Snoozed” dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai “menunda”. Oleh itu jika dalam email “snoozed” boleh difahami sebagai menunda email. Contohnya, anda telah menerima email jemputan menghadiri majlis perasmian restaurant, anda risau yang anda akan terlupa mengenai tarikh majlis perasmian tersebut, maka anda bolehlah menggunakan “snoozed” untuk memperingatkan anda. Email yang anda telah set “Snoozed” akan muncul dalam Inbox anda yang teratas pada tarikh yang anda telah tetapkan. Nak tau bagaimana menjadikan “Snoozed” sebagai pembantu anda? Sila ikuti langkah-langkah yang saya terangkan dibawah.

Langkah 1
Mula-mula sila pilih email dalam “Inbox” anda yang ingin anda “snoozed". Kemudian tekan pada “snoozed”. Kalau tak jumpa “snoozed”, sila rujuk pada gambar 2 dibawah.

 
Gambar1

Langkah 2
Setelah anda klik pada “snoozed”, anda akan nampak beberapa pilihan seperti yang ditunjukan dalam gambar 3. Sila pilih pilihan yang telah diberi, atau anda boleh tetapkan sendiri tarikh dan masa di “Pick date & time”.

Gambar 3


......TAMAT………..

Kalau anda nak semak semua email yang anda telah tetapkan sebagai “snoozed” atau Tunda, anda boleh klik pada label “Snoozed” di bahagian kiri gmail anda (rujuk gambar 4 di bawah)
 
Gambar 4

**************************
Sekian sahaja saya Tutorial Emel kali ini. Selamat mencuba.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS