![]() |
Wahhh bestkan, kotak je pun dah rasa eksklusif |
Setelah sekian lama menyepi disebabkan cuti bersalin tambah berpantang lagi, memang tak terfikir pasal blog-blog, biznes-biznes semua. Posting pertama untuk blog selepas lama bercuti adalah nak buat review tentang AIR BREAST PUMP.
Beli sebab memang nak baby minum susu ibu je,
walaupun susu tu tersangatlah kurang. Kedua sebab tertarik dengan iklan kat FB
tu. Mana taknya Motor dicantum sekali dekat pump dan bentuknya pun macam best
je. Nak beli 2 set (RM500) tapi takut tak sesuai pula, rugi nanti. Jadi saya beli 1 set (RM299) dulu lah untuk try test cuba.
![]() |
Beli je memang dapat saiz 27. saya beli asing saiz 24 |
![]() |
Dapat free alat ganti ni sekali |
Betul ke AIR BREAST PUMP SuperMama Lab ni tak kuat berbunyi??? Sebelum beli, saya pun ingatkan tak ada bunyi langsung. Rupanya kalau di tempat kerja, kawan yang duduk jarak 4 meter pun boleh dengar bunyi moto pum tu (betapa senyapnya tempat kerja saya kan, hihihihihi). Setiap kali saya guna breast pum memang kawan semua tau. TETAPI kalau pasal getaran moto tu, memang betul tak ada getaran langsung.
Lupa nak bagitau, setiap bahagian AIR BREAST PUMP SuperMama Lab ada dijual secara berasingan tau. Jadi setiap 3 hingga 4 bulan bolehlah tukar ye. Terus beli dekat website SuperMama Lab je.
********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella