![]() |
Sumber: FB HerInspirasi.com |
Event kali ini saya pergi sorang je, sebab event partner tak
terpilih. Lokasi untuk event ini ialah Hotel W Kuala Lumpur yang terletak dekat
dengan KLCC, pada 22 June 2019. Ingatkan nak pergi awal, tapi hujan lebat
sangat pagi tu. Kalau naik kereta memang jem teruk la kalau hujan. Jadi macam
biasa kalau tak ada partner, saya kena lah naik train. Saya sampai sahaja dekat W Kuala Lumpur jam 9.30 am, sesi pertama
telah pun tamat. Acara sebenar bermula pada jam 9.00am, tapi ramai juga yang
lambat macam saya.
Pada sesi kedua iaitu dijemput dua orang wanita yang Berjaya dan
cantik untuk memberi motivasi serta berkongsi pengalaman dengan peserta yang
hadir.
Sesi ketiga iaitu sesi bersama seorang dokter kecantikan.
Sepanjang sesi ini, saya mempelajari beberapa perkara baru untuk merawat kulit
serta kebaikan vitamin C. Menurut beliau,
Pertama: “Untuk melambatkan proses penuaan, selain daripada diet
yang seimbang dan bersenam, ramai yang mengambil inisiatif dengan mengambil
supplement tambahan. Namun, tahukah anda hanya 1% sahaja yang akan diserap
kedalam badan, secara logiknya jumlah 1% itu sangat sedikit untuk sampai ke
selurh badan terutamanya ke wajah anda. Saya sarankan anda cukup hanya
mengamalkan Vit.C setiap hari untuk menjadi awet muda.”
Kedua: “Guna skincare dengan cara yang betul. Contohnya krim
pencerah (brightening cream) sesuai untuk kegunaan waktu malam.”
Sesi keempat ialah sesi mengenali Clinelle WhitenUp. Setiap meja
disediakan 1 set produk Clinelle WhitenUp, semua peserta bolehlah mencuba
sendiri kesemua produk tersebut. (tak sempat ambil gambar, leka mencuba semua produk)
Sesi kelima iaitu sesi yang terakhir, dalam sesi ini semua peserta
diberi beberapa kuntum bunga, kerana peserta diminta untuk mengubah bunga
tersebut.
![]() |
Sesi mengubah bunga |
Jam 12 tengah hari, semuanya pun berakhir, semua peserta diminta
untuk mengambil goodies beg masing-masing sebelum bersurai.
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella