![]() |
Sumber: Gambar Google Image |
Nak bagi tau awal-awal, kalini cerita sangat panjang ya. Dah lebih setahun cerita ni, baru ada mood nak taip. Dan memang
saya tak sempat ambil gambar langsung sebab handphone ada masalah cepat habis
betri (minta beli baru la tu). Dari
awal pregnant lagi memang dah rancang nak bersalin di kampung. Memang dah
bagitau nurse KKIA tempat saya check up di KL yang saya nak bersalin di kampung.
Nurse siap cakap lagi “Tak lepas naik flight ni puan sebab kandungan dah nak
masuk 8 bulan”. Tapi saya cakaplah kat nurse “saya nak cuba dulu, kalau tak
lepas juga, saya bersalin kat HKL je lah”. Dokter memang tak bagi surat
kebenaran ka surat apa semua sebab memang dalam TAC flight ibu mengandung lebih
7 bulan tak boleh naik flight.
Tapi saya terlepas secara tak sengaja masuk flight. Hihhihihihihi.
Sampai ja airport Sibu, mmmmm rasa lega yang teramat sangat. Sebelum ni memang
dah diet, jaga kesihatan betul-betul, senaman ibu bersalin dan saya banyak
belajar dari kawan yang ikut kelas khas untuk ibu mengandung sebab dia akan
bersalin dekat hospital swasta, kiranya pakej la tu (saya ni sebenarnya malas nak join kelas. Huhuhuhuhu), jadi tu yang tak
ada masalah untuk saya naik fight (jangan
tiru tau, bahaya, saya pun takut sebenarnya)
Due date sebenar saya ialah 19 June 2019. Tapi baby pilih sehari
sebelum Raya 14 June 2019. Nasib baik lah sempat Berhari Gawai, kalau tak, mmm
kecohlah rumah panjang. Disebabkan kampung saya tu cuma ada klinik desa sahaja,
jadi ibu-ibu yang nak bersalin akan pergi ke pekan sebab hospital yang terdekat
adalah di Hospital Saratok (tapi boleh
tahan jugalah jauhnya, nama pun pendalaman kan).
12 June 2018: saya ada check up dekat KKIA Saratok, nurse
cakap air kencing saya dah start kotor, bila-bila masa boleh bersalin ni. Lepas
tu nurse terangkan tanda-tanda nak bersalin dan tunjukan wad bersalin dekat
mana. Nurse siap pesan barang yang perlu dibawa termasuk lah termos, pinggan,
cawan, dan sudu (terkejut juga lah, ok
saya faham hospital luar Bandar). Saya cakap yang saya faham, terus ucap
terima kasih nurse. Dan cepat-cepat nak balik makan, hahahahaha, ingat makan ja.
13 June 2018: memang mood tak berapa
elok sepanjang hari tu. Saya belanja keluarga makan kat luar sebab mereka
memang suka makan kat luar. Lepas makan kami terus balik ke rumah. Malam tu
memang susah nak tidur, rasa tak selesa. Sikit-sikit ulang alik ke tandas ja.
Jam 9 malam saya bangun nak ke tandas , tiba-tiba nampak ada darah
tompok-tompok kat seluar, terus panik kejutkan papa & mak nak pergi
hospital. Saya angkat satu beg yang khas barang untuk bersalin dan tunggu dalam
kereta.
Jam 10 malam lebih macam tu, sampai dekat hospital Saratok. Wad
bersalin memang berkunci waktu malam, jadi kena tekan loceng. Nurse buka pintu
dan tanya kenapa, saya cakap mungkin saya dah nak bersalin, nurse tanya lagi
dah pecah air ketuban, saya cakap belum. Nurse tu cakap kenapa datang, saya
jawab lagi ada darah keluar sikit, terus nurse suruh saya masuk untuk check
bukaan. Bukaan baru 2cm. saya cakap ok, terus bangun nak balik (sebab kat hospital XXX kalau bukaan baru 2cm
& air ketuban pun belum pecah, masih boleh balik rumah), nurse cakap
kalau dah masuk “situ” tak boleh keluar dah, Tunggu dah bersalin baru keluar.
Haaaaaaaa. Okey mungkin nurse nak pantau kot. Tapi nurse tu tanya soalan untuk
pendaftaran masuk wad macam lah depan buku pink tu tak tulis maklumat peribadi
saya, Apa salahnya dia “Copy & Paste” ja buku pink saya tu tulis balik
dekat buku rekod dorang. Nurse siap cakap lagi, kenapa balik ke kampung, dekat
Bandar besar banyak kelengkapan bersalin.
Saya senyum ja, “saya nak mak yang jaga saya dalam pantang”.
Nurse memang jaga saya okey je time shift malam tu. Setiap jam
nurse akan datang check contraction dan jantung baby. Keadaan wad tu macam
asrama sekolah, cuma ada wad kelas 3 sahaja. Jadi tak ada pilihan lah. 1 bilik
berkaca yang menempatkan bayi sakit kuning dan ada 2 bilik bersalin tetapi
hanya satu sahaja yang digunakan, satu lagi untuk scan baby rasanya. Tapi katil
semua selesa dan ada banyak kipas. Tetapi ada satu sudut tu mencuri perhatian
saya sebab tirai dia tertutup jadi saya tak boleh nampak apa yang ada dalam tu.
14 June 2018: Tepat jam 2 pagi,
tiba-tiba saya rasa ada air suam-suam keluar dan membasahi kain saya. Saya siap
melompat terkejut, ingatkan terkencing jadi nak lari ke tandas, katil saya
memang bersebelahan tandas (bolehlah, tak
jauh sangat) tapi air tu saya tak dapat kontrol. Kebetulan nurse yang ronda
setiap jam tu tengah check pesakit seorang demi seorang tu datang. Dengan muka
bersalah sebab dah basahkan katil, saya cakap ada air keluar. Nurse suruh saya
pakai pad. Saya tak rasa contraction lagi padahal nurse cakap dah kuat ni.
Nurse tu pesan nanti dah beberapa jam pad tu jangan terus basuh / buang, tunjuk
dulu dekat nurse.
Sebelum jam 3 pagi, mak saya ada datang lagi hantar power bank.
Lepas nurse bagi kat saya power bank tu, dia membebel sorang-sorang “ingatkan
kecemasan apa pagi-pagi buta ni, cuma nak hantar power bank ja, macam lah siang
nanti tak boleh hantar”.
Sebelum hari cerah, saya nampak nurse tarik tirai yang menjadi
tanda tanya saya dari malam semalam, rupanya tu tempat nurse-nurse shift malam
tidur. Waktu pertukaran shift pagi pun sampai. bermula kisah saya yang mengguris
perasaan. Pagi tu waktu sarapan ada seorang Cik Gemuk menghantar makanan sampai
dan panggil semua pesakit pergi hantar mangkuk untuk ambil bubur (What???? Bukan makanan akan diletakan di
atas meja pesakit ke? Padahal pesakit time tu tak sampai pun 5 orang rasanya).
Nak tau apa terjadi? Saya kena marah sebab tak ada mangkuk. Kebetulan mak saya
datang melawat sebab nak hantar pau dan minuman kat saya. Mak sound setepek,
“Bukan semua perkakas makanan tu hospital sediakan ke?” Terus seorang nurse tu
pergi ambik mangkuk untuk saya.
Saya tanya dekat Cik Gemuk tu, “Saya nak air panas, nak ambik
dekat mana ya?”. Dia tak jawab pun tapi jelling tajam kat saya. (Salah ka soalan saya tu) Ada seorang
pesakit tu bagitau “ambik air panas dekat hujung sana”. Saya ya kan saja, tapi
tak tau pun dekat mana. Tak lama lepas tu Cik Gemuk minta pesakit hantar termos
dekat troli (ntah apa nama benda yang dia
tolak tu), nanti dia isi air panas.
Oh ya lupa pasal pad saya, saya ada tunjuk pad saya dekat nurse
shirt siang tu, sebab nurse shift malam yang suruh tadi kan. Tau tak nurse
shirt siang tu cakap “tak payah tunjuk benda macam tu, kotor!!!”. Okey tak apa, saya terus bersiap mandi, nanti
dah bersalin tak boleh mandi.
Selepas sarapan, saya dah mula sakit contraction dah. Ada lah
merengek, mengeram, dan macam-macam la bunyi saya. Ada seorang perut buyung tu,
tak tau dia nurse ke sapa, tapi dia pakai baju putih & tukar cadar katil,
kadang-kadang pergi hantar darah dekat makmal hospital, Cik Buyung tu sound
saya sebab saya bising (saya tak adalah
terlolong-lolong macam orang jual ikan jual sayur).
Disebabkan saya ni bising tiap kali contraction, nurse pun panggil
untuk check bukaan, tapi baru 3cm. Check bukaan tu dekat bilik khas tau,
pesakit kena jalan sendiri ke sana (tak
jauh pun tapi kalau dah sakit tu memang banyak persinggahan, bila banyak persinggahan, masa pun jadi semakin lambatlah, dan confirm kena setepak dengan
nurse sebab lambat sampai kat bilik tu). Dah selesai check bukaan tu, saya
pun patah balik ke katil jalan perlahan-lahan.
Waktu saya tengah melayan kesakitan tu, boleh ada nurse mengumpat
saya. “YANG SORANG TU BODOH, DARI BANDAR BESAR YANG BANYAK KEMUDAHAN TETAPI NAK
JUGA BERSALIN DEKAT KAMPUNG”. Macam mana saya tau dorang mengumpat saya? Sebab
saya sorang ja yang dari KL, yang lain tu orang yang kat kampung situ juga.
Siap ada sorang kawan saya yang sama rumah panjang saya sekali dekat wad ibu
bersalin tu, dia masuk wad sebab darah tinggi.
Jam 9 pagi: Lamanya nak tunggu bukaan ni, pesakit yang baru masuk
wad pun dah bersalin. Saya pula tak bersalin lagi. Tiba-tiba ada pesakit baru
masuk sebelah katil saya. Saya pelik, Cik Buyung tu boleh layan dia baik
sangat, jauh beza dari bercakap dengan saya. Cik Buyung tu siap usik anak dia
lagi “Wah dah nak dapat adik dah, dah sedia baju raya untuk adik kah?”.
Menyampah saya tengok lakonan Cik Buyung tu. Tiba ja dekat katil saya terus
marah saya bising macam lah saya masuk hospital tak ada IC.
Lebih kurang jam 10 pagi macam tu, ada seorang nurse tu kenal
saya, tapi saya tak kenal nurse tu (Dia
sebenarnya kenal Papa saya, gila kau tak kenal Papa saya yang famous tu. Saya?
Orang memang tak kenal sebab saya tak membesar dekat kampung, Papa pencen saya
pula terus kerja kat KL). Barulah saya ada rasa dilayan macam manusia sikit.
Waktu saya mengeram sakit, nurse tu cakap elok je “XXXX jangan macam tu, takut
nurse dengar kamu macam tu”. Tersentak saya dia panggil nama belakang saya
macam dah kenal saya ni sangat. Okey saya beri kerjasama sikit. Setiap kali
rasa sakit tu datang, saya tak bising tetapi saya genggam besi katil yang dekat
kepala saya tu kuat-kuat (Nasib baik
katil besi, kalau katil plastic rasanya dah patah sebab saya tarik kuat-kuat).
Nurse tu ternampak saya buat macam tu, dia cakap elok je “jangan macam tu,
nanti habis tenaga, cuba kamu minum milo & makan biskut”. Nurse tu bancuhkan air saya dan bantu saya
duduk, nurse cakap cuba duduk, kalau sakit cuba tarik nafas, tahan dan hembus
pelan-pelan. Saya dah start positive time tu, siap ucap terima kasih nurse.
Start dari situ, saya minum air yang nurse bancuh tadi untuk
tambah tenaga. Kalau sakit je saya tarik nafas panjang-panjang, tahan dan
hembus perlahan-lahan, sambil goyang-goyang badan kiri kanan depan belakang.
Wow cara yang saya buat tu memang membantu walaupun sakit yang teramat,
sekurang-kurangnya saya tak rasa “Down” dan menjadi lebih positive.
Saya target jam 12 tengah hari nak check bukaan lagi. Mana tau dah
boleh meneran. Tapi jam 11 lebih tu pesakit sebelah katil saya tu dah bangun
dulu masuk labour room. Lama juga dia dekat dalam tu, sekali dah hampir jam 12
lebih tengah hari dia pun keluar nurse sorong guna kerusi roda. Saya nampak Cik
Buyung tu tolak baby dia yang diletakan dalam bakul troli baby tu (ntah apa nama benda tu). Lepas tu saya
bagi tau saya nak check bukaan, saya tak tengok muka nurse mana yang menjawab,
tapi dia cakap “nanti tunggu sekejap, orang tengah bersihkan bilik bersalin
tu”.
Lebih kurang Jam 12.30 tengah hari macam tu, saya dipanggil oleh
nurse, “Hahhhh XXXX tadi cakap nak check bukaan sangat kan, cepat sikit”. Macam
biasa lah saya berjalan menuju ke labour room tu, kalau terasa sakit, saya
berhenti sekejap. Kena sound pun saya dah tak kesah. Dan setiap kali saya lalu
depan Cik Buyung tu, setiap kali tu lah saya sumpah dalam hati “Nanti kau
bersalin akan rasa azab yang berkali ganda dari ibu-ibu yang kau marah ni”.
Time check bukaan tu, saya dah 7cm, nurse yang dalam labour room
terus tahan saya dalam labour room, memandangkan memang belum ada pesakit lain
yang mengalami contraction. Nurse suruh tukar baju bersalin dan buka semua
benda yang saya pakai termasuk anting-anting dan pengikat rambut (saya memang tak pakai semua perhiasan sebab
pengalaman bersalin anak pertama yang lepas). Semua peralatan telah pun
dipasang dekat perut saya, dan saya berbaring lagi menunggu bukaan yang sesuai
untuk meneran. Aircond dalam labour room tu memang sangat sejuk, saya sampai menggigil. Terasa lama juga menunggu bukaan, ada nurse yang pergi makan tengah
hari dekat luar labour room, ye la nurse pun manusia juga. Tapi memang sentiasa
ada nurse yang menjaga dalam labour room tu (saya tak ada kena marah dalam labour room tu, nurse tengok ja, jadi kurang lah tekanan emosi). Cik
Buyung tu pun ada masuk labour room tu sebab dia yang kemas labour room tu, dia
cakap dekat saya “muka tu dah pucat, sebab tu saya tak suruh mengeram tadi”.
Jam 1.10 tengah hari, nurse tanya “Ada rasa nak meneran tak?”,
saya cakap yang saya memang sentiasa nak meneran ja dari tadi. Nurse tu pun
check bukaan, sekali nurse cakap dekat nurse yang lagi sorang “Dah besar ni,
memang sesuai sangat untuk meneran, tapi kenapa tak terasa rambut baby”,
lepastu nurse tanya saya “air ketuban belum pecah lagi kah? Tapi pagi tadi yang
rekod dalam buku ni air apa yang keluar?”, saya cakap yang saya tak tau sebab memang
basah habis katil pagi tadi. Nurse tanya lagi “Anak pertama dulu air ketuban
pecah sendiri atau nurse pecahkan”, saya pun cakap “Dokter yang pecahkan”. Apa
lagi nurse pun ambik satu alat untuk pecahkan air ketuban saya tu, “Saya tolong
pecahkan air ketuban ni ye, saya rasa mungkin ada berlayer-layer, tu yang tak
pecah habis”. Saya mampu angguk je. Saya tau memang tak akan rasa sakit pun
time air ketuban dipecahkan.
Time nurse tu nak pecahkan air ketuban saya, (sebab memang dah 10 cm sangat kan) saya kumpulkan semua tenaga yang
ada. Popppp pecah, saya terus teran sampai kepala baby pun nak terkeluar, nurse
siap menjerit tengok kepala dah nak keluar sampaikan nurse yang kat luar tengah
makan tadi berlari masuk labour room. Saya kumpul tenaga untuk kali kedua dan
teran lagi, dua orang nurse tarik kaki kiri saya dan dua orang nurse lagi tarik
kaki kanan saya seorang pula bersedia sambut baby. Nurse suruh saya meneran
jangan bersuara. Time meneran tu memang
tak terasa nak terkepit kaki, tu yang nurse tolong tarik kaki, ada nurse tu
cakap “liatnya kaki dia, badan ja kecik”, saya nak tergelak pun ada, haaa kau
tak tau saya ni bekas pegawai kadet yang bertauliah, cuma tak lapor diri ja,
sekali saya sepak belum tentu kau tu boleh bangun. Waktu meneran kali ke dua tu, saya “curi”
nafas sikit dan cepat, terus teran sekuat hati kali ketiga, kepala baby pun
terkeluar. Lega rasanya, sakit contraction pun hilang terus. Lepas tu, nurse
suruh teran untuk keluarkan badan baby, saya teran dua kali ja terus selesai.
Huuuuuu lega rasanya.
Nurse lap-lap baby dan terus letak dekat dada saya dan tanya
jantina apa, saya tengok dan jawab “Perempuan”. Wahhh ini lah baby girl mummy
yang manja sangat tak nak keluar awal tu ye. Mata dia berkelip-kelip, diam je
time mummy peluk.
Tak lama lepas tu, nurse pun ambik baby untuk dibersihkan, dan kedengaran
suara baby nyaring betul, macam suara saya la tu hihihihihi. Saya pula bersedia
untuk sesi menjahit. Yang jahit saya tu nurse muda. Selepas suntikan untuk
kecutkan Rahim, Mula-mula dia keluarkan uri dan bersihkan darah beku. Saya suka
nurse tu sebab dia akan bagitau saya semua step yang dia buat tu. Lepas tu dia
spray ubat dan cakap yang dia dah nak start menjahit, saya tanya tak bius ke?
Nurse cakap bius tu untuk yang kena gunting sahaja, tapi saya tadi kan dah kena
spray ubat jadi tak la rasa sakit.
Sesi menjahit pun bermula, memang tak rasa sakit pun, cuma time
nurse nak ketatkan jahitan tu dia tarik-tarik sikit dan ada jugalah terasa
ditarik tapi tak sakit. Kemudian nurse cakap dia nak jahit dekat kulit, jadi
nanti akan rasa sakit sedikit. Bagi saya rasa sakit tu saya masih boleh tahan.
Lagipun saya tak ada masalah koyakan yang teruk, cuma jahit sikit ja. Itulah
pentingnya bukaan perlu cukup dan meneran dengan betul, makan time mengandung
pun kena pantang, senaman pun penting (Eleh
dah lepas, sembang boleh lah, cuba time contraction tadi tu macam apa ja).
Nurse ada sumbat kain pembalut luka yang bergulung tu dekat dalam tutttttt
saya, nurse cakap nanti kencing je macam biasa, lepas beberapa jam ntah saya
pun lupa baru keluarkan. Tarik je hujung kain yang dibiarkan terkeluar tu.
Dah selesai menjahit tu, Cik Gemuk suruh nurse biarkan ja, nanti
dia bersihkan, tapi nurse muda tu baik, dia siap cakap tak apa nanti dia tolong
kemas sama-sama. Saya pula diberi pilihan sama ada boleh berjalan ke katil atau
tak, saya cakap tak boleh berjalan macam nak tumbang ja (saya rasa bergegar kepala lutut nak berjalan). Nurse suruh saya
duduk dekat kerusi roda. Saya dah sampai dekat katil, tak lama lepas tu baby
saya pun sampai.
Waktu makan tengah hari: Dah tau dah kan, terus pergi dekat Cik
Gemuk tu bawa pingan sekali. Selepas makan saya pun cuci pinggan. Tak lama
lepas tu, ada seorang dokter lelaki datang check ibu yang baru lepas bersalin.
Minum petang: Teringat dekat air yang saya minum sebelum bersalin
tadi, rupanya nurse tolong saya simpan dalam rak, habis bersemut. Jadi saya
bawa lah termos saya ke singki untuk cuci cawan saya tu (cawan tu sebenarnya penutup termos saya, nurse pula tutup termos guna
cawan yang tak bercuci tu). Waktu saya tuang air termos tu tiba-tiba Cik
Gemok menjerit dekat saya “XXXX kenapa kau buang air tu, kenapa tak letak dalam
botol jadikan air minum? Tu kain tu kenapa ada darah? Tak tukar pad ke? Tak
mandi ke?”. Opssstt saya tak perasan yang kain saya ada darah, pad bersalin
biasalah tak selesa, salah sikit je terus darah melimpah. saya senyum ja malas nak layan si Gemuk Gaut
tu, dah tua dan malas dah nak berkerja. Sekali saya pusing nak ke katil saya
ternampak papa saya tengah berdiri dekat sebelah katil saya dan menjeling ke
arah meja nurse. Oooo papa jelling dekat Cik Gemuk tu yang tengah lepak dekat
group nurse. Jadi tadi papa dengar lah Cik Gemuk tu menjerit dekat saya (kuat kot, satu wad boleh dengar sebab wad tu
kecik je, ada dalam 13 katil ja rasanya). Saya cakap kat papa “Biarlah dia,
kesian dah tua tapi terpaksa kerja, nanti umur masuk 60an tu pencen la tu, papa
lain pencen umur muda, takkan sentap kot, sikit je tu releks aaa, kata
selempang merah”. Papa terus tengok cucu baru dia, saya takut juga papa jerit
balik kat Cik Gemuk tu, nanti sampai ke pagar guard boleh dengar suara semboyan
dia, sedar tak sedar cucu sulung dia tu tengah berusaha nak angkat baby, nak
bawa balik katanya. Mummy pun tak sabar nak balik rumah.
Habis sesi melawat, saya pun tinggal sendiri dengan baby. Rasanya
dah tiba masa pertukaran shift kot sebab ada ramai nurse dekat wad tu,
tiba-tiba saya nak tukar pad, jadi saya tarik tirai. Sebab pakai panties sekali
(saya nak tukar pad yang bertali tu
kepada pad yang saya beli dekat QQ Baby Shop, best pad dia, nanti saya review),
lepas tu baru bawa masuk toilet untuk dicuci. Sebab takut pad terjatuh dekat
toilet ka apa ka. Terus nurse jerit dekat saya, marah sebab saya tarik tirai tu
siap cakap saya pengotor dan suruh saya pergi mandi. Saya abaikan ja, sebab
dorang pun tidur malam tarik tirai, dah siap saya buka tirai dan terus bawa
tuala pergi tandas. Dalam tandas tu, saya tak berani lama sangat takut baby
nangis lagipun nurse tengah kecoh kat depan tu, Ye lah kan ada yang nak bercuti Raya. Saya lap-lap badan (saya tak mandi sebab pantang saya macam tu,
kesan dia bukan sekarang, tapi tunggu dah tua nanti jadi macam Gemuk Gaut tu)
gosok gigi semua. Okey dah segar.
Sebelum nurse-nurse yang muda (macam
budak praktikal pun ada) habis shirf, dorang dah tolong mandikan baby dan
saya agak ada menyusukan baby juga. Sebab ada susu yang baby saya muntahkan
sikit. Syukurlah baby ada juga menyusu. Sebab susu saya sikit sangat. Lupa beli
ubat tambah susu kat klinik sebelum masuk wad bersalin. Nurse muda tu pun ada tanya pasal kain pembalut luka tu, saya cakap dah cuci dan buang (yelah nanti kalau tunjuk kena marah pula dekat nurse tua). Tapi Saya bagitau darah tak penuh dekat pembalut luka tu. Nurse muda cakap bagus, wahhh senangnya hati saya okey, boleh keluar hospital cepat.
Oh ya, kenapa saya masih kena bermalam dekat hospital padahal semua okey ja? Dulu anak
sulung saya lahir dekat Hospital Kuching, tengah malam bersalin, pagi dah boleh
keluar. Yang dekat hospital Saratok ni, dokter memang akan tahan satu malam
selepas bersalin untuk pantau kesihatan ibu dan baby. Dan pesakit yang sebelah
katil saya tu rupanya pekerja pejabat pos. Mak yang bagitau. Patutlah layanan
special dari saya.
Baby saya? Dia memang suka menangis sebab berak. Saya kira dah 6 kali saya tukar lampin baby
sepanjang malam tu. Sampai nurse cakap saya membazir kain lampin. Lantaklah,
saya nak pakaikan pampers dorang tak bagi, kena pakai kain lampin hospital.
Lampin baby pula cuma diberi 2 helai sahaja kalau saya minta. Memang ada nurse
tegur “Kenapa anak kamu ni menangis ja?” dan saya jawab “anak saya berak”
Memang saya tak tidur malam tu. Tak sabar menunggu hari siang.
Sebelum subuh saya memang dah bangun. Semangat nak balik rumah, dokter kan
cakap saya dah boleh balik selepas satu malam di hospital.
15 June 2018 : Hari tu adalah free time melawat sebab Hari Raya Pertama. Ramai
yang pakai baju raya datang melawat ibu bersalin. Dah dokter check dan
interview mengenai perancang keluarga semua (banyak sebenarnya tapi malas nak cerita), keadaan saya dan baby pun
baik jadi boleh check out. Saya dah stanby semua barang baby atas katil. Saya
pula terus pergi bilik air tukar pakaian. pesakit sebelah katil tu dipanggil
masuk labour room semula sebab nak check jahitan. Time tu saya pun alamak dah
tukar pakaian ni nak balik, tu la excited sangat nak balik, tapi nasib baik
nurse tak check saya. Nurse cakap saya tak kena “gunting” dan jalan pun laju
ja. Happy nya saya dengar.
Jam 9 pagi papa, mak & hero kecik pun sampai siap melompat
lompat lagi. Mak terus bawa dokumen yang nurse bagi untuk bayar dekat kaunter.
Dah selesai semua dalam jam 10 pagi, kami pun keluar wad sampai lalu dekat meja
nurse. Time tu ada Cik Buyung dan dua orang nurse muda. Papa suruh saya cakap
terima kasih. Saya pandang tepat dekat Cik Buyung dan cakap terima kasih dan
pandang dekat dua nurse muda tu pun sama cakap terima kasih. Lepas tu saya
pusing nak melangkah, tiba-tiba Cik Buyung tu cakap “XXXX jangan lupa susukan
anak kamu tu”. Saya okey kan aja. Tak sabar nak balik.
Total bill hospital saya dalam RM35 macam tu. Okey lah kan saya ni
pun bayar cukai pendapatan dan segala jenis cukai tau. Sepatutnya nurse pun
kena berterima kasih dekat saya sebab saya & husband pembayar cukai yang
setia. Dan cukai tu lah yang kerajaan guna bayar gaji dan elaun dan seangkatan
kemudahan yang ada.
Adakah saya akan bersalin dekat hospital Saratok lagi? Jawapan saya ya, sebab itu lah satu-satunya hospital yang ada dan terdekat. Yang penting keluarga saya pun dekat dengan saya. Tetapi mungkin saya akan datang ke hospital tu lambat sikit lah. Tunggu dah memang tak tertahan dan contraction semakin kerap baru datang hospital.
********************************
Saya ada ceritakan pengalaman bersalin saya dekat kawan-kawan
sekampung, dorang cakap nurse yang “kurang ajar” termasuk si Gemuk Gaut tu
sebenarnya orang tempatan Saratok. Manakala nurse yang baik-baik tu majoriti
orang luar Saratok.
Sebab tu ramai ibu yang tunggu air ketuban pecah atau rasa sakit
yang lebih kerap terasa barulah dorang datang ke Hospital Saratok. Hanya kerana
taknak berdepan dengan nurse ja.
Yang peliknya, kenapa nak bekerja lagi kalau dah malas nak
bekerja. Sampai nak berjalan pun tak larat. Alasan sebab tunggu umur nak pencen
(suatu hari nanti kalau pencen untuk
kakitangan hospital dimansuhkan, mungkin tak ada lah yang guna alasan macam tu)
Sepatutnya mereka tu bekerja dengan lebih baik dan ikhlas sebab bekerja di
kampung halaman sendiri. Kalau macam tu, lebih bagus dorang tu dihantar
bertugas dekat luar kawasan kampung halaman. Tak pun bertukar tempat bekerja
setiap 5 tahun.
**p/s: Tak ada gambar ye, sebab kat hospital tak ada mood bergambar.Lagipun memang tak dilalang bergambar.
********************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella