Pada 13 July 2019, setelah selesai
ceramah yang dianjurkan oleh Shine Enhancing Your Health, saya terus singgah di Mid Valley untuk menebus
voucher di The Lingerie Shop.
Kemudian saya ternampak ada event sedang dijalankan di Mid Valley. Apa lagi
saya pun singgahlah kat tapak event tu. Kamera FUJIFILM inilah yang saya idamkan time kecil dulu, sampai berangan tau. Yelah canggih tu time zaman kegemilangan KODAK dulu, snap je terus keluar gambar dari kamera tu, tak payah susah-susah beli KODAK, lepastu cuci kat kedai gambar. Tapi sekarang minat dekat kamera jenis macam ni dah kurang la. Manatau ada rezeki boleh beli Nikon. hihihihihihi.
![]() |
Dari jauh dah boleh nampak dah pentas ni |
![]() |
Yang paling menarik perhatian saya adalah dekorasi van ni, Cantikkk |
Cantiknya hiasan dekat pameran
FUJIFILM tu. Ramai yang datang berselfie untuk contest yang dianjurkan. Dah
siap selfie, peserta diminta untuk download Apps “instax-SHARE PARTY” dan
upload gambar selfie tadi dekat Apps “instax-SHARE PARTY” untuk mendapatkan
frame yang comel pada gambar peserta. Lepas tu Peserta boleh terus print gambar
tersebut menggunakan mini printer, kemudian post gambar tersebut dekat FB atau
IG dan hashtag #myinstaxparty2u.
![]() |
Ini adalah antara gambar yang dah di Print. Siap ada frame Apps instax |
Selain itu, FUJIFILM juga ada
menganjurkan workshop bagi peserta yang telah mendaftar melalui facebook
sahaja.
![]() |
Cuma peserta yang telah berdaftar untuk join workshop sahaja |
Kamera terbaru dari FUJIFILM dah ada screen
LED, siap boleh ambil video pendek dan boleh masukan memory card serta USB
cable. Terdapat juga pelbagai bentuk kamera animasi seperti Mickey Mouse dan
Bananana. Harga pun boleh tahan dengan kecomelannya. Hihihihihihi.
![]() |
Antara koleksi kamera FUJIFILM |
![]() |
Koleksi lama sampailah yang terkini |
![]() |
Ini antara koleksi yang terkini, Siap ada LED screen lagi |
![]() |
Ingatkan nak naik dekat van tu, tapi ramai orang la pula malas nak menunggu, selfie je dekat luar Van |
![]() |
Kamera yang atas tu la yang saya selalu berangan time kecik dulu |
Dah siap pusing-pusing dekat event
FUJIFILM ni, saya pun meneruskan perjalanan nak balik rumah, tetapi malangnya
sepanjang perjalan dalam Mid Valley, terserempak pula dengan booth Shinzens. Jadi, singgah lagi la.
********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella