci muka je. Tetapi jangan pakai terlalu lama sebab risau kulit wajah anda akan menjadi kering dan pedih. Saya dah buat jadi tau dah rasanya, yelah seronok tengok buih nya semakin banyak hahahahaha. Degil taknak ikut arahan.

Ni tunggu lebih minit, tu yang banyak buih

Haaahhhh seronok pula

Mask yang kedua dikenali sebagai Microfiber Mask pula akan memberi penyerapan nutrisi, Collagen dan Stem cell tumbuhan semula jadi supaya kulit akan lebih sihat, muda dan bersinar. Guna mask yang kedua ni seperti mask yang biasa tu selama 15 minit sehingga 20 minit. Kemudian setelah selesai menggunakan mask yang kedua, urut wajah dengan lembut.

Mask yang kedua

Sama juga kena baca arahan dulu

Rupa mask kedua tu macam ni.

Dah siap…..
Secara keseluruhannya saya berpuas hati, cuma saya lebih suka mencuci muka dengan pencuci muka sendiri berbanding menggunakan mask pertama yang hanya biarkan ia berbuih selama seminit sahaja. Rasa macam tak cukup bersih pula. Mungkin saya patut cuci muka seperti biasa sebelum menggunakan mask yang pertama tu. Untuk mask yang kedua pula, saya boleh rasa muka menjadi lebih lembab dan cerah sedikit.  

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS