Saya memenangi tiket Skytropolis ni dekat contest facebook. Pada 10
March 2019 awal-awal pagi lagi dah gerak ke Genting sebab taknak bersesak nak naik
gondola.
Tiket yang saya dapat tu macam ni. |
Harga gendola RM16 untuk return |
Mula-mula tu pusing-pusing tengok apa yang special dekat brand
outlet. Banyak juga sale time tu. Tak panas
sangat sebab awal lagi dan baru je lepas hujan.
Singgah jap kat pakcik ni |
Destinasi pertama yang saya pergi terlebih dahulu ialah Genting Bowl. Best juga main bowling dekat sini sebab tak sesak sangat. Pergi ke kaunter untuk dapatkan cop dan sewa kasut. Macam tempat bowling lain, kat sini pun kena sewa kasut bowling juga. Cuma main 1 game je sebab tiket tu untuk 1 pusingan sahaja. Okey la tu, 1 round pun banyak juga.
Welcome to Genting Bowl |
Kita tukar kasut dulu. |
Destinasi kedua ialah Senikome Peng Heng. Lokasi Senikome ni
betul-betul dekat bawah Genting Bowl. Turun 1 tingkat je guna lif. Senikome ni
rupanya adalah mini muzium negeri Pahang. Tak lah besar mana pun, nama pun mini
muzium kan. Tapi banyak juga benda yang berkaitan dengan negeri Pahang boleh
dilihat disini.
Gambar sebagai kenangan |
Alat muzik tradisional. |
Wau |
Congkak |
Mesin tenun |
Wayang kulit |
Panggung wayang kulit |
Destinasi terakhir iaitu Skytropolis Indoor Theme Park. Dari lokasi
Senikome tadi, gunakan lif turun sampai ke level bawah sekali. Haaaahhh dah
sampai, ramai juga orang pada hujung minggu macam ni. Rupanya dah start summer
holiday ye, tu yang ramai orang luar datang ke sini. Nak main pun kena beratur
lama-lama. Mmmmm malas nak menaip panjang-panjang, boleh terus lihat gambar
yang saya sediakan kat bawah.
Pintu gerbang Skytropolis |
Harga Tiket mengikut package |
Harga Tiket |
Tak main pun kesemua permainan tu, sebab terlalu ramai orang dan rasa malas nak beratur panjang-panjang. Tempat dia memang sangat cantik. Turun dari Genting tu dalam pukul 3 petang, jalan pun jem juga sebab hujan kot. Hari minggu yang memenatkan,tapi seronok dapat jalan-jalan.
********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
menarik nyaaa
BalasPadamcantik tempat dia
Padam