Pada Hujung bulan September 2019, saya secara tak sengaja dan tanpa dirancang telah pun berada di Cempaka Beach Resort, Kuantan. Ceritanya bermula pada pagi hari Sabtu sebelum subuh, ada orang tu kejutkan saya suruh teman pergi outstation, urgent katanya. Dengan pantasnya saya bersiap dan berkemas sebab sejam lagi dah nak bertolak.

Perjalanan dari KL ke Kuantan mengambil masa dua jam lebih kalau tak silap. Dalam kereta saya sambung tidur, hahahahaha. Ada juga singgah sekejap dekat R&R (lupa nama tempat tu).

Buka je pintu terus boleh nampak kolam renang

Cempaka Beach Resort ni betul-betul berhadapan dengan pantai. Waktu kami sampai, terdapat sekelompok kambing tengah lalu di hadapan resort yang kami nak bermalam tu. Rehat sekejap dalam bilik.

Agak-agak dah petang dan tak panas, kami terus pergi berjalan-jalan di tepi pantai, ala tak jauh pun, cuma seberang jalan je dari resort. Wahhh, bersih betul pantai dekat sini. Ada yang mandi air pantai, ada yang main pasir. Angin pantai pun sangat kuat, memang cantik untuk berselfie.

Air baru nak pasang

Dah siap mandi air pantai, kami terus pergi semula ke resort dan bilas badan dekat pili air yang memang dah disediakan di tepi kolam. Ye, Cempaka Beach Resort ni ada 3 kolam renang tau. 2 kolam yang berbumbung khas untuk kanak-kanak, tengah hari pun boleh mandi kolam sebab ada bumbung khas disediakan. 1 lagi kolam yang tak berbumbung untuk golongan yang lebih dewasa.

2 Kolam untuk kanak-kanak, dan 1 kolam untuk yang dewasa.

Mula-mula kami pun ada rasa bersalah sebab tepi kolam jadi berpasir, yelah balik dari mandi pantai terus mandi dekat kolam pula. Tetapi pemilik resort tu senyum je cakap tak apa sebab mereka memang selalu akan cuci kolam tu pada waktu pagi. Takut juga mula-mula bayangkan muka pemilik tu akan jadi macam Hulk dalam cerita Marvel tu. Memang sangat selesa menginap dekat Cempaka Beach Resort, pemiliknya sangat peramah.

Menu kami malam tu adalah masakan seafood di restoran yang berdekatan. Dah duduk dekat tepi pantai memanglah banyak seafood, besar-besar pula tu. Semasa kami nak keluar makan malam tu, pemilik resort ada pesan yang pagar resort akan ditutup dalam pukul 11 malam sebab risau sekelompok lembu akan masuk ke kawasan resort tersebut. Tapi jangan risau sebab pagar tu tak dikunci pun, kalau balik lebih dari pukul 11 malam, boleh tarik sendiri je pagar tu dan kemudian tutup balik.

Dah malam baru teringat nak ambik gambar bilik penginapan kami, dalam 1 bilik tu saya kongsi bertiga. sebab ada 2 katil luas. Sila lah tengok gambar bilik yang saya sempat ambil tu. Ni kira bilik keluarga.

Ada dua katil size Queen, Ion & Ion boat ada dalam almari tu.

Bilik Air

View bilik kami betul-betul menghadap pantai, boleh nampak kambing atau lembu lalu.

Suasana pagi dipenuhi dengan bunyi ombak pantai, bunyi kambing, lembu dan segala macam ternakan dekat kawasan tu lah. Setelah check out, kami singgah sebentar di Pasar Nelayan Kepadang Kuantan. Semasa kami sampai tu memang dah tinggal sedikit je hasil laut, yelah dah tengah hari kan. Menurut kakak yang jadi pemandu arah kami, biasa dalam pukul 7 pagi atau pukul 8 pagi bot nelayan baru sampai dekat jeti, memang semua hasil laut segar bugar. Udang pun masih melompat-lompat lagi. Tapi kami tak beli apa-apa pun dekat pasar nelayan, sebab tak ada bekas, risau sampai KL ikan, sotong semua dah busuk.

Pasar Nelayan Kepadang, Kuantan Pahang

Sekian sahaja cerita mengenai percutian saya yang tak dirancang kali ini. Tak dapat snap banyak gambar, sebab betri handphone dah nak habis, charger lupa, power bank tinggal. Mmmmm kelam kabut bersiap jadi macam tu lah. Memang seronok berada di 
Cempaka Beach Resort.

<Facebook: Cempaka Beach Resort >

********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

SHARE 2 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS